nuffnang ads

Thursday, February 3, 2011

MATI BERULANG KALI?!


Amaran: Kisah ini adalah khayalan semata-mata. Tidak ada kena mengena samada yang masih hidup mahupun yang telah mati. Entri ini juga agak panjang. Luangkan sedikit masa anda untuk membacanya. Selamat berfikir!

Saya bangun pagi ini dengan perasaan yang sangat teruja. Bangun je dari tidur terus pergi menghadap cermin. Senyum sendiri. Tengok rambut, hmm. Kusut masai. Bela-bela rambut jap.Teleng kan kepala kiri kanan tengok mana tau ada benda melekat. Mm, semua da ok. Saya berjalan pula menghala ke tingkap bilik . hmm, cuaca yang indah. Saya buka tingkap sambil menghirup udara pagi yang sangat segar. “Good morning, malaysia!” jerit saya sambil senyum dan angkat tangan macam orang mengeliat.

Sesudah puas amek feel pagi-pagi. Tutup tingkap balik, tanggal baju, capai tuala then go to the bathroom.  Masuk je bilik air, tengok cermin lagi, amek berus gigi sambil sentel sikit ubat gigi colgate. Senyum dulu pastu baru gosok gigi. Dah siap kumur-kumur , tengok cermin lagi. “hmmm, gigi dah putih.” Senyum sendiri. Pastu paling kebelakang sambil nyanyi lagu ‘last night on earth’ (green day). Bukak shower pastu mandi!

5 minit pastu

Badan dah segar mandi, mulut tak henti nyanyi ulang lagu sama. Tengok cermin lagi. Senyum-senyum then amek bedak ‘dashing’, tepek-tepek kat badan. Abis putih. Amek deodorant ‘nivea for men’, rolling kat bawah ketiak, mulut tak henti nyanyi lagi. Happy punya pasal sebab hari ni ada interview kerja. Dah sebulan dok mencari kerja, baru ni la dapat. Tu yang happy giler tu. Pastu pergi capai boxer stripe merah hitam, seluar slack coklat, dengan baju kemeja G2000 warna hitam. Pakai cepat-cepat tak sabar.
Tengah pakai-pakai tu, dengar suara mak menjerit dari bawah,

“MAL, DAH BANGUN KE BELUM?! AWAK TU NAK PERGI INTERVIEW ARI NI!”

“YA, SAYA DAH BANGUN NI, DAH SIAP PAKAI BAJU DAH NI!.”

“HAH, ELOK LA TU, MEH TURUN CEPAT. BREAKFAST DULU.”

COMINGG!!”

Wah, hari ni saya bangun awal, excited nak pergi interview punya pasal. Dah siap spray cologne adidas, saya berlari kebawah. Tengok-tengok abah, mak, adik perempuan saya semua dah ada kat meja makan. Jarang dapat tengok permandangan camni pagi-pagi, biasa dalam mimpi lagi.

 “HAI, GOOD MORNING EVERYBODY. WHAT DO WE HAVE HERE FOR BREAKFAST?” tanya saya girang.

“HAI,BUANG TEBIAT PE SPEAKING PEPAGI BUTA NI, DUDUK CEPAT. NI ADA ROTI NGAN SCRAMBLE EGGS.” Jawab ayah.

Adik saya tersenyum-senyum dah, maybe dia ingat saya buang tebiat dah. Tengok dia dah siap-siap pakai baju sekolah. Ibu pulak tengah tuang air teh untuk saya sambil senyum. Wah, bestnya suasana pagi ni, da lama tak rasa camni. Semua happy.

Lepas minum seteguk dua dengan sekeping roti, saya bangun,

“I’M DONE. MA ,PA, NAK PERGI DAH NI, SALAM.”

Yelah, nak pergi interview mesti  ambil berkat ibu bapak dulu. Dah siap salam semua, saya nak gerak dah. Bukak je pintu rumah, adik saya cakap,

“HATI-HATI YE JALAN, NANTI BELIKAN ADIK COKLAT EA.”

Saya senyum sambil buat thumbs up tanda setuju. Sebelum keluar tengok cuaca hari tu sangat indah, burung-burung berkicauan, ada dua –tiga budak main kejar depan rumah, pastu ada pulak orang jogging kat tepi jalan. Makcik kat rumah depan siram pokok bunga dia yang cantik. Jiran sebelah rumah pulak dah siap-siap nak pergi kerja. Nampak je saya, dia terus angkat tangan tanda tegur. Saya pun angkat la jugak. Isteri dia senyum-senyum je. Saya bisik dalam hati, “OK, IT’S TIME TO GO.”

