nuffnang ads

Wednesday, July 20, 2011

Juvana - Kisah Si Roti

"AKU TIDAK AKAN TERPERANGKAP SELAMANYA"

sekadar hiasan

Aaaaaaahhhhhhhh!!!! DUM!! Oh ya, sebelum cerita selanjutnya bermula, biar aku perkenalkan orang yang menjerit tu. Nama dia Roti. Roti? Ya Roti. Sebut saja nama Roti semua orang kenal. Siapa yang tidak kenal sama Roti? Ahahaha....Si Roti ni bekerja di sebuah kantin Sekolah Wira Bakti. Alah, sekolah juvana tu!! Tapi time ni Daim takde lagi kat sekolah ni. Botak ada la. Si Botak tu memang pailang lah. Semua orang takut kat dia. Nak cerita panjang pun tak guna. Semua orang tahu macam mana Botak tu kan. “Nama aku Botak lah sapa lagi?”, tu ayat Botak dalam cerita Juvana.

Si Roti ni baru je nak start kerja. Baru 3 hari. Tapi sepanjang tiga hari dia ada kat sini, okay je. Takde apa-apa pun yang berlaku. Mak Wan pun baik dengan dia. Tapi satu je lah yang dia sendiri perasan, Botak tu asyik jeling kat dia je. Perasaan cuak mula muncul di dalam hati si Roti. “Ni mesti kes dia tak puas hati dengan aku ni. Dia bengang kat aku kot sebab aku selalu je berdua dengan Nadia kat Kantin ni. Ah! Pergi mampos lah kau Botak!! Malas aku nak fikir pasal dia. Baik aku fikir pasal Nadia. Best jugak”, si Roti berkata-kata dalam hati nya


sekadar hiasan


Malam tu si Roti masih lagi ada kat tempat simpan makanan kat dalam kantin tu. Dia sorang je ada sini. Mak Wan dengan Nadia dah pun balik. Tiba-tiba, terdengar bunyi tapak kaki. Tap! Tap! Tap! Kemudian bunyi tu hilang. “Pelik....Siapa la pulak tu?” Kata Roti dalam hati. “Jangan hantu dah lah. Kang tak pasal-pasal deman kang”. Kemudian kedengaran bunyi seperti ada orang nak pecah masuk bilik yang dimana si Roti berada. Ni mesti geng-geng Botak ni.  

Kreek!! Aku dengar bunyi pintu dibuka. Celaka betul lah. Apa yang diaorang nak ni? Macam mana diaorang boleh lepas keluar dari bilik diaorang ni? Pertanyaan itu bermain di minda si Roti. Jangkaan nya memang tepat. Botak, Ayam, Panjang, Kicap dan Gaban ada di depannya. Mata Botak memandang tepat ke arah si Roti. Pandangannya memang menakutkan. Macam nak makan orang je. Kemudian Botak bersuara, “Kau takkan terlepas malam ni”. Belum sempat si Roti bersuara. SAP!!! Tangan Botak memang cukup pantas. Si Roti di masukkan ke dalam beg plastik hitam. Kemudian dengar bunyi mereka ketawa. HAHAHAHAHA!!!!

sekadar hiasan

 “Botak jom blah sekarang!! Kita dah dapat apa yang kita nak”, kata Ayam.

“Jom!!”, balas Botak.

Si  Roti pengsan semasa berada di dalam beg plastik hitam itu. Takut sangat kot, sampai tak sedar apa yang berlaku. Sampai pengsan terus.

Selepas beberapa lama, si Roti mula tersedar. Kelihatan luka-luka kecil di badannya. Entah berapa lama dia tidak sedarkan diri pun dia tak tahu. Tapi yang aku tahu semuanya sekarang gelap gelita. Keadaan sekeliling sungguh sunyi dan sepi.  “Ah sudah!!”, bisik hatinya. “Aku kat mana ni? Tempat apa ni?”, pertanyaan itu bermain di dalam kepala otak si Roti. Namun jawapannya tidak diketahui. Ibaratkan macam dalam exam Matematik Tambahan yang dia tak boleh buat time SPM dulu. “Argggghhhh!!!”, tension pulak rasenye. Si Roti melihat ke arah depan, belakang, kiri dan kanan. Dengan harapan ada sinar cahaya disitu. Namun hampa menimpa. Si Roti toleh ke atas, “langit kelihatan gelap je. Esok nak hujan ni” takde satu pun bintang yang kelihatan. Bulan pun takde. Kemudia si Roti toleh ke bawah,”Pelik? lembut dan berair. Tanah jenis apa ni? Aku kat kawasan paya ke? Tapi ni bukan paya ni, sebab ada aliran air”. Air nya tak dalam pun. Kata orang takat dada itik je. “Kenapa aku diperlakukan sebegini? Adakah Botak bengang kerana Nadia selalu berada bersama dengan aku? Botak ni memang celaka lah. Ingat Nadia tu dia punya ke? Aku tak puas hati betul!!!”, katanya seorang diri. Tapi apakan daya, dia sedar yang kudratnya  tak mampu untuk melawan Botak.















