nuffnang ads

Tuesday, February 8, 2011

Cerita Di Depan 7Eleven

Sekadar Hiasan

 “ah, mana pulak duit syiling aku ni. Time ni pulak la dia nak hilang!” bisik syami bengang sambil mencari-cari duit syiling yang hilang didalam poket. Pada ketika itu, dia ingin membeli sebuah majalah sukan di 7eleven. Duit yang syami bawa ketika itu hanya mencukupi untuk membeli sebuah majalah sahaja, kini dia telah kehilangan sekeping duit syiling 50sen yang menyebabkan hasratnya untuk membeli majalah tersebut terbantut.

Ketika sedang mencari-cari duitnya yang hilang di tepi longkang berhadapan 7eleven tersebut, seorang wanita muda menghampiri syami. Dia hanya memerhati saja gelagat syami yang resah mencari duitnya. Kemudian wanita tersebut tersenyum kemudian bertanya,

“ehem, awak ada hilang sesuatu?” katanya  sambil tersenyum

Syami yang dari tadi leka mencari terhenti seketika mendengar suara manja wanita tersebut kemudian berpaling. Pada waktu itu wanita tersebut berdiri betul-betul dihadapan nya. Syami terdiam dan tergamam melihat kecomelan wajah wanita itu. Kulitnya putih melepak dan gebu membuatkan syami terpaku. Dia tidak pernah melihat wanita yang sebegitu ayu sebelum ini. Syami melihatnya tanpa berkelip dan merasakan wanita tersebut adalah bidadari dari syurga. 


“hello, saya tanya ni. Awak ada hilang sesuatu ke tadi? Boleh saya bantu?”

Suara lembut dan manja wanita tersebut menusuk ke hati syami menyebabkan lamunannya terhenti seketika.

“err, aah tapi takpe. Saya dah tak perlukan nya.” Jawab syami sambil tersipu-sipu.

“oh, kalau macam tu xpela. Saya pergi dulu.” Kata wanita itu sambil memberikan satu senyuman manja.

Syami hanya melihat wanita tersebut berlalu pergi darinya. Dia masih terpaku dengan senyuman manja yang telah dilemparkan kepadanya seketika tadi sehingga melupakan terus majalah yang hendak dibelinya tadi. Kemudian wanita tersebut memasuki keretanya untuk pergi. Syami masih lagi memerhatikannya. Dia masih tidak dapat melupakan keayuan dan kecomelan wanita tersebut, betisnya yang putih dan lenggok jalannya membuatkan syami tidak keruan. Kalau boleh, ingin saja dia memeluk dan mencium sepuas-puasnya wanita tersebut seketika tadi. Tapi semuanya hanya angan semata, dia tidak mendapat apa-apa walaupun hanya nama wanita tersebut. 

gambaran lebih kurang taraf keayuan wanita tu
 Ketika sedang syami berimiginasi, dia terpandang sebuah beg tangan gucci berwarna putih di kaki jalan. Dia pelik dan pergi kearah beg itu kemudian mengambilnya. Dia cuba melihat kedalam beg tersebut dan terdapat gambar wanita tadi. 

Beg Gucci

“wah, ini peluang keemasan untuk tackle awek tadi ni!” bisiknya riang.

Pada ketika itu dia terlihat wanita tersebut masih lagi tidak berganjak dari keretanya. Wanita itu juga kelihatan mencari-cari sesuatu,

“mungkin dia mencari beg tangannya.” Bisik syami.

Didalam fikiran syami ketika itu terdapat 1001 satu jalan untuk mengorat wanita tersebut. Ia datang dengan sendiri dan hanya perlu memilih mana satu cara yang paling ideal untuk wanita cantik seperti wanita tadi. Sebelum ini dia hanya menggunakan taktik biasa untuk mengorat awek-awek yang bertaraf biasa, tetapi kali ini dia perlu berhati-hati. Ketika sedang mencari taktik mengorat yang sesuai, syami mendapat idea. Baginya, dia perlu tahu namanya terlebih dahulu bagi memudahkan kerja nya. Dan satu-satu cara yang paling mudah ketika itu ialah dengan melihat kedalam beg tangan wanita tersebut.

“tak sangka duit 50sen yang hilang tadi telah digantikan dengan bidadari.” Kata syami gembira.

Dia kemudiannya membuka beg tangan itu. Setelah puas menggeledah, dia terlihat sekeping surat pembedahan. Dia amati surat tersebut. Tetapi dia tidak paham apa isi kandungannya, yang dia tahu surat itu dari seorang doktor pembedahan kosmetik dari thailand dan ditujukan kepada seorang lelaki bernama Muhammad Khairul Bin Rafee. Dia pelik, siapakah lelaki itu. Mungkin saudara dia yang punya bisik syami untuk menyedapkan hati nya. Dia kemudiannya terus menggeledah bagi mengetahui nama wanita tersebut. Tak lama selepas itu, dia terlihat sekeping IC milik wanita itu. Ketika itu hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa gembiranya syami. Dengan terujanya dia melihat IC tersebut. 

Sekadar Hiasan

Seketika kemudian, syami tertunduk. Awan mendung berarak diatas kepalanya. Petir sabung menyabung seketika kemudian hujan pun turun dengan lebat. Syami tertunduk di tengah hujan lebat itu. Dia memandang wanita di dalam kereta dihadapannya sambil melihat IC yang dipegangnya serentak. Dia melakukannya berulang-ulang kali bagi memastikan ia tidak betul. Tetapi usaha nya tetap gagal. Syami menjerit sekuat hati sambil mendongak ke atas langit. Dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa IC yang dipegangnya itu adalah milik wanita tersebut dan gambar  di atas IC tersebut juga adalah mirip kepadanya tetapi berambut pendek dan tertulis:


Nama: Muhammad Khairul Bin Rafee

Taraf kewarganegaraan: Warganegara,         

Agama: islam,

 Jantina: LELAKI

Sekadar Hiasan

 Kelihatan wanita tersebut kemudian memandang syami sambil tersenyum. Syami yang tidak dapat menahan marah dengan selambanya mencampak beg tangan ‘wanita’ tersebut ke dalam tong sampah dan beredar sambil buat muka tak tahu. ‘wanita’ tersebut terpinga-pinga melihatnya. “DAMN!” kata syami dalam hati.


TAMMAT

( Kisah ini adalah khayalan semata-mata. Tidak ada kena mengena samada yang masih hidup mahupun yang telah mati.)

p.s: Apakah moral yang terdapat di dalam cerita ni? Siapa boleh jawab?

16 comments:

Izniey Mohd Nor said...

ambik kaw. . . skali bapok. . . hahaha. . .
so , jgn la pndg dr luarn sj. . . hua3. ..

Pencari Qurratuaini said...

hua--hua..dr awal ingatkan hantu punya kisah...kesian...haha

ateyn said...

hahaha..sian..

caer sasuke said...

kesian..ahaha

KUREKURE COMEL said...

hahaha...sengal gle....tgk comel je nk ngorat..
skali kantoi da....hahahaha

Putri Sayang Kamu (PSK) said...

laaa , dua alam . haha .

pak long said...

salam....
bahasa yang diguna simple...unsur bahasa sastera yg best digunakan...caya la..

kesimpulannya....mak tak kuasa nyah..

Anikimaro said...

huuuu...thanks pak long :D

mira_nas said...

bahaya betul eah.. akhir zaman ni.. susah nak identify jantina...takot2 terkahwin sesama jenis

Iszati said...

haha funny! :) pengajaran die ialah jgn nk menggatal! haha

mizzapple said...

kesimpulannya. jgn menilai seseorang dari luarannya saja.
selidik latar belakang dulu.

kunk da kantoi!. hoho

tigasukumaut @ TSM said...

moral of the story: Jgn tackle awek depan 7e, huhuhu

wanacesh said...

kesian awek yang berjantina lelaki 2,,dia pon der prasaan gk!btw padn muka syahmi,,laki mmg pndg kecntikan jer,,LOL,,

Bila kita sama-sama PANAS

syah rizza said...

menarik....
kesian kat syami, dah lah majalah tak dapat, ingatkan bidadari tapi bapok.....hahaha

~wani~ said...

huhu..bapok yg cun =P

AMINTJ said...

ada ciri2 pengarang novel...tapi memang da dijangka pun ending nyer...