nuffnang ads

Tuesday, September 20, 2011

Slapping Breast - Teknik Membesarkan Payudara Yang Paling BERKESAN (NSFW)

Whooaaa, must send my wife to her!

Jika anda sememangnya mahu membentuk penampilan badan anda tetapi anda takut akan pembedahan plastik, anda perlu pergi ke Thailand dan cuba satu teknik menampar payudara yang dilakukan oleh Khemmikka Na Songkhla. Ianya bukanlah suatu penipuan kerana Kementerian Kesihatan Thailand telah meluluskan teknik beliau  setelah menjalankan kajian keatas teknik tersebut dan mendapati bahawa ianya tidak merbahaya dan yang penting, ianya berkesan!

Beliau sememangnya seorang pengamal kecantikan mungkin adalah satu-satunya manusia didunia yang mengetahui teknik rahsia ini yang mana beliau mewarisinya dari nenek beliau sendiri. Sekarang, beliau mencari 10 orang bagi mewarisi ilmu yang beliau ada supaya teknik ini tidak hilang ditelan zaman. Walaubagaimanapun, beliau tidak menurunkan ilmu ini secara percuma, beliau meletakkan harga sebanyak 10 juta Baht untuk teknik membentuk badan, 8 juta Baht untuk teknik menampar payudara dan 5 juta Baht untuk teknik menampar muka. Setakat ini, beliau telah mengambil 4 orang anak murid untuk diajarkan tekni-teknik rahsia yang beliau mahiri.

Khemmikka Na Songkhla, lebih dikenali sebagai 'Khunying Tobnom' telah mengetahui kelebihan dari menampar payudara sewaktu beliau masih remaja. Ketika itu beliau sedang mencari cara bagi membesarkan payudaranya. Satu hari, beliau terserempak dengan neneknya ketika beliau mengurut payudaranya dengan menggunakan sejenis krim dan neneknya menyuruh beliau supaya berhenti membazirkan masa dan duit seterusnya nenek beliau mengajarkan teknik rahsia tersebut. Nenek beliau menampar tetek beliau sehingga sakit dan melumurnya dengan air sejuk. Beliau membiarkan neneknya menampar payudaranya beberapa kali dan akhirnya beliau mendapati payudaranya telah membesar sebanyak 4 inci! Beliau seterusnya memahiri teknik tersebut dengan sendiri dan telah mempraktikkan ilmu ini sejak 2 dekad lalu di salun kecantikannya dengan beribu pelanggan yang telah berpuas hati dengan rawatan yang beliau berikan tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.

So there you go, kalau anda betul-betul untuk mencantikkan bahagian dalaman anda untuk suami yang tercinta, silalah berjumpa dengan Khemmikka Na Songkhla di Thailand, Pastinya anda berpuas hati!









Sumber: lifeisreallybeautiful & bangkokpost