nuffnang ads

Sunday, September 4, 2011

Kedai Maya Pertama Di Dunia Telah Dibuka Di Korea Selatan

People are losing touch of reality and experiencing LIFE

Sebuah peruncit utama di Korea Selatan, Homeplus, yang dimiliki oleh Tesco telah membuka sebuah kedai maya yang pertama di dunia yang menjurus kepada pengguna telefon pintar di mana pembeli hanya perlu mengimbas kod bar produk yang dipaparkan di sebuah stesen keretapi bawah tanah Seoul. Setakat ini Homeplus menawarkan 500 jenis barangan termasuk makanan, elektronik, bekalan pejabat dan kelengkapan tandas.

Tujuh tiang dan enam pintu skrin platform telah ditampal dengan imej produk yang berskala 1:1. Contoh produk yang boleh di dapati adalah seperti susu, epal, beras atau beg sekolah yang masing-masing membawa kod bar kecil. Pembeli memuat turun aplikasi yang berkaitan dengan telefon pintar mereka dan membuat pembelian dengan mengambil gambar kod bar produk tersebut


.
"Anda membuat pesanan apabila anda pergi bekerja pada waktu pagi dan apabila anda pulang ke rumah pada waktu malam, anda akan mendapati barang pesanan telah selamat sampai," kata seorang jurucakap Homeplus.

Malah, pengguna tidak perlu ke kedai maya untuk membeli barang. Sebagai contoh, jika anda ingin membeli sebotol air minuman yang anda ada dalam tangan anda sekali lagi, anda tidak perlu pergi ke stesen keretapi bawah tanah. Anda hanya perlu mengimbas kod bar pada botol dengan aplikasi Homeplus. Kemudian ianya akan dihantar ke rumah atau pejabat anda.

Buat masa ini, hanya pengguna telefon pintar yang mengunakan Android dapat menggunakan perkhidmatan ini. Bukannya Homeplus tidak membuat application untuk iPhone tapi ia masih tidak mendapat kelulusan daripada Steve Jobs dan syarikatnya.





Lihat video di bawah:



p/s: Cepat dan mudah. Tapi baik pergi je kedai...boleh gak usha-usha awek cashier kan?? Ahahahaha...  

Sumber:amusingplanet

5 comments:

Abang Zam said...

tidak praktikal..kalau dapat yg expired payah

tapi serius uptodate

Syukri Mohtar said...

seriously awesome gile..bile lah msia nak buat.. =]

Zulfikar Hazri said...

manusia makin kesian.. nak beli barang pun dah tak leh sentuh...

nanti makin gemuk la agaknya

Anikimaro said...

the prophecy of 'wall e' became slowly true i guess..hehehe

Namekoi said...

more advance, more lazy, no more LIFE!!