nuffnang ads

Friday, May 3, 2013

Pilihan Raya Umum Di Malaysia

Jom Kita Mengundi!! - Black, Tomok, Shiha, Ayu

Mana-mana kita pergi semuanya kecoh pasal politik. Perang poster dan bendera di sana sini. Maklumlah Pilihan Raya Umum yang Ke-13 tak lama lagi dah. Ni adalah kali pertama untuk aku mengundi ni. Mana satu la aku nak pangkah ni? Ssshhhh....undi adalah rahsia...ahahaha...Korang mengundi tak? Korang semua tahu tak apa itu pilihan raya? Jangan hanya tahu menyokong je. Pada yang tak tahu pape tu, jom kita baca ni dulu sebelum pergi menunaikan tanggungjawab kita untuk mengundi.



Dalam sistem demokrasi berpalimen, rakyat menentukan parti politik yang membentuk kerajaan dan mentadbir negara melalui pilihan raya umum.

Bagi tujuan itu,pilihan raya di Malaysiadiadakan setiap lima tahun untuk memilih:
a) Wakil rakyat di Parlimen - untuk memerintah negara
b) Wakil rakyat di DUN - untuk memerintahnegeri

Namun, pilihan raya umum boleh diadakansebelum tempoh lima tahun tamat apabilaYang di-PertuanAgong membubarkan Parlimen atas cadangan Perdana Menteri



Bagaimana Pilihan Raya Berlaku??




Langkah 1 : Pengeluaran Writ
  • Writ (surat kuasa untuk menjalankan pilihan raya) dikeluarkan apabila Perdana Menteri membubarkan Parlimen dengan perkenan yang di-Pertuan Agong
  • Boleh dikeluarkan jika terdapat kekosongan DUN atau Parlimen
  • Notis pilihan raya akan diwartakan dan ditampal di tempat awam. Ia mengandungi tarikh penamaan dan tarikh pengundian

Langkah 2 : Penamaan Calon
  • Berlaku antara pukul 9-10 pagi. Penerimaan borang daripada calon, pencadang atau penyokong atau ketiga-tiganya sekali
  • Disertakan deposit pilihan raya berjumlah RM 10,000 (Parlimen) dan RM 5000 (DUN)
  • Borang perlu dimatikan setem di Pejabat Duti Setem
  • Kertas penamaan dipamerkan dari pukul 10-11 pagi. Bantahan boleh dibuat oleh individu berkelayakan
  • Pengumuman senarai calon akan dibuat setelah tamat tempoh bantahan
  • Jika seorang sahaja calon yang layak, calon akan diumumkan menang tanpa bertanding

Langkah 3 : Kempen Pilihan Raya
  • Setiap parti dibenarkan memasang poster, memberi ceramah, mengedar risalah dan kempen dari rumaah ke rumah
  • Kempen perlu dihentikan pada pukul 12 tengah malam pada hari mengundi
  • Calon perli membayar deposit bahan kempen sebanyak RM 5000 (Parlimen) dan RM 3000 (DUN)
  • Bagi pemasangan poster, calon perlu membayar sejumlah wang kepada pihak berkuasa tempatan
  • Permit polis perlu diperolehi bagi mengadakan aktiviti ceramah

Langakah 4 : Pengundian
  • Pengundi membuang undi di kawasan yang ditetapkan
  • Masa mengundi adalah antara pukul 8 pagi hingga 6 petang
  • Masa mengundi tertakluk kepada kawasan tertentu dan ada kawasan terpaksa disingkatkan atau dilanjutkan masa mengundi atas alasan keselamatan dan kesukaran pengangkutan seperti di kawasan pedalaman
  • Pengundi tidak hadir (PTH) atau undi pos, proses undian diadakan lebih awal dari tarikh mengundi. Tetapi kertas undi perlu sampai ke Pejabat Pegawai Pengurus sebelum pukul 5 petang pada hari mengundi

Langkah 5 : Pengiraan Undi Rasmi
  • Pengiraan kertas undi dilakukan dan keputusan pengiraan undi akan dimasukkan dalam borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi)
  • Semua borang 14 dibawa kepada pegawai pengurus untuk penjumlahan rasmi undi
  • Pegawai pengurus akan menyemak Bborang 14 jika terdapat keraguan, semakan semula boleh dilakukan menggunakan borang 13 (Penyata Kertas Undi)

Langkah 6 : Pengumuman Keputusan Pilihan Raya
  • Pegawai pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti dan mengesahkan sebagai calon yang menang
  • Keputusan tidak boleh dipertikaikan. Pihak yang tidak berpuas hati hanya boleh mengemukakan bantahan di Mahkamah Pilihan Raya melaui petisyen pilihan raya




Sejarah Dan Perkembangan Pilihan Raya

Kawasan pilihan raya berubah dari semasa kesemasa disebabkan pertambahan penduduk. Pilihan raya pertama di Tanah Melayu dijalankan pada tahun 1951 untuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang, dan seterusnya pada tahun 1952 untuk Majlis Perbandaran Kuala Lumpur.

