nuffnang ads

Monday, September 5, 2011

Pelajar-Pelajar Di Chile Melakukan Demonstrasi Menuntut Reformasi Pendidikan Dengan Bercium (NSFW)

apakah rasional disebalik semua ini?

Lebih dari 100 pelajar universiti di Chile telah berhimpun untuk melakukan demonstrasi bantahan terhadap pembangunan pembelajaran dan pendidikan dan mengurangkan kos pembelajaran yang tinggi. Mereka telah berhimpun pada pada 1 september lalu di hadapan Cathedral Metropolitan. Yang uniknya tentang perhimpunan aman ini, peserta demonstasi telah melakukan ciuman dengan pasangan masing-masing bagi menunjukkan bantahan mereka. Ya ciuman! Perhimpunan itu telah mengejutkan orang ramai yang lalu lalang disitu serta menjadi tatapan bagi kanak-kanak dan orang tua. Mereka yang tidak kenal erti malu ini juga kadangkala diberi tepukan oleh penonton yang menyaksikan perhimpunan pelik ini.  

Walaupun begitu, terdapat juga keganasan kecil telah berlaku yang mana terdapat campurtangan dari polis bagi meredakan keadaan. Mereka yang bersungguh-sungguh dalam membuat bantahan terhadap kemajuan pendidikan negara itu juga akan mendesak kerajan dan telah memeberi amaran akan melakukan bantahan secara besar-besaran jika tiada perubahan dilakukan oleh kerajaan. Damn!! Demonstrasi bagi meningkatkan taraf pendidikan di negara itu juga telah diadakan pada 6 julai lalu memandangkan tiada perubahan yang berlaku, telah dilakukan sekali lagi pada 1 september lepas. Gambar-gambar dibawah menunjukkan aksi mereka melakukan bantahan yang mana bagi aku ianya nonsense!



















Sumber:amusingplanet

No comments: