nuffnang ads

Tuesday, September 20, 2011

Video 'Time Lapse' Bumi Dari Stesen Angkasa Antarabangsa Yang Paling AWESOME

AWESOME SHIAT!

Bagaimana rupa bentuk bumi ketika ianya berpusing diatas paksinya? Dulu aku ada post Foto Bumi Dari Angkasa Lepas, sememangnya ianya AWESOME, tetapi video ini jauh lebih AWESOME kerana kita dapat melihat setiap aktiviti dan suasana alam dari angkasa termasuk lah kilat, petir, cahaya matahari terbit, ribut dan macam-macam lagi. Video ini dirakam dari ISS (Stesen Angkasa Antarabangsa) dengan menggunakan teknik 'time lapse' pada waktu malam. Rakaman ini bermula dari lautan pasifik dan seterusnya meluncuri kawasan utara dan selatan amerika sebelum memasuki waktu siang di Antartika. Di video ini klihatan juga bandar-bandar, mercutanda termasuk Pulau Vancouver, Victoria, Vancouver, Seattle, Portland, San Fracissco, Los Angeles dan juga beberapa bandar di Texas, New Mexico dan Mexico sendiri. Video ini juga merentasi bandar Mexico, teluk Mexico, semenanjung Yucatan dan macam-macam lagi. Cakap banyak pun tak guna, korang tengok je video yang AWESOME ni. Enjoy! 




Sumber: Youtube via yesterday2221

No comments: