nuffnang ads

Wednesday, February 16, 2011

Ekspedisi Maut!!



(Amaran: Kisah ini adalah khayalan semata-mata. Tidak ada kena mengena samada yang masih hidup mahupun yang telah mati. Entri ini juga agak panjang. Luangkan sedikit masa anda untuk membacanya.)

Keadaan di hutan di satu kawasan di Sabah pada petang itu agak indah. Bunyi burung-burung yang berkicauan di selang seli dengan bunyi monyet yang sedang bermain-main di atas pokok menambahkan lagi keindahan di hutan tersebut. Hutan tersebut adalah salah satu hutan hujan tropika yang tertua di dunia dan juga merupakan habitat kepada ribuan spesis haiwan dan serangga yang telah sekian lama menghuni di situ. Ia juga menyimpan berbagai-bagai rahsia dan misteri yang masih belum tersingkap. Ditengah-tengah hutan tersebut, kelihatan 4 orang pemuda sedang meredah keindahan alam semula jadi ciptaan tuhan itu. Mereka adalah sekumpulan penyelidik yang sedang meneroka keindahan dan misteri di hutan tersebut.

Sekadar Hiasan

Mereka bukan sekadar meredah hutan tersebut tetapi mempunyai misi untuk mencari dan memburu tumbuh-tumbuhan ataupun bunga-bunga spesis baru yang belum pernah ditemui sebelum ini. Mereka mahu merekod sebanyak mungkin spesis-spesis baru yang mungkin terdapat di dalam hutan hujan yang telah berusia ribuan tahun itu untuk mengkaji dan mengetengahkannya kepada khayalak ramai.

Atas dasar itu, mereka telah berada di dalam hutan tersebut hampir seminggu dan masih belum menemui sebarang spesis tumbuhan baru. Tetapi mereka tidak berputus asa dan mungkin akan meredah hutan tersebut untuk seminggu lagi sebelum pulang ke ibu Negara.


Mereka itu ialah Najmi, Faizal, Izwan dan Syahid. Mereka adalah 4 orang pemuda yang cekal, berani dan tidak mudah berputus asa. Dikalangan mereka itu, hanya Najmi sahaja yang berpengalaman selama 4 tahun dalam membuat kaji selidik di dalam hutan, mereka yang lain baru pertama kali membuat kaji selidik di luar makmal. Bagi mereka, ekspedisi kali ini bakal mencatatkan sejarah dengan membuat penemuan spesis-spesis tumbuhan baru.

Jam ketika itu menunjukkan pukul 6 petang dan hari kelihatan semakin gelap, burung-burung yang dari tadi tidak berhenti beterbangan beransur-ansur pulang ke sarang, digantikan pula dengan bunyi cengkerik menyebabkan ketua mereka, Najmi mengarahkan mereka mencari tempat berkhemah dengan segera sebelum matahari terbenam. Hari itu, mereka sekali lagi gagal menemui sebarang penemuan. Masing-masing kecewa dan berharap esok bakal menjanjikan ‘sesuatu’ buat mereka. Setelah menemukan tempat yang sesuai, mereka akhirnya mendirikan dua buah khemah untuk bermalam. Selepas makan malam, mereka tidur dengan nyenyak selepas seharian meredah hutan yang luas itu.

Sekadar Hiasan

Keesokan harinya, mereka bangun dengan perasaan ceria dan berharap hari itu adalah hari bertuah mereka. Tanpa melengah-lengahkan masa, mereka segera berkemas untuk meneruskan pencarian. Sedang mereka berkemas, Izwan meminta kebenaran Najmi untuk membuang air besar kerana sakit perut akibat dari makan terlalu banyak semalam. Selepas itu beliau mencari-cari tempat yang sesuai untuk melepaskan hajatnya. Izwan telah masuk jauh ke dalam hutan bagi mencari tempat yang agak tersembunyi dari di intai oleh rakannya. Setelah puas melangsaikan hutang yang telah lama dipendam, Izwan pun mula mencari jalan untuk pergi ke rakan-rakannya semula tanpa menyedari yang dia sudah jauh terpisah dari mereka.

Ketika sedang berjalan meredah ranting-ranting kayu yang berselerak di bawah kakinya, dia terlihat sesuatu disebalik pohon-pohon redang di hadapannya. Ia kelihatan bergerak-gerak disebalik pohon-pohon tersebut. Izwan terhenti seketika, di dalam fikirannya telah timbul bermacam-macam perkara yang tidak diingini serta merta membuatkannya resah dan gelisah. Dia memberanikan dirinya untuk mendekati rimbunan pohon-pohon itu. Setelah berada berhampiran, langkah Izwan terhenti, jantungnya berdegup laju. Mukanya serta merta pucat. Perkara yang tidak diingininya sebelum ini telah menjadi kenyataan. Kini di hadapannya itu adalah seekor harimau! 
 
Sekadar Hiasan

Izwan dengan berdebar, berundur selangkah demi selangkah ketika haiwan pemburu itu sedang leka memberi anaknya makan. Sedang berundur itu, Izwan terpijak ranting kayu, PRAP! Serentak itu harimau tersebut menjeling tajam ke arahnya. Tanpa berfikir panjang, Izwan terus berlari meninggalkan harimau tersebut tanpa menoleh ke belakang lagi. Dia berlari selaju-lajunya tanpa menghiraukan lagi duri-duri tajam yang melekat ke kakinya. Setelah beberapa lama akhirnya Izwan berhenti setelah menyedari yang beliau tidak dikejar langsung. Izwan ketawa sendirian sambil tercungap-cungap memikirkan hal tadi. Seketika kemudian, dia melihat disekelilingnya dan terduduk setelah menyedari dia telah jauh meninggalkan rakan-rakannya. Izwan menepuk dahinya beberapa kali. Dia semakin resah kerana memikirkan bahawa dia baru kali pertama menyertai ekspedisi didalam hutan dan dia tidak tahu bagaimana caranya untuk mencari rakannya. Akhirnya Izwan hanya berjalan mengikut nalurinya sambil menjerit-jerit nama rakannya.

Semakin lama beliau berjalan, semakin jauh beliau tersesat ke dalam hutan. Tetapi beliau masih tidak berputus asa dan terus menerus menjerit memanggil nama rakannya. Sedang menjerit-jerit itu, Izwan terhenti seketika. Dia ternampak satu perkampungan orang asli ditengah-tengah hutan tersebut. Kawasan perkampungan itu tidak besar. Hanya terdapat lebih kurang 6 buah rumah dan sebuah pondok kecil di hujungnya. Kelihatan anak-anak kecil berlari-lari di kawasan lapang di perkampungan tersebut sambil diperhatikan oleh ibu mereka. Bagi golongan lelaki pula, kelihatan sibuk mengasah parang masing- masing sambil tersenyum melihat anak mereka bermain. Harmoni sungguh penduduk kawasan tersebut. 

Sekadar Hiasan

Tanpa berfikir panjang, Izwan melangkah ke perkampungan tersebut untuk meminta bantuan. Sebaik sahaja melangkah masuk ke kawasan itu, penduduk kampung itu memandang kearah Izwan kehairanan kerana bagi mereka, pakaian Izwan sangat berlainan dari mereka. Kehidupan penduduk kampung itu amat primitif. Mereka hanya memakai cawat sahaja sebagai pakaian. Kulit mereka kehitam-hitaman dan sungguh comot ibarat tidak pernah mandi. Mereka mungkin tidak pernah terdedah dengan teknologi luar dan mungkin salah satu kaum purba yang masih wujud ketika ini. Izwan ketika itu terpinga-pinga melihat mereka kerana bahasa mereka sungguh pelik. Tidak sepatah pun yang difahami olehnya. Akhirnya dia membuat isyarat tangan untuk meminta bantuan.

Setelah itu, penduduk disitu kelihatan memahami isyarat yang diberikan dan menyambut kehadiran Izwan dengan penuh mesra. Anak-anak kecil mereka kemudiannya terus memeluk Izwan sambil menarik-narik bajunya. Yang perempuan pula mencubit-cubit kulit Izwan di seluruh badan membuat Izwan ketawa kerana geli. Kemudian dia ditarik ke sebuah pondok.

