nuffnang ads

Sunday, January 23, 2011

TEKNOLOGI PEMBINAAN YANG PENUH MISTERI (1)



Struktur paling penting yang telah dibina oleh masyarakat Mesir purba, yang mana ramai pelawat masih terpegun hari ini, adalah piramid. Piramid Giza adalah yang paling istimewa dan dianggap sebagai binaan batu yang paling besar di dunia sehingga ke hari ini. Sejak zaman Herodotus, ramai ahli sejarah dan arkeologi telah mengemukakan pelbagai teori tentang pembinaan piramid. Sebahagian berpendapat bahawa hamba abdi telah digunakan dalam pembinaannya dan mengandaikan beberapa teknik berbeza, daripada teknik tanjakan sehingga kepada piramid berteres. Gambaran lengkap yang wujud hasil daripada teknik andaian ini adalah seperti berikut:

- Piramid dibina oleh hamba abdi, dengan jumlah mereka yang amat ramai, dalam lingkungan 240,000 orang.


- Tanjakan digunakan dalam pembinaan piramid, kemudian mengambil masa lebih kurang lapan tahun untuk meleraikan tanjakan tersebut selepas pembinaannya.

Menurut seorang jurutera sivil Denmark, Garde-Hanson, teori tersebut adalah karut, ini kerana apabila tanjakan telah dileraikan, saki-baki blok batuan gergasi akan ditinggalkan. Tetapi tiada bukti dapat dilihat di mana-mana.

Sambil menyatakan bahawa Garde-Hanson telah mengambil kira pelbagai aspek yang telah diabaikan oleh ahli teori yang lain, Moustafa Gadalla dalam bukunya yang berjudul Historical Deception: The Untold Story of Ancient Egypt telah berkata:

Cuba bayangkan statistik yang menghairankan sewaktu melawat piramid: 4,000 pekerja kuari menghasilkan 330 blok batuan setiap hari tanpa henti. Setiap hari pada musim banjir, 4,000 blok dibawa ke Sungai Nil, dibawa menyeberang, diheret di atas tanjakan ke dataran Giza, dan diletakkan di bahagian teras – 6.67 blok setiap minit! Bayangkan 6.67 blok dalam setiap 60 saat!

Tambahan pula, harus diingat bahawa kawasan permukaan setiap piramid adalah lebih kurang 5.5 ekar. Maka 115,000 batu lapisan diperlukan untuk setiap permukaan. Batuan ini telah diletakkan dengan cermat di tempat sepatutnya yang mana ruang di antara mereka terlalu kecil untuk memuatkan walaupun sekeping kertas.

Ini hanyalah sebahagian sanggahan yang membuktikan bahawa misteri pembinaan piramid belum dapat diselesaikan oleh sains dan technologi abad ke-21.



 petikan dari karya Harun Yahya: Zaman Batu Satu Pembohongan (klik untuk baca lebih lanjut)

No comments: