nuffnang ads

Monday, February 14, 2011

SMS Dari Kubur

Amaran: Kisah ini adalah khayalan semata-mata. Tidak ada kena mengena samada yang masih hidup mahupun yang telah mati. Entri ini juga agak panjang. Luangkan sedikit masa anda untuk membacanya.)


Padil ada ketikanya amat cemburu melihat rakan-rakannya yang lain semuanya sudah mempunyai buah hati masing-masing. Hanya dia sahaja yang masih single ketika ini. Rakan-rakannya juga selalu perli beliau kerana sehingga sekarang, beliau tidak mempunyai teman wanita walaupun dia mempunyai bentuk muka yang agak huduh giler smart. Pernah seorang rakan memerli padil dengan mengatakan,

“ ko ni pegi la cari sorang awek. Nak harapkan fouziah gous tu nak kat ko, sampai mati pun tak dapat.” Padil ketika itu sangat gila-gilakan pelakon fouziah gous.


Sekadar Hiasan
 “aku bukannya taknak, tapi xde yang sangkut. Gune umpan salah kot.” Jawab padil mem’backup’kan dirinya.

Begitulah kehidupan seharian padil yang asyik dibayangi oleh rakan-rakannya yang semuanya sedang hangat bercinta. Dia juga selalu ditinggalkan keseorangan di rumah sewanya apabila rakan-rakannya keluar untuk melepaskan nafsu rindu. Akhirnya padil bertekad, dia tidak akan menjual mahal dan menerima sesiapa sahaja yang sanggup bersama dengannya.


Pada suatu malam yang sunyi, padil yang ketika itu sedang mengenang hidupnya yang sunyi, henponnya berbunyi.

ah, ada mesej. Sape la yang hantar memalam bute camni.” Bisik padil sambil mengambil henponnya.

uik? Sape lak ni. Pelik je nombor.”

Terpapar di skrin henponnya itu nombor yang tidak dikenali. Dan mesej itu berbunyi,

salam, ini Khairul ke? Saya ni Fouziah Daus. Awak sihat?

“wah awek ni. Ni mesti dia saje wat2 salah nombor ni, padehal nak tackle aku. name pun lebih kurang ngan idola aku, bagus ni! hehe.” bisik padil riang lalu membalas sms tersebut,

Sekadar Hiasan

err, ni bukan Khairul tapi Padil. Saya ni single lagi. :D.” Balas padil cuba mengumpan.

Didalam hatinya telah memikirkan seribu satu kemungkinan balasan sms tersebut dan seribu satu jawapan kepada balasan sms tersebut. Dia menunggu dengan senyuman lebar. Tetapi henpon diam membisu selepas itu. Hampir 10 minit padil menunggunya.

aduh, aku silap ayat ke ni. Patutnya sabar dulu. Hmmm, melepas lagi la.” Bisik padil sedih

Ketika beliau hampir berputus asa, tiba-tiba henpon beliau berbunyi kembali. Kelihatan wanita tadi telah membalas sms dia. Sms tersebut berbunyi,

oh, maaf ye. Tersilap orang. Saya ingat nak hantar sms ke kawan saya.”

oh takpe, saya tak kisah, fouziah ni umur berapa? Tak ngantuk lagi ke?” balas padil.

umur? Hehe, xpayah lah tau. Saya xngantuk. Xboleh tidur. Kat tempat saya ni sempit dan panas la.”

“oh yeke, pasang la kipas kuat2. Pastu tak payah pakai selimut dengan pakai baju yang nipis2. Mesti tak panas dah, xpun awk pegi mandi. Sejuk sikit. Saya pun panas gak ni, yelakan musim panas la katekan. Saya pun tak boleh tido juga. Puas dah golek2 ni. Xtaw la kenapa.” Sikit punya panjang padil membalas nya. Tak lama kemudian sms balas tiba,

“ :D “.

“hampeh tol minah ni, aku taip panjang2 dia boleh tibai senyum je. Ceh.” Bisik padil sedikit kecewa. Kemudian padil bertanya lagi,

“emm, awak ni single ke?” padil cuba mencucuk jarum.

“mm, aah. Dah lama sangat saya keseorangan.”

“yeke, tak terasa nak mencari teman ke?”

“nak juga, tapi xde sape yang nak.”

“yeke, xkan lah xde awak jual mahal kot. Hehe.”

“xla, mmg xde spe yang nak.”

“yeke,siannya dia. Xpe2, saya sudi menemani awak.” Ayat-ayat lelaki nya sudah mula memainkan peranan.

“eh yeke, terima kasih wak. Ni kali pertama ada orang sanggup menemani saya.”

“no prob’s, saya akan sentiasa bersama awk ye. Jangan risau.”

Mereka berbalas sms sehingga ke subuh. Sejak dari itu, mereka selalu berbalas sms. Sehinggalah mereka berdua ‘couple’ setelah seminggu bermesej. Tiap-tiap hari pasti Fouziah akan menghantar sms kepada padil. Tetapi fouziah hanya akan menghantarnya hanya pada waktu malam sahaja iatitu ketika jarum tepat menunjukkan pukul 12 malam dan pasti akan berakhir pada waktu subuh. Pernah sekali padil cuba menghantar sms ketika waktu tengahari tetapi sms nya gagal sampai. Setelah berkali-kali cuba, akhirnya padil akur dan hanya menunggu sahaja ketibaan sms fouziah tanpa sebarang keraguan.
 
Sekadar Hiasan
Sejak dari itu, hidup padil kembali ceria dan tidak lagi bersedih. Perubahan sikap padil juga disedari oleh rakannya. Rakannya juga sudah faham bahawa padil mungkin telah berjumpa dengan kekasih hati tetapi malu untuk bertanya. Rakanya juga gembira melihat padil ceria.

Bagi padil, fouziah adalah seorang yang lembut dan berbudi bahasa perwatakannya walaupun mereka tidak pernah berbual dan bertemu kerana melihat dari susun atur katanya didalam sms. Fouziah juga selalu mengambil berat ke atas padil dan sentiasa menyokong padil dalam semua perkara. Tetapi satu je masalah fouziah yang padil tak tahan iaitu dia terlalu berahsia. Walaupun mereka adalah ‘ couple’, tetapi padil tidak mengetahui latar belakang fouziah dengan lebih lanjut. Beliau hanya setakat mengenalinya berdasarkan nama, makanan dan minuman kegemaran dan hobi. Selebihnya padil tidak mengetahuinya. Apabila ditanya fouziah hanya menjawab kelak pasti akan diketahui. Padil juga dilarang dari berjumpanya walaupun fouziah mengatakan bahawa tempat tinggalnya tidak jauh dari rumah padil.

Pada mulanya padil tidak kisah sangat, tapi akhirnya beliau tidak dapat menahan lagi keinginan nya untuk berjumpa dengan fouziah selepas kerap kali jealous apabila melihat rakan-rakannya yang seronok keluar dengan pasangan masing-masing.

Pada satu malam, seperti biasa padil menunggu sms dari fouziah tetapi malam ini dia bertekad untuk berjumpa dengan kekasih hatinya itu. Setelah jarum jam tepat pukul 12, akhirnya sms pun tiba,

selamat malam, awak :D.”

selamat malam, awak. Saya dah bertekad, saya nak berjumpa dengan awak juga. Tak kira apa pun alasan awak. Saya dah tak tahan. Kalau malam ni awak masih mengelak, saya xkan layan awak dah lepas ni. Saya serius.” Marah padil. Henpon nya terdiam seketika. Hanya selepas setengah jam, barulah fouziah membalasnya.


“saya tak boleh berjumpa dengan awak. Sebab saya tahu, mesti awak dah xnak temankan saya selepas itu.”

“tak awak, saya takkan lupakan awak. Saya janji. Saya tak kisah pun bagaimana rupa awak, asalkan saya dapat berjumpa dengan awak.” Padil menabur janji-janji manis.

“hmm..saya yakin awak pasti akan melupakan saya. Lebih baik kita begini sahaja”

“tidak, saya lagi tak sanggup apabila saya xberjumpa dengan awak. Saya janji, saya akan sentiasa menemani awak selepas saya berjumpa dengan awak. Sekejap pun xkisah.”

“nampaknya awak begitu bersungguh-sungguh mahu bertemu dengan saya. Baiklah, tetapi saya mahu awak berjanji dahulu yang awak takkan menyesal dan xkan tinggalkan saya.”

“ya, saya janji! :D.”

Akhirnya fouziah akur dengan permintaan bersungguh-sungguh padil. Tak lama kemudian fouziah menghantar alamat nya kepada padil. Alangkah gembiranya padil ketika itu. Beliau segera bersiap-siap setelah mendapatkan alamat fouziah. Dia sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan buah hatinya. Di dalam fikirannya telah membayangkan bagaimana rupa fouziah, perwatakannya dan apa yang hendak dilakukannya nanti. Beliau hanya terbayangkan mereka berdua berpegang tangan dan berpeluk-pelukan sehingga ke pagi dan segala macam bayangan 18sx terlintas dikotak fikirannya.

Setelah berada didalam keretanya, padil melihat kembali alamat yang fouziah bagi,

“erm, cam kenal je alamat ni. Tapi di mana ya?”

Alamat yang diberi kelihatan sangat familiar buat padil tapi disebabkan terlalu ghairah untuk berjumpa dengan kekasih hatinya, beliau tidak ambil peduli dan terus pergi menjejak alamat tersebut.

Sepanjang perjalanan, padil tak habis-habis bersiul lagu kegemarannya. Radio di pasang kuat bagi meraikan perasaan gembiranya. Baginya, malam itu bakal menjadi malam yang melenyapkan terunanya (niat jahat dia ni).

Sekadar Hiasan

Sedang dalam perjalanan, padil terperasan sesuatu. Beliau yang dari tadi mencari alamat yang di berikan telah menyebabkan beliau pergi jauh ke tengah hutan yang gelap gelita. Tidak ada kenderan yang melintasi jalan itu sejak dari tadi. Akhir nya padil melihat kembali alamat itu.

“ah, betul lah jalan ni kalau ikut alamat. Apsal lepas dalam hutan ni.? Hmm. Mungkin rumah dia dalam ni kot.” Bisik padil mententeramkan hatinya yang makin gelisah.

Semakin lama padil mencari, semakin dalam beliau masuk ke dalam hutan. Tapi padil yakin, rumah fouziah berdekatan di situ menyebabkan beliau terus meredah kepekatan malam bagi melunaskan nafsu cinta yang terpendam. Tak lama selepas itu beliau akhirnya menjumpai sebuah papan tanda yang berada betul-betul dibawah tiang lampu yang memaparkan alamat yang di beri fouziah. Padil gembira bukan kepalang. Beliau menggerakkan keretanya kehadapan sedikit untuk memberhentikan keretanya di tempat sesuai. Setelah meletakkan keretanya dibawah sebuah pohon bunga tanjung, beliau turun dengan seribu harapan.

Sebaik sahaja menjejakkan kakinya ke tanah, padil tercium bau yang amat wangi sehingga menyebabkan bulu romanya meremang. Dia kenal benar dengan bau ini. Beliau kemudiannya berdiri disebelah kereta dan melihat kedalam pagar yang memagari kawasan tersebut. Kelihatan sebuah pondok lama yang agak usang. Padil mula berasa curiga, takkan lah gadis seperti fouziah tinggal di pondok itu. Dia kemudiannya melangkah sehingga berada di hadapan pagar besar yang menjadi pintu masuk kawasan tersebut. Ketika sampai je disitu. Langkah beliau terhenti serentak dengan bulu romanya meremang diseluruh badan. Kakinya mengeletar, dahinya berpeluh. Beliau tidak dapat berkata apa-apa apabila melihat kawasan disebalik pagar tersebut adalah kawasan perkuburan lama. Kawasan itu sudah dipenuhi lalang menyebabkan kebanyakan batu nisan tidak kelihatan.

Sekadar Hiasan

Padil tergamam, mukanya pucat lesi. Beliau begitu panik dan membaca segala ayat-ayat yang beliau tahu bagi menghilangkan ketakutannya termasuk membaca doa makan dan niat puasa. Beliau hanya berdiri sahaja didepan pagar besar itu. Seketika kemudian, padil tenampak satu batu nisan lama berwarna putih di kakinya. Tertera diatas batu nisan itu nama FOUZIAH DAUS, tarikh kematiannya pada tahun 1979. Serentak dengan itu, henpon didalam poket berbunyi menandakan ada sms yang masuk. Padil dengan terketar ketar melihat sms itu,

“bagaimana sekarang, masih mahu menemani saya? :D”

 Seketika kemudian kedengaran bunyi perempuan mengilai panjang. Padil kemudian nya pengsan dan dijumpai penduduk kampung keesokan harinya.


TAMAT


p.s: hahaha...aku tak reti nak wat cite hantu

25 comments:

hana said...

hahaha..
gile seram..
huhu...
tp advance gak kn..
dlm kubur pn de hp..
hahah

Unknown said...

hahahaha...ape la....seram gak tau pagi2 ni bc

Anikimaro said...

haha...baru best :D

MaTNaggeR said...

sabar jelahhhhh... lambat laun adelah jugak. jodoh ade kat mane2 =P

wawalicious said...

tekekeh baco entry ni ha :))

edoraemon said...

hahahaha
comell

Nor Suhaiza said...

dlm seram2 da lawak la entry ni...
best2....

Anonymous said...

http://members.home.nl/saen/Special/Zoeken.swf

korang bukak entry tu ade banyak awek..
tolong carikan kay..



(sy ghaizal hu hu)

ayuebasri said...

ish...serammmm....baca pun dah meremang...klau jadi dia apetah lg...

tu la...awal2 niat dh xbetul...kan dh kena...

si para para said...

hehehehe baik punya cerita..tak pernah baca entri panjang sampai habis.hehe

Emma Kamal said...

eleeeeeeh ;p
bestnya kalau betol . haha

LavenderPurpleMe said...

ish3...pape tah. tp citer ni mmg best. kalo wat cerpen okie kot...hehee~ ;D

Anonymous said...

powernya,,dlm kudur pn ade hp!
hahaaa =p
bole thnla seram cite ni.

athirahzaki said...

nice story ahh.
dahla tengah sorang-sorang ni.
huhu.

Anikimaro said...

:D seram ke cite ni? hehehe

supergassoline said...

hhaahaa klaka kot bace cte neh...
tp seram gk laa....
hihieee nice


:))

Panglima7 said...

Salam tuan....bagusnya cerita tuan. Pandainya tuanhamba mengarang cerita ini. Panglima baca sampai habis.....Good. Keep it up.
Disebabkan citer yg bagus...hamba linkkan blog tuan dalam blog hamba.

Anikimaro said...

panglima: terima kasih kerana sudi membaca karangan hamba.. hamba amat berbangga sekali..hamba juga akan linkkan blog tuan disini...

Areyoudys said...

as salam..
adoi..lawak seram. canggih ;0

Anonymous said...

huhu pandai buat cerita..
seram jugak ni.. :)

fouziah daus. haha

acan ketot said...

antu pown suda pkai henset..
gudddd...hu3..
best3..

Anikimaro said...

hahaha...teknologi da moden, silap2 diorang berbals tweet... :D

NFJ said...

hahaha terbaikk~!
tp ending dia pengsan cmtu je ke?

Anikimaro said...

yep,u can just think your own endings...hehehe

moeyna said...

a'ah...suspen gak baca cte ni..haha =P