Di dalam pondok tersebut penuh lengkap dengan katil, meja, pinggan dan mangkuk. Izwan disuruh duduk dan seketika kemudian pelbagai-bagai makanan dihidangkan kepadanya. Serentak itu, beliau dikalungkan dengan kalungan yang diperbuat dari bunga-bunga hutan bagi menyambutnya. Izwan yang sememangnya lapar, terus melahap makanan-makanan tersebut sambil menunjukkan tanda bagus. Hari itu dia dilayan bagai raja. Orang-orang asli itu memerhatikannya sambil tersenyum.

Setelah kekenyangan, Izwan tersandar sambil tersenyum puas. Dia tidak sangka dia akan menemui perkampungan yang peramah ini. Sedang melayan kekenyangan itu, Izwan merasakan matanya berpinar-pinar. Kepalanya terasa sungguh berat ibarat ada batu yang menghempapnya. Badannya terasa begitu lemah. Izwan merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada makanan tersebut. Lidahnya kelu. Sebelum memejamkan matanya, Izwan sempat melihat penduduk orang asli itu melompat-lompat gembira seperti meraikan sesuatu dan akhirnya dia pengsan.


Sementara itu


Jauh didalam hutan tebal itu, kedengaran Najmi dan rakan-rakannya memanggil-manggil Izwan. Sejak dari pagi tadi mereka telah mencari rakan mereka yang hilang itu sehinggakan melupakan terus objektif mereka pada hari itu. Kelihatan masing-masing resah dan risau memikirkan sahabat mereka itu. Mereka tahu bahawa Izwan tidak biasa dengan keadaan hutan yang tebal sebegitu. Mereka juga risau memikirkan bahaya-bahaya bintang buas yang berkeliaran bebas mencari mangsa menyebabkan mereka tidak berputus asa untuk menemukan kembali rakannya itu.

Pelbagai usaha telah mereka lakukan termasuk membakar ranting-ranting kayu supaya Izwan melihatnya, memanjat pokok-pokok tinggi dan mengesan jejak kakinya tetapi menemui jalan buntu bahkan mereka juga semakin jauh ke dalam hutan. Hari semakin gelap, memaksa mereka untuk menghentikan seketika pencarian dan mencari tempat sesuai untuk mendirikan khemah. Pencarian akan disambung esok kerana mencari dalam gelap adalah satu kerja gila. Masing-masing berdoa semoga Izwan selamat dari segala bahaya.


*******************************


Malam itu bulan mengambang, bunyi pungguk memecah kesunyian diselang seli dengan bunyi cengkerik di merata-rata tempat. Izwan mencelikkan matanya perlahan-lahan setelah berjam-jam pengsan. Ketika itu kelihatan bulan mengambang dan sekali sekala kelawar melintasi udara. Dia ketika itu sedang terbaring di satu kawasan lapang menyebabkan segala permandangan langit malam yang indah itu tersaji dihadapannya. Izwan cuba untuk bangun tetapi dia gagal. Badannya terasa kebas ibarat diberikan anaestasia. Hanya matanya sahaja dapat melihat, keseluruhan tubuhnya kebas dan tidak dapat bergerak langsung. Izwan ketika itu merasakan sesuatu yang dasyat bakal berlaku.

Dalam kepayahan itu, Izwan cuba untuk menjeling ke kiri dan kanan. Kelihatan seluruh penduduk kampung itu mengelilinginya dan seakan ada satu pesta dengan melihat wajah-wajah gembira mereka. Di sebelah kiri dan kanannya terdapat dua lelaki yang memegang parang sambil membaca sesuatu. Kemudiannya diangkat parangnya ke udara ibarat meraikan kemenangan kemudian memandang tepat ke mata Izwan.
Ketika baru Izwan tersedar yang beliau akan menjadi makanan kepada mereka. Dia telah diberi makan dengan makanan yang telah dicampur dengan sejenis ubat bius supaya dia pengsan bagi membolehkan beliau tidak bergerak tetapi dalam keadaan sedar. Ini kerana bagi membolehkan meraka meratah hidup-hidup Izwan tanpa dia meronta-ronta. 