Saya pun melangkah keluar ke rumah dengan hati yang riang. Saya jalan kaki sahaja nak pergi interview ni, tempat dia tak  jauh sangat dari rumah. Lebih kurang dalam lima minit je. Tengah syok-syok jalan ada seorang perempuan muda sedang berjogging memintas saya dari belakang. Saya sempat  tengok dia, lawa jugak, dia pun sekali imbas je senyum kat saya sambil terus ke hadapan meninggalkan saya jauh ke belakang. Bila perempuan tu sampai je dekat ada satu lopak air kat tepi jalan, ada kereta lalu sambil langgar lopak tu. Habis air memercik. Nasib baik saya jauh, perempuan tu dah habis satu badan lenjun. Perempuan tu dah maki-maki dah siap tunjuk penumbuk kat kereta tadi,  saya senyum je dari belakang tengok gelagat dia. Saya terus kan perjalanan.

Dah beberapa lama jalan melintasi dua buah gerai makanan dan sebuah restoran saya terlihat ada seorang lelaki tengah mencari sesuatu dekat bawah pokok. Dia kelihatan resah, melilau ke kiri dan kanan macam ada barang berharga yang hilang. Saya pun kesian la, saya tengok jam, ada masa lagi untuk tolong dia. Saya pergi dekat dia saya tanya dia hilang apa, dia cakap cincin yang dia beli untuk melamar awek dia dah hilang. Saya tanya lagi hilang dekat mana, dia cakap hilang dekat bench bawah pokok tu sambil tunjuk. Lepas tu saya pun tolong lah dia mencari. Lepas cari-cari dekat sekitar tu, saya ternampak ada sesuatu berkilauan dekat tepi tong sampah, saya pergi dekat ternyata itu memang cincin. Saya pergi ambil kemudian bagi dekat dia. Nampak je cincin tu, lelaki tu terus peluk saya sambil ulang-ulang ucap terima kasih. Pastu dia ajak saya minum atau makan, dia belanja. Saya tolak sebab dah takde masa. Saya terus kan perjalanan.

Tengah saya jalan-jalan tu, saya nampak ada seorang makcik tu berlenggang-lenggang jalan sambil bawak beg tangan. Saya terfikir, nak pergi mana lah makcik ni pagi-pagi buta camni. Pergi pasar la kot. Saya follow je dia dari belakang. Tak lama lepas tu ada seorang lelaki muda lari daripada belakang dia terlanggar saya, pastu terus pergi ke arah makcik tu. Saya cakap “woi! Buta ke!” dia terus je berlari tak hirau kan saya. Saya dah bengang. Sampai je lelaki tu dekat makcik tersebut, dia terus ragut beg tangan makcik tu. Saya nampak makcik tu bergelut dengan dia. Lelaki tu tolak-tolak makcik tu sampai jatuh kemudian dia terus blah. Saya terkejut, saya terus berlari ke arah makcik tu. Tolong dia. Makcik tu cakap peragut tu dah ambil beg tangan dia, dia merayu-rayu dekat saya suruh saya kejar peragut tu, kata dia dia nak pergi masukkan duit untuk anak dia. Saya pun kesian then tengok ke arah peragut tersebut. Tak jauh dari saya, tanpa berfikir panjang saya terus mengejar dia. Sambil lari tu saya jerit-jerit suruh dia berhenti. Masa tu orang disekeliling buat tak tahu je dekat peragut tu. Saya bengang. Saya jerit, “peragut tu, tangkap dia!” semua diam je sambil tengok peragut tu lari depan mereka. Dalam hati saya tak habis-habis menyumpah seranah sikap segelintir rakyat malaysia ni. Penting kan diri. Saya tak peduli, saya nak tolong makcik tu, saya nak peragut tu masuk penjara. Saya terus mengejar peragut tu sampai lah kat satu simpang jalan yang sesak.

Saya nampak peragut tu terus berlari menyeberangi jalan tersebut tanpa menghiraukan kereta lalu lalang, saya pun apa lagi terus kejar dia. Masa berlari tengah jalan tersebut, tiba-tiba ada satu kereta  dengan laju datang ke arah saya, saya pandang ke kiri, tetapi semuanya sudah terlambat. Saya terus dilanggar kereta tersebut. Saya terpelanting ke bahu jalan. Semua kenderaan yang ada disitu berhenti dan keluar ke arah saya. Saya mengerang kesakitan. Kemudian tuan punya kereta tersebut datang ke arah saya, bertanya keadaan saya. Saya diam, tak berdaya untuk bercakap. Tak lama pastu ada seorang lagi datang dan berkata kepada yang seorang lagi supaya menghantar saya ke hospital. Mereka mengangkat saya masuk ke dalam kereta. Darah banyak mengalir dari kepala saya, saya lemah. Ketika berada dalam kereta tersebut saya merasakan nyawa saya tidak panjang. Saya begitu lemah. Pemandu tersebut tak henti-henti suruh saya mengucap, yang sorang lagi usap-usap perut saya. Saya berfikir dalam hati, “ kalau lah saya dapat undur masa.” Selepas itu, mata saya terpejam........seketika kemudian,

************************

Saya bangun lagi dengan perasaan yang sangat teruja. Bangun je dari tidur terus pergi menghadap cermin. Senyum sendiri. Tengok rambut, hmm. Kusut masai. Bela-bela rambut jap.Teleng kan kepala kiri kanan tengok mana tau ada benda melekat. Mm, semua da ok. Saya berjalan pula menghala ke tingkap bilik . hmm, cuaca yang indah. Saya buka tingkap sambil menghirup udara pagi yang sangat segar. “Good morning, malaysia!” jerit saya sambil senyum dan angkat tangan macam orang mengeliat.

Sesudah puas amek feel pagi-pagi. Tutup tingkap balik, tanggal baju, capai tuala then go to the bathroom.  Masuk je bilik air, tengok cermin lagi, amek berus gigi sambil sentel sikit ubat gigi colgate. Senyum dulu pastu baru gosok gigi. Dah siap kumur-kumur , tengok cermin lagi. “hmmm, gigi dah putih.” Senyum sendiri. Pastu paling kebelakang sambil nyanyi lagu ‘last night on earth’ (green day). Bukak shower pastu mandi!

5 minit pastu

Badan dah segar mandi, mulut tak henti nyanyi ulang lagu sama. Tengok cermin lagi. Senyum-senyum then amek bedak ‘dashing’, tepek-tepek kat badan. Abis putih. Amek deodorant ‘nivea for men’, rolling kat bawah ketiak, mulut tak henti nyanyi lagi. Pastu pergi capai boxer stripe merah hitam, seluar slack coklat, dengan baju kemeja G2000 warna hitam. Pakai cepat-cepat tak sabar.

Tengah pakai-pakai tu, dengar suara mak menjerit dari bawah,

“MAL, DAH BANGUN KE BELUM?! AWAK TU NAK PERGI INTERVIEW ARI NI!”

“YA, SAYA DAH BANGUN NI, DAH SIAP PAKAI BAJU DAH NI!.”

“HAH, ELOK LA TU, MEH TURUN CEPAT. BREAKFAST DULU.”

COMINGG!!”

Dah siap spray cologne adidas, saya berlari kebawah. Tengah menuruni anak tangga tu, saya berhenti. Saya pelik. Saya  tengok bawah ada abah, mak, adik perempuan saya semua dah ada kat meja makan. Macam pernah je mengalami situasi ni. Ahh, pedulikan. Saya terus turun.

“HAI, GOOD MORNING EVERYBODY. WHAT DO WE HAVE HERE FOR BREAKFAST?” tanya saya girang.

“HAI,BUANG TEBIAT PE SPEAKING PEPAGI BUTA NI, DUDUK CEPAT. NI ADA ROTI NGAN SCRAMBLE EGGS.” Jawab ayah.

Saya terdiam jap. “Aik, cam kenal je dialog bapak saya ni.” Fikir saya dalam hati

Saya tengok adik saya tersenyum-senyum. Tengok dia dah siap-siap pakai baju sekolah. Ibu pulak tengah tuang air teh untuk saya sambil senyum. Hmm.

Lepas minum seteguk dua dengan sekeping roti, saya bangun,

“I’M DONE. MA ,PA, NAK PERGI DAH NI, SALAM.”

Lepas tu saya nak bukak pintu rumah, adik saya cakap,

“HATI-HATI YE JALAN, NANTI BELIKAN ADIK COKLAT EA.”

