nuffnang ads

Monday, September 19, 2011

Komik Superhero Yang Paling BADASS

"Has millions of uses beyond just smoking"



Jahat gila dowh tajuk komik ni. Inilah dia sebuah lagi komik superhero yang dapat menjatuhkan moral anak-anak muda zaman sekarang, Marijuanaman. Superhero Ganja??? Aku tengok dah macam MariJahanamMan.....LOL!!! Ianya dilancar oleh anak kepada seorang lagenda reggae, Bob Marley iaitu Ziggy Marley pada 20 April 2011. Ziggy Marley berkolaborasi bersama penulis Joe Casey dan dilukis oleh Jim Mahfood

Komik ini mengisahkan tentang seorang "juara dari angkasa lepas" telah tiba di Bumi untuk menyampaikan pesanan yang penting dan pada masa yang sama untuk menyelamatkan planetnya sendiri. Berdasarkan Ziggy Marley, Marijuanaman melambangkan harapan masa hadapan. Harapan dimana kita akan menggunakan kuasa yang telah dikurniakan dengan sebaik mungkin untuk menyelamatkan planet kita.

Album terbaru Ziggy Marley iaitu albumnya solonya yang kelima, Wild and Free dilancarkan bersama-sama dengan pelancaran komik Marijuanaman ini. Jadi, kepada peminat-peminat lagu reggae boleh la cari album dan komik ini sebagai bahan bacaan rasmi. Geng-geng hippies dan reggae pasti teruja dengan berita ini. It's natural man!!! It come from the nature








Lihat video dibawah untuk preview Marijuanaman:



Lihat video dibawah untuk Marijuanaman Golden Apple Signing:


p/s: lepas ni superhero apa la pulak yang keluar? Maybe Syabuman kot?


Sumber: ziggymarley

1 comment:

Hisyam Al-Banna said...

macam kartunis Malaysia je lukis. haha