nuffnang ads

Thursday, September 15, 2011

Love Locks - Fenomena Melekatkan Kunci Mangga Yang Berkembang Pesat Di Eropah

awww..so sweet

Pasti anda semua tertanya-tanya, apakah fenomena Love Locks itu? Ianya adalah satu trend yang mana setiap pasangan bercinta akan melekatkan sebuah kunci mangga yang tertulis nama mereka berdua di sesuatu tempat contohnya seperti di pagar besi, jambatan, dan lain-lain bagi melambangkan tanda cinta mereka. Fenomena ini sememangnya sedang menjadi trend dibandar-bandar di Eropah. Di Jerman pula, pasangan bercinta disana akan melekatkan love locks tersebut di sebuah jambatan yang bernama Hohenzollernbruecke, yang berada di Cologne. Jika melalui jambatan tersebut, anda akan melihat ribuan Love Locks yang terlekat di sepanjang pagar yang terdapat distu. 

Ianya sebenarnya adalah suatu perbuatan vandalisme dan pernah seorang operator jambatan itu ingin membuang love locks tersebut, namun niat beliau dibatalkan atas bantahan orang ramai yang akhirnya menjadi fenomena untuk melekatkan mangga kunci tersebut. Walaupun tidak diketahui asal usul permulaan kegiatan ini, tapi ianya dipercayai telah lama wujud dan berasal dari Itali. Fenomena ini bakal merebak keseuluruh dunia dan sikit masa saja lagi untuk sampai ke Malaysia. Jika anda sudah berkahwin, maka boleh lah anda melekatkan love locks ini di pagar rumah korang. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang love locks ini, bolehlah ke Wikipedia. Enjoy!














Sumber: amusingplanet

5 comments:

si para para said...

baik buat kunci pagar rumah.hehe

dwaty said...

kalu nak benda ni tak merebak... jagn buat pagar yang boleh gantung kunci mangga... hehehe

Anikimaro said...

haha...agreed with ya'll

Syukri Mohtar said...

kat korea pun banyak gak orang buat camni =]

Anikimaro said...

oh yeah? kat kanada juga famous perbuatan ni...