nuffnang ads

Friday, July 15, 2011

Seorang Lelaki Menjadikan Gasolin Sebagai Ubat Selama 42 Tahun

When the medicine doesn't work, gasoline became good!!


Seorang lelaki cina yang bernama Chen Jejun mempunyai tabiat yang amat pelik iaitu ketagihan meminum gasolin yang dipercayai beliau dapat menyembuhkan penyakit ketika mana ubatan moden tidak. Beliau yang tinggal berseorang disebuah pondok di lereng bukit di daerah Shuijang, China, apabila hubungan dengan keluarganya rapuh akibat  desakan oleh keluarganya supaya menghentikan tabiat beliau itu.

Lelaki tua ini juga mengatakan beliau minum sekurang-kurangnya 3 hingga 3.5 liter gasolin setiap bulan bagi mengurangkan kesakitan fizikal yang dialami. Dia telah mendapat bekalan gasolin dari stesen minyak di kaki bukit tempat beliau tinggal. Walaupun beliau tidak dapat menganggarkan berapa banyak gasolin yang sudah beliau minum selama ini, tetapi seorang wartawan Chongqing Evening News menganggarkan beliau telah mengambil gasolin ini sebagai 'minuman ruji' beliau sebanyak 1.5 tan gasolin sejak beliau mula-mula mengamalkan tabiuat ini 42 tahun yang lepas.


Beliau mula menyedari 'khasiat' gasolin ini pada tahun 1969, apabila beliau secara tiba-tiba mengidap penyakit batuk yang teruk dan mengalami kesikatan di dada. Beliau telah mencuba berbagai ubatan, tetapi tidak berkesan. Jadi selepas diberitahu bahawa beliau mungkin mengidap penyakit tuberkulois dan harus minum minyak tanah untuk menyembuhkannya, beliau tidak berfikir panjang untuk mencuba bagi menghilang kan penyakitnya. Selepas mengeuk segelas minyak tanah yang pertama, terasa kesakitan di perut beliau dan terus tertidur. Sejam kemudian apabila beliau tersedar, kesakitan nya telah lega serta merta dan kemudiannya meneruskan 'amalan' minum minyak tanah

Dan pada tahun 2001 beliau telah memutuskan untuk menukarkan minyak tanah kepada gasolin kerana sukar untuk mendapatkan bekalan. katanya, 'khasiat' gasolin adalah sama seperti minyak tanah.





Baru-baru ini, beliau telah dikunjungi oleh staf dari Hospital Honglou dari Chongqing untuk membuat sedikit pemeriksaan kesihatan dan telah diberitahu bahawa beliau sihat walaupun menghidap penyakit emphysema (penyakit yang boleh menyebabkan kesesakan nafas dan nafas pendek). Beliau juga mungkin telah mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap gasolin kerana gasolin ini boleh menybakan kematian jika orang lain yang minum. Tetapi yang sebenarnya, gasolin itu tidak menyembuhkan beliau tetapi ianya ibarat anaesthetic (ubat bius) yang hanya menyebabkan beliau tidak meresakan kesakitan yang dialami. So guys, are you dare enough to try it when the medicine are useless?  Go on uncle, i support your effort!!




Sumber: chinadaily

1 comment:

dwaty said...

macam2.... hari tu tengok kat tv org makan kaca... nak termuntah plak rasanya...