Sewaktu pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur, Parti-Perikatan UMNO-MCA berjaya memenagi 9 daripada 12 kerusi. Dalam pilihan raya umum pertama pada tahun 1955, Parti-Perikatan UMNO-MCA berjayamemenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Isu utama yang diperjuangkan pada masa itu ialah kemerdekaan dan permuafakatan antara kaum

Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (1955)
Jumlah Kerusi : 52 Kerusi
Parti Pemerintah Menang : 51 Kerusi
Parti Pembangkang Menang : 1 Kerusi

Pilihan raya tahun 1959 dan 1964 pula memusatkan pelaksanaan dasar kerajaan demi kepentingan kaum masing-masing. 

Pilihan Raya Umum Pertama (1959)
Jumlah Kerusi : 104 Kerusi
Parti Pemerintah Menang : 74 Kerusi
Parti Pembangkang Menang : 30 Kerusi


Pilihan Raya Umum Kedua (1964)

Jumlah Kerusi : 104 Kerusi
Parti Pemerintah Menang : 89 Kerusi
Parti Pembangkang Menang : 15 Kerusi


Pilihan raya umum pada tahun 1969 dan 1974 pula memperlihatkan rakyat memperjuangkan kepentingan kestabilan politik akibat masalah Konfrontasi Indonesia (1963) dan Peristiwa Rusuhan Kaum 13 Mei 1969


Pilihan Raya Umum Ketiga (1969)

Jumlah Kerusi : 144 Kerusi
Parti Pemerintah Menang : 95 Kerusi
Parti Pembangkang Menang : 45 Kerusi


Pilihan Raya Umum Keempat (1974)

Jumlah Kerusi : 154 Kerusi
Parti Pemerintah Menang : 135 Kerusi
Parti Pembangkang Menang : 19 Kerusi

Di bawah adalah sejarah seterusnya siapa yang menang pilihan raya ni sejak ia diadakan di Malaysia


Pilihan Raya Umum Kelima (1978)
Jumlah Kerusi : 154 Kerusi
Parti Pemerintah Menang : 130 Kerusi
Parti Pembangkang Menang : 24 Kerusi



Pilihan Raya Umum Keenam (1982)
Jumlah Kerusi : 154 Kerusi
Parti Pemerintah Menang : 132 Kerusi
Parti Pembangkang Menang : 22 Kerusi



 Pilihan Raya Umum Ketujuh (1986)
Jumlah Kerusi : 177 Kerusi
Parti Pemerintah Menang : 148 Kerusi
Parti Pembangkang Menang : 29 Kerusi



 Pilihan Raya Umum Kelapan (1990)
Jumlah Kerusi : 180 Kerusi
Parti Pemerintah Menang : 127 Kerusi
Parti Pembangkang Menang : 53 Kerusi



 Pilihan Raya Umum Kesembilan (1995)
Jumlah Kerusi : 192 Kerusi
Parti Pemerintah Menang : 162 Kerusi
Parti Pembangkang Menang : 30 Kerusi



Pilihan Raya Umum Kesepuluh (1999) 
Jumlah Kerusi : 193 Kerusi
Parti Pemerintah Menang : 148 Kerusi
Parti Pembangkang Menang : 45 Kerusi



 Pilihan Raya Umum Kesebelas (2004)
Jumlah Kerusi : 219 Kerusi
Parti Pemerintah Menang : 198 Kerusi
Parti Pembangkang Menang : 21 Kerusi



 Pilihan Raya Umum Kedua Belas (2008)
Jumlah Kerusi : 222 Kerusi
Parti Pemerintah Menang : 140 Kerusi
Parti Pembangkang Menang : 82 Kerusi


Pilihan Raya Umum Ketiga Belas (2013)
Jumlah Kerusi : 222 Kerusi
Parti Pemerintah Menang : ??? Kerusi
Parti Pembangkang Menang : ??? Kerusi



Secara umumnya, banyak faktor yang menentukan keputusan pilihan raya termasuk ketokohan calon, kekuatan parti politik, dasar parti dan kerajaan yang memerintah Pilihan raya penting kerana menunjukkan sikap pengundi terhadap parti politik yang memerintah dan parti pembangkang




Sebelum tu, jom dengar lagu ni. Layan gak la lagu ni...Jom Mengundi!!! hehehe... =P





p/s: Pada pilihan raya kali ini agaknya siapa yang menang? Fikir-fikirkanlah sebelum memangkah. Korang yang menentukan. Apa-apa pun tunggu selepas 5 May 2013. Siapa-siapa pun yang menang, semoga semuanya akan berjalan dengan lancar dengan harapan agar Malaysia kekal aman damai =)








Sumber: MR

1 comment:

Anonymous said...

Avoid Car Pickup: Many car leasing companies in Singapore charge extra for delivering the
car to your doorstep. Many car hire provider companies offer discount car rental deals online.
By the time you even realize this has happened, your name and picture might be all over the news.


my blog :: location voiture au maroc casablanca