Saya senyum sambil buat thumbs up tanda setuju. Sebelum keluar tengok saya tengok ada burung-burung berkicauan, ada dua –tiga budak main kejar depan rumah, pastu ada pulak orang jogging kat tepi jalan. Makcik kat rumah depan siram pokok bunga dia yang cantik. Jiran sebelah rumah pulak dah siap-siap nak pergi kerja. Nampak je saya, dia terus angkat tangan tanda tegur. Saya pun angkat la jugak. Isteri dia senyum-senyum je. Saya bisik dalam hati, “Hmm, weird. Situasi yang biasa saya tengok

Saya pun melangkah keluar rumah. Masa tengah jalan tu ada seorang perempuan muda sedang berjogging memintas saya dari belakang. Saya  tengok dia sambil fikir, “macam kenal jek minah ni, tapi dimana ye?”  dia senyum kat saya sambil terus ke hadapan meninggalkan saya jauh ke belakang. Bila perempuan tu sampai je dekat ada satu lopak air kat tepi jalan, ada kereta lalu sambil langgar lopak tu. Habis air memercik. Perempuan tu dah habis satu badan lenjun. Perempuan tu maki-maki siap tunjuk penumbuk kat kereta tadi. Saya terus kan perjalanan.

Dah beberapa lama jalan melintasi dua buah gerai makanan dan sebuah restoran saya terlihat ada seorang lelaki tengah mencari sesuatu dekat bawah pokok. Dia nampak resah, melilau ke kiri dan kanan macam ada barang berharga yang hilang. Saya berhenti pastu tengok dia dengan pandangan pelik. Kemudian dia perasan saya, dia terus datang kat saya. Dia mintak tolong cari kan cincin dia. Saya tak cakap pape, saya tengok jam pastu saya angguk. Saya tanya lagi hilang dekat mana, dia cakap hilang dekat bench bawah pokok tu sambil tunjuk. Saya fikir dalam hati “Ah, pokok ni. Look familiar to me.”  Lepas tu saya pun tolong lah dia mencari. Lepas cari-cari dekat sekitar tu, saya ternampak ada sesuatu berkilauan dekat tepi tong sampah, saya pergi dekat ternyata itu memang cincin. Saya pergi ambil kemudian bagi dekat dia. Nampak je cincin tu, lelaki tu terus peluk saya sambil ulang-ulang ucap terima kasih. Pastu dia ajak saya minum atau makan, dia belanja. Saya tolak sebab dah takde masa. Saya terus kan perjalanan.

Tengah saya jalan-jalan tu, saya nampak ada seorang makcik tu berlenggang-lenggang jalan sambil bawak beg tangan. Saya follow dia dari belakang. Tak lama lepas tu ada seorang lelaki muda lari daripada belakang dia terlanggar saya, pastu terus pergi ke arah makcik tu. Saya cakap “woi! Buta ke!” dia terus je berlari tak hirau kan saya. Sampai je lelaki tu dekat makcik tersebut, dia terus ragut beg tangan makcik tu. Lelaki tu tolak-tolak makcik tu sampai jatuh kemudian dia blah terus. Saya terkejut, saya terus berlari ke arah makcik tu. Tolong dia. Makcik tu merayu-rayu dekat saya suruh saya kejar peragut tu. Tanpa berfikir panjang saya terus mengejar dia. Sambil lari tu saya jerit-jerit suruh dia berhenti. Masa tu orang disekeliling buat tak tahu je dekat peragut tu. Saya jerit, “peragut tu, tangkap dia!” semua diam je sambil tengok peragut tu lari depan mereka. Saya terus mengejar peragut tu sampai lah kat satu simpang jalan yang sesak.

Saya nampak peragut tu terus berlari menyeberangi jalan tersebut tanpa menghiraukan kereta lalu lalang, saya pun terus kejar dia. Masa berlari tengah jalan tersebut, tiba-tiba ada satu kereta  dengan laju datang ke arah saya, saya pandang ke kiri, tetapi semuanya sudah terlambat. Saya terus dilanggar kereta tersebut. Saya terpelanting ke bahu jalan. Semua kenderaan yang ada disitu berhenti dan keluar ke arah saya. Saya mengerang kesakitan. Kemudian tuan punya kereta tersebut datang ke arah saya, bertanya keadaan saya. Saya diam, tak berdaya untuk bercakap. Tak lama pastu ada seorang lagi datang dan berkata kepada yang seorang lagi supaya menghantar saya ke hospital. Mereka mengangkat saya masuk ke dalam kereta. Darah banyak mengalir dari kepala saya, saya lemah. Ketika berada dalam kereta tersebut saya merasakan nyawa saya tidak panjang. Saya begitu lemah. Pemandu tersebut tak henti-henti suruh saya mengucap, yang sorang lagi usap-usap perut saya. Saya berfikir dalam hati, “ kalau lah saya dapat undur masa.” Selepas itu, mata saya terpejam......seketika kemudian,
­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­

