"The secret to creativity is knowing how to hide your sources" - Albert Einstein
Sebut sahaja nama Einstein, pasti semua orang kenal siapa dia kan? Begitu juga dengan teori kerelatifannya. Albert Einstein adalah seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman yang telah dipandang sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20
Gambar diatas adalah foto terakhir dari Albert Einstein yang diambil pada bulan Mac tahun 1955. Gambar ini mungkin diambil di rumahnya di Princeton. Sebulan kemudian pada 17 April 1955, Einstein mengalami pendarahan dalaman yang disebabkan oleh pecahnya vena aorta pada tiroid. Beberapa hari kemudian, Einstein meninggal dunia pada usia 76 tahun.
Pada Tanggal 18 April 1955, majlis pengebumian Einstein dilakukan secara tertutup namun seorang jurugambar yang bernama Ralph Morse (seorang wartawan foto dari Majalah LIFE) berjaya menangkap gambar majlis pengebumian tersebut. Walaupun begitu, cerita ini tidak diterbitkan kerana anak Einstein telah memohon agar mereka menghormati majlis pengebumian Einstein dan dia juga menyatakan bahawa privasi keluarga harus dihormati. Maka LIFE memutuskan untuk tidak menjalankan cerita lengkap.