Sekadar Hiasan

Kemudian kedua-kedua lelaki tersebut mula memotong-motong kaki dan tangan sambil menyiat kulit Izwan dan memanggil penduduk kampung untuk meratah daging segarnya. Izwan tidak merasakan kesakitan apa-apa hanya mampu melihat mereka meratah dagingnya dengan rakus. Izwan hanya mampu menangis dan menjerit dalam hati sambil mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum beliau menemui ajalnya. Malam itu penduduk kampung orang asli kanibal itu berpesta kerana dapat meratah daging manusia yang segar setelah sekian lama. Mereka meratah daging Izwan sehingga tinggal hanya tulang-belulang. Kemudian tulang itu dicampak kedalam hutan untuk diberi makan babi perliharaan mereka.


Keesokan harinya


Najmi dan rakannya bangun seawal pukul 6 pagi bagi mencari Izwan yang hilang. Setelah solat subuh, mereka terus meredah hutan sambil memangil-manggil nama Izwan tanpa mengetahui bahawa Izwan telah menjadi makanan kepada orang asli kanibal. Mereka tanpa henti-henti mencari sehingga ke petang tetapi hampa. Sedang menebas pohon renek yang menghalang laluan mereka, Syahid terlihat sebuah kawasan kampung orang asli kanibal tersebut. Akhirnya mereka pun masuk ke kampung tersebut untuk bertanya.

Sebaik sahaja melangkah masuk, kelihatan anak-anak kecil berlari-lari kearah mereka dan kemudian masing-masing dipeluk dengan mesra. Meraka disambut dengan ramah dan di bawa ke sebuah pondok untuk dijamu makanan. Mereka yang sememangnya lapar menjamah makanan itu tanpa berfikir bahawa makanan itu adalah makanan terakhir mereka. Kelihatan orang asli di situ tersenyum dan tidak sabar untuk meratah daging meraka ……..

TAMMAT


p.s: Hah ape tunggu lagi, kritik lah cepat.

15 comments:

theflow said...

bestnya masuk hutan..dh lama x hiking ni =)

Anonymous said...

Yang perempuan pula mencubit-cubit kulit Izwan di seluruh badan membuat Izwan ketawa kerana geli. Kemudian dia ditarik ke sebuah pondok.

(patu wan kalal nie kne rogol la ek?)

faizal said...

haha wan kne rogol ngn muni..hahahahah

WanFadhilah said...

punya panjang.. haha.. tpi nasib baik la hanya rekaan semata-mata..

Saya Seorang Pelancong (5): Kundasang War Memorial

Saif As-Solihin said...

pergghhh.. seram plak cerita nye..
takut la... org makan org...
:P

LADYHEART said...

adeh..letih nye bc entri ni..hehe~~

Ni Koi Ni said...

Cilakak btol...xkn r sume mati gak...dem..
Najmi tu hero cite kot...mane bleh mati...

Anikimaro said...

jemi- memang r...koi xsuke happy ending....hahahaha

Ni Koi Ni said...

boooo...anek....
ni patot kene ade sambungan ni....
Najmi kembali menyelamatkn keadaan!!!!
by the way bleh ke arsenal nk beat barca pagi ni??
ahahaha....

Anikimaro said...

aok buat je la ending sendiri...arsenal? tengok je nanti....

AdiSuda said...

akhirnya mati sbb kna mkn..ahaha..adoiiii..xde yg lbih seram ke??

Lydia Miza said...

masuk hutan?lama dah LM tak masuk hutan..

Anikimaro said...

@Adisuda-yang lebih seram? lek lu, yang lebih ganas ade...hehehe

@LM-masuk hutan bukan best pun,banyak nyamuk...hehehe

mat tom said...

hahahahahah FIY kat pulau borneo xde harimau.. LOL

Anikimaro said...

@mat tom=hahaha...really? i'm so fakaped..hahaha..but this is khayalan semata...