*********************

Saya bangun lagi tetapi dengan perasaan yang sangat pelik. Bangun je dari tidur terus pergi menghadap cermin. Saya termenung. Tengok rambut, hmm. Kusut masai. Bela-bela rambut jap.Teleng kan kepala kiri kanan tengok mana tau ada benda melekat. Mm, semua da ok. Saya berjalan pula menghala ke tingkap bilik  Saya buka tingkap sambil menghirup udara pagi yang sangat segar. “Good morning, malaysia!” jerit saya sambil senyum dan angkat tangan macam orang mengeliat.

Lepas tu saya tutup tingkap balik, tanggal baju, capai tuala then go to the bathroom.  Masuk je bilik air, tengok cermin lagi, amek berus gigi sambil sentel sikit ubat gigi colgate pastu gosok gigi. Dah siap kumur-kumur , tengok cermin pastu saya termenung. Bukak shower pastu mandi! Tengah-tengah mandi tu saya tersedar yang semua ni saya dah lalui, bukan sekali tapi berkali-kali, tapi saya taktau bila. Apa yang penting saya tahu apa yang akan berlaku selepas ini. Saya pasti melakukan perkara dengan betul kali ini.

5 minit pastu

Badan dah segar mandi, saya tengok cermin lagi. Senyum-senyum then amek bedak ‘dashing’, tepek-tepek kat badan. Abis putih. Amek deodorant ‘nivea for men’, rolling kat bawah ketiak. Saya dah tau semua step-step ni. Pastu saya  capai boxer stripe merah hitam, seluar slack coklat, dengan baju kemeja G2000 warna hitam. Pakai cepat-cepat tak sabar.

Tengah pakai-pakai tu, dengar suara mak menjerit dari bawah,

“MAL, DAH BANGUN KE BELUM?! AWAK TU NAK PERGI INTERVIEW ARI NI!”

“YA, SAYA DAH BANGUN NI, DAH SIAP PAKAI BAJU DAH NI! KEJAP LAGI SAYA TURUN BREAKFAST. YA MA!?” jawab saya confident

Mak saya diam pastu

 Dah siap spray cologne adidas, saya berlari kebawah. Saya senyum, saya pasti saya dah lalui situasi ni. Saya tengok-tengok abah, mak, adik perempuan saya semua dah ada kat meja makan.semuanya sama macam sebelum ni. Sampai je kat meja saya cakap

“HAI, GOOD MORNING EVERYBODY. WHAT DO WE HAVE HERE FOR BREAKFAST? OH PA, DON’T ANSWER ME, THAT’S SCRAMBLE EGGS AND BREADS, ISN’T” tanya saya girang.

“ERR, YE-YE.” Jawab ayah yang kelihatan bingung

Adik saya tersenyum-senyum dah, maybe dia ingat saya buang tebiat.. Ibu pulak tengah tuang air teh untuk saya sambil senyum. Saya pun senyum jugak.

Lepas minum seteguk dua dengan sekeping roti, saya bangun,

“I’M DONE. MA ,PA, NAK PERGI DAH NI, SALAM.”

Lepas tu saya salam dan nak pergi buka pintu rumah, belum sempat adik saya tanya pape, saya dah jawab,

“LEPAS NI ABANG BELIKAN ADIK COKLAT EA.”

Saya senyum sambil buat thumbs up. Adik saya dah terpinga-pinga. Sebelum keluar saya tengok permandangan yang sama seperti sebelum ni, cuaca indah, burung-burung berkicauan, ada dua –tiga budak main kejar depan rumah, pastu ada pulak orang jogging kat tepi jalan. Makcik kat rumah depan siram pokok bunga dia yang cantik. Jiran sebelah rumah pulak dah siap-siap nak pergi kerja. Belum sempat dia angkat tangan saya dah angkat, dia pun angkat tangan sekali. Isteri dia senyum-senyum lagi. Saya bisik dalam hati, “OK, IT’S TIME TO GO. AND NEVER REPEAT THE SAME MISTAKE

Saya pun melangkah keluar ke rumah dengan hati yang riang. Tengah syok-syok jalan ada seorang perempuan muda sedang berjogging memintas saya dari belakang. Saya cakap kat dia, “hati-hati lopak air kat depan tu kalau taknak basah!”, dia pandang saya pelik pastu cakap “giler!” sambil terus ke hadapan meninggalkan saya jauh ke belakang. Saya senyum je. Bila perempuan tu sampai je dekat ada satu lopak air kat tepi jalan, ada kereta lalu sambil langgar lopak tu macam biase. Habis air memercik. perempuan tu dah habis satu badan lenjun. Perempuan tu dah maki-maki dan tunjuk penumbuk kat kereta tadi,  saya lalu sebelah dia saya cakap “I told you.” Sambil senyum sinis. Perempuan tu bengang je tengok saya. Perempuan tu dah basah buat kali ketiga. Saya terus kan perjalanan macam biasa.

Dah beberapa lama jalan melintasi dua buah gerai makanan dan sebuah restoran, ada seorang lelaki tengah mencari sesuatu dekat bawah pokok macam biasa. Saya pergi kat dia pastu saya tarik dia pergi kat tong sampah. Lepas tu saya ambil cincin dia kat bawah tu then bagi dia. Saya cakap, “encik tak payah terima kasih dekat saya dan tak payah belanja saya. Hmm, good luck for your proposal eh!” Saya terus kan perjalanan meninggalkan lelaki tersebut kebingungan.

Tengah saya jalan-jalan tu, saya nampak ada seorang makcik tu berlenggang-lenggang jalan sambil bawak beg tangan. Saya terfikir, inilah masa nya nak jadi hero Saya follow je dia dari belakang. Tak lama lepas tu ada seorang lelaki muda lari daripada belakang, then saya terus tumbuk dia dia terjatuh, pastu saya terus cakap “woi! Ko jangan nak meragut makcik tu!” dia terpinga-pinga pastu bangun dan terus tumbuk perut saya pastu dia terus lari ke depan sambil cakap “camna ko tau hah!”. Saya dah bengang. Sampai je lelaki tu dekat makcik tersebut, dia tak ragut beg tangan makcik tu tapi dia tolak makcik tu sebab nak lari. Saya terus mengejar dia. Sambil lari tu saya jerit-jerit suruh dia berhenti. Masa tu saya dah tak pedulikan orang disekeliling. Saya jerit, “korang semua ni memang takde hati perut!” semua diam je, masing-masing buat muka pelik. Saya terus mengejar peragut tu sampai lah kat satu simpang jalan yang sesak.

Saya nampak peragut tu terus berlari menyeberangi jalan tersebut tanpa menghiraukan kereta lalu lalang, saya 
tak terus kejar dia. Saya tengok dulu kereta yang melanggar saya sebelum ni dah lepas, baru saya kejar.  Bila nak sampai je kat seberang jalan tu,  saya pandang ke kanan, saya lihat ada sebuah motor laju menghala ke arah saya, tetapi semuanya sudah terlambat. Saya terus dilanggar motor tersebut. Saya terpelanting ke tengah jalan. Semua kenderaan yang ada disitu berhenti dan keluar ke arah saya. Saya mengerang kesakitan. Kemudian tuan punya motor tersebut datang ke arah saya, bertanya keadaan saya. Saya diam, tak berdaya untuk bercakap. Tak lama pastu ada seorang lagi datang dan berkata kepada yang seorang lagi supaya menghantar saya ke hospital. Mereka mengangkat saya masuk ke dalam kereta. Darah banyak mengalir dari kepala saya, saya lemah. Ketika berada dalam kereta tersebut saya merasakan nyawa saya tidak panjang. Saya begitu lemah. Pemandu tersebut tak henti-henti suruh saya mengucap, yang sorang lagi usap-usap perut saya. Saya berfikir dalam hati, “ semuanya sama walaupun berulang berkali-kali, hanya beza keadaannya sahaja. Kali ini saya dah bersedia, LAILAHAILLALLAH” Selepas itu, mata saya terpejam. Terpejam buat selama-lamanya.


HABIS...
 (Kalau Tak Paham Cerita ni, Baca Berulang Kali. Kalau tak paham jugak, pandai-pandai la sendiri)
 

p.s: Masa lepas tidak boleh diulang kembali. Hadapi masa-masa yang mendatang dengan penuh hemah dan belajar dari kesilapan lalu.

5 comments:

ateyn said...

err..pnin baca aa...

Anikimaro said...

HAHAHA...selamat berfikir :D

acan ketot said...

haaa..
pham2!!!
yeay!!!hu3..

Anikimaro said...

yeay!,bagus2..hehehe

si para para said...

LAILAHAILLALLAH