nuffnang ads

Tuesday, July 19, 2011

Perkara Yang Boleh Merosakkan Otak

"You know I can't sleep. I can't stop my brain" - The Beatles (I'm so tired)


Otak adalah organ yang paling penting dalam tubuh kita. Ia mengawal segala aktiviti yang kita lakukan. Jadi kita perlu menjaga anugerah yang telah diberikan oleh Tuhan dengan sebaiknya. Jom baca!! Sama-sama lah kita mengubah cara hidup kita kepada yang lebih baik....




1. Tidak Bersarapan
Ramai orang yang buat endah tak endah je kan. Sebenarnya tidak bersarapan atau tak makan apa pun di waktu pagi akan menyebabkan kadar gula dalam darah kita rendah. Jadi nutrisi yang otak perlukan tidak mencukupi lalu menyebabkan kemunduran otak. Sarapan yang terbaik di pagi hari adalah bukan makanan berat seperti nasi goreng special or so whatever, tapi cukuplah sekadar air putih dan segelas jus buah yang fresh. Ringkas dan berguna untuk tubuh!!!

2. Makan Terlalu Banyak.
Makan yang terlalu banyak akan mengeraskan pembuluh otak yang biasanya membawa kepada penurunan kekuatan mental. Jadi makanlah mengikut gizi yang seimbang. Tahan diri dengan cara berhenti makan sebelum kenyang. Aku ada dapat tips dari seorang member, makan dengan perlahan dan kunyah lebih lama. Kajian diterbitkan di Journal Of Clinical Endocrinology & Metabolism mendapati mereka yg makan perlahan akan menghasilkan lebih banyak hormon menjadikan kita berasa kenyang.  Cubalah!! Hikmah sunnah nabi s.a.w kunyah 40 kali ketika makan - Islam itu Indah

3. Merokok
Rokok memberikan kesan yang buruk, semua tahukan? Dan ada satu lagi kesan buruk merokok yang ternyata memberi kesan buruk yang mengerikan kepada otak. Bayangkan, otak manusia lama kelamaan akan menyusut dan akhirnya kehilangan fungsi-fungsinya karena selalu menghisap benda berasap tu.


4. Terlalu Banyak Ambil Gula
Terlalu banyak ambil gula akan menghalang proses penyerapan protein dan gizi sehingga tubuh kekurangan nutrisi dan perkembangan otak terganggu. Jadi, kurangkan kadar pengambilan gula.


5. Pencemaran Udara
Otak adalah bahagian tubuh yang paling banyak menyerap udara. Jika terlalu lama berada di kawasan udara yang tercemar, otak tidak dapat bekerja dengan
efficient.

6. Kurang Tidur
Tidur dapat merehatkan otak. Jarang tidur menyebabkan sel-sel otak keletihan. Terlalu banyak tidur pula akan menjadikan anda seorang yang pemalas dan lembab. Sebaiknya tidur 6-8 jam sehari agar sihat dan segar.

7. Menutup Kepala Ketika Tidur
Tidur dengan menutup kepala merupakan tabiat buruk yang sangat berbahaya karena karbon dioksida yang dihasikan semasa tidur akan berkumpul sehingga otak tercemar. Jadi jangan hairan lah kalau lama-kelamaan otak menjadi rosak.

8. Berpikir Terlalu Kuat Ketika Sedang Sakit
Bekerja keras atau belajar ketika sedang sakit akan membawa kepada ketidakefektifan otak. Dah tahu tak sihat, berehat je lah dan jangan paksa otak anda. Paksaan suatu penyiksaan.

9. Kurang Rangsangan Otak
Berpikir adalah cara terbaik untuk melatih otak bekerja. Kurang berfikir akan menyebabkan otak menyusut dan akhirnya tidak berfungsi sepenuhnya. Rajinkan membaca, mendengar muzik dan bermain (catur, scrabble, dan lain-lain) dapat membuat otak anda berfikir secara aktif dan kreatif.

10. Jarang Berinteraksi
Perbualan yang intelektual biasanya membawa efek yang bagus kepada otak. Jadi jangan terlalu bangga menjadi pendiam. Cuba untuk berbual. Perbualan dan interaksi yang bermutu sangat baik untuk kesihatan Anda.



Sumber: pastikotatinggi

1 comment:

Encik JI said...

kalo mkn pkol 11 pagi, itu dikra breakfast kn? hehe