nuffnang ads

Friday, August 19, 2011

Salar De Uyuni - Lapangan Garam Semulajadi Terbesar Dunia

Inilah Keindahan Ciptaan Tuhan

Salar De Uyuni (ataupun Salar de Tunupa), terletak di Bolivia adalah salah satu tempat yang paling indah di Selatan Amerika. Setiap hari, pasti ada saja jurugambar yang melawat tempat itu untuk merakam keindahan alam semula jadi ini. Kawasan ini terhasil dari formasi geologi yang menakjubkan terbentang seluas 10, 582 kaki persegi dan juga merupakan lapangan garam semulajadi yang terbesar didunia. Dianggarkan, kawasan tersebut mempunyai sebanyak 10 bilion tan garam.

Kira-kira 30 hingga 40 ribu tahun dahulu, tempat ini dahulunya dikatakan merupakan sebuah tasik prasejarah yang besar dipanggil Tasik Minchin. Tasik tersebut telah berlaku perubahan besar-besaran dan telah membentuk 2 tasik moden iaitu Tasik Poopo dan Tasik Uru Uru, serta 2 buah lagi lapangan garam iaitu Salar De Coipassa dan yang terbesar, Salar De Uyuni.

Ketika musim panas, kawasan ini teramat kering, tetapi apabila musim hujan, tasik yang berhampiran dengannya, iaitu Tasik Poopo telah melimpah dan melitupi kawasan ini dengan lapisan nipis air seterusnya menjadikan kawasan ini ibarat seperti cermin gergasi apabila terpancar sinaran matahari (lihat gambar dibawah)

Dibawah permukaan lapangan ini terdapat tasik yang mempunyai kedalam 2 hingga 20 meter dalam. Tasik ini telah ditutupi oleh lapisan tebal garam yang berukuran 10 cm hinggalah ke beberapa meter. Di tengah kawasan itu pula, terdapat pula beberapa 'pulau', yang mana menjadi tapak peninggalan gunung berapi purba yang tenggelam ketika zaman prasejarah dahulu. Apapun, kawasan ini sememangnya antara kawasan semulajadi yang tercantik didunia. Enjoy!























Sumber:amusingplanet

No comments: