nuffnang ads

Sunday, September 25, 2011

HOT - Bagaimana Untuk Mendapatkan Profile Facebook Baru Dengan Lebih Awal

Hahaha.. Facebook menjadi semakin mudah untuk 'stalker' macam aku!

Baru-baru ini telah berlansung satu 'mesyuarat agung' antara warga kerja facebook, lebih 2000 usahawan, pembang dan juga wartawan yang diberi nama F8. Bertempat di San Francisco, banyak perkara yang dibincangkan oleh mereka ketika itu dan salah satu yang menarik minat para pengguna facebook ialah pendedahan Mark Zuckerberg dalam menghasilkan 'Timeline' iaitu perubahan secara besar-besaran terhadap profail facebook kita. Yep, itu lah yang bakal terjadi dalam masa lebih kurang 2 minggu lagi. Ini semua adalah realiti dan bukan cubaan. Bersedialah kita semua dengan perubahan besar ini. Tetapi, ramai jugak antara kita yang tertunggu-tunggu untuk merasai 'pengalaman baru' bermain facebook dan tidak sabar untuk menggunakannya sebelum orang lain merasainya. 

Kini, anda tidak perlu lagi untuk menunggu selama dua minggu untuk merasai pembaharuan Facebook ini kerana sekarang ianya boleh dilakukan dengan hanya beberapa langkah. Sebelum aku tunjuk dekat korang bagaimana caranya, mari kita tengok sikit bagaimana rupanya 'timeline' baru facebook seperti yang didedahkan oleh Mark Zuckerberg di F8 baru-baru ini.








See? isn't that cool?! ok begitu lah lebih kurang gambaran facebook baru. Amacam? mau try? Kalau nak, korang lihat pula sebuah video tutorial yang dihasilkan oleh  Jason Gilbert, Seorang penulis di Huffington Post yang pergi ke persidangan F8 lalu. Aku taktahu samada ianya menjadi atau tidak sebab aku tak cuba lagi sebab aku excited nak tunggu 2 minggu lagi bersama-bersama pengguna lain, tapi jikalau melihat kepada testimoni penonton yang melihat video ini di Youtube, nampaknya seperti berkesan. Apapun,tak rugi mencuba.





Sumber: bostinnovation & huffingtonpost via Youtube - gilbertjasonohuffpo

1 comment:

Anikimaro said...

it works! just try it..