nuffnang ads

Friday, August 26, 2011

DKNY Golden Delicious Fragrance - Minyak Wangi Pertama Di Dunia Bernilai Sejuta Dolar

what the???   

DKNY telah bekerjasama dengan pakar barang kemas, Martin Katz untuk menghasilkan botol minyak wangi pertama didunia yang bernilai sejuta dolar dan diberi nama DKNY Golden Delicious Million Dollar Fragrance Bottle. Botol minyak wangi tersebut telah diukir dari emas kuning dan putih 14 karat dan mempunyai 2,909 permata yang diambil dari seluruh dunia, ia juga mempunyai 1.65 karat Turqouise Paraiba Tourmaline dari Brazil, Oval Cabochon sejenis nilam seberat 7.18 dari Sri Lanka. Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan 15 rantaian berlian berwarna merah jambu seberat  1.28 karat dari Australia, 4 rantaian berlian berbentuk bunga mawar seberat 0.32 karat, 3.07 karat delima berpotongan bujur dan 4.03 karat Berlian berbentuk buah pear. Wow, shitload of stones!

Kesemua permata, berlian dan emas ini diletakkan sendiri oleh Martin Katz. Permata-permata ini telah dibentuk bersempena mercutanda bangunan di Amerika yang mana ianya sangat sinonim dengan lambang DKNY sendiri. Botol ini akan dipertunjukkan ke seluruh dunia dan akan dijual hanya atas niat yang baik.  Walaupun disangka ianya hanya suatu pembaziran, mereka tetap pandai menutup mata kita semua dengan menyalurkan sebahagian dari hasil penjualan botol itu ke  pusat-pusat kebajikan diseluruh dunia. Well, sekurang-kurangnya ada jugak mereka-mereka yang kesesusahan dapat hasil daripadanya. Wlaubagaimanapun, bakal pembelinya sudah tentu seorang yang jutawan dan banyak duit lebihan yang tidak terpakai.


      


Sumber: luxuryes via worldrecordsacademy

2 comments:

Azza Azman said...

ambou mahalnya... rupanya botol je yang mahalnya. Isi mestiu sama je kan. Takde lah sekali pakai tahan sebulan hehe.

Anikimaro said...

haa..tu betull...isinya sama je cam minyak wangi edisi lain...