sekadar hiasan

Puas si Roti mencari jalan keluar tapi masih buntu. Tapi yang menghairankan, mana pergi Botak dan geng-geng nya? Mungkin diaorang dah blah kot lepas puas mengerjakan si Roti. Tapi ni bukan kawasan Sekolah Wira Bakti ni. CELAKA! CELAKA! CELAKA! Perkataan tu sekarang dah menjadi perkataan faveret si Roti dah.  “Kalau aku berjalan mengikut arah aliran air. Mungkin aku akan jumpa jalan keluar, mungkin tidak. Ah! Sekurang-kurang nya aku cuba. Dari aku duduk diam je, lagi takde hasil”, katanya seorang diri lagi. Setelah sekian lama, tiba-tiba si Roti ternampak satu kelibat. Siapa tu?  Nampak macam cedera je. Lantas si Roti berlari ke arah kelibat itu . “Memang sah! Ni mesti seorang lagi mangsa Botak dan geng-geng nya”, si Roti berbisik sendirian. Lukanya teruk, lebih teruk dari si Roti.


Si Roti menegurnya,”Kau tak apa-apa ke?”.

“Aduh aku dah luka macam ni kau tak nampak ke?” balasnya.

Aiii...Ikut hati ingin saja si Roti bagi sedas dua. Nasib la si Roti ni jenis baik hati. Si Roti membantu dia bangun. Kemudia dia bersuara,”Terima kasih, nama aku Jambu. Nama kau apa?”

“Nama aku Roti. Kau ni mangsa Botak juga ke?”, balas si Roti.

“Cis, mamat celaka tu! Memang sial la dia!” Jawab si Jambu.

"Itulah kau....sape suruh jambu sangat...", kata si Roti lagi.

Kemudian si Roti dan si Jambu meneruskan perjalanan bersama tapi masing-masing berdiam je. Sekali sekala kedengaran bunyi yang pelik. mereka terdiam seketika. Bila bunyi yang pelik itu hilang mereka kembali meneruskan perjalanan. Makin lama keadaan sekeliling makin busuk. Bau apa la pulak ni? Tapi mereka buat tak tahu je dan teruskan perjalanan.

Dalam keadaan yang senyap sunyi ni, tiba-tiba si Jambu bersuara,”Weh! Aku nampak ada cahaya kat situ tu! Jom pergi sana cepat!”. “A’ah, betul la! Jom!”, jawab si Roti dengan pantas. Dengan secepat mungkin mereka berlari ke arah itu. Kemudian dengan tidak semena-mena keadaan sekeliling bergegar, macam gempa bumi. Bunyi bising kedengaran. Mereka tak dapat mengenal pasti bunyi apakah itu. Sungguh menyakitkan teliga! Namun mereka tetap berlari ke arah itu sambil menutup telinga masing-masing. Apabila tiba dihujung cahaya tersebut, mereka disedut keluar melalui lubang di mana tempat punca cahaya tersebut. Si Roti dan si Jambu mulai panik. Keadaan sungguh huru-hara. Mereka berdua terpisah dari antara satu sama lain dan saling menjerit. Kepala si Roti terhentak kuat pada sesuatu yang keras dan berwarna putih. Aduh sakitnya! Si Roti kemudian  tergelongsor jatuh ke dalam sebuah telaga bersama-sama dengan si Jambu. Pergh!! busuk betul bau air telaga ni!! Belum sempat si Roti mencapai tangan si Jambu. Tiba-tiba,BURRRR!!! air melimpah masuk ke dalam telaga tu. FLUSH!!!!

“Aaahhhh lega!!!” Kata Botak. “Celaka betul, entah apa la yang aku makan sampai sakit perut macam ni. Ni mesti makanan yang aku curi kat kantin malam tadi ni”, sambung Botak lagi.

“Wei Botak cepat la sikit. Kau dah sudah ke belum? Aku dah tak tahan dah ni” Jerit Kicap dari luar tandas.

“Ah! Kau sabarlah sikit. Aku House Captain. Suka hati aku la nak duduk sini berapa lama. Kau nak kena dengan aku ke!?”, balas Botak.


Selepas mendengar kata Botak tu, Kicap pun pergi ketuk bilik tandas yang lain.....SEKIAN.... =D




6 comments:

Siti Natasha Irina said...

cerita psl roti ni ada ek dalam drama?
xprnh dgr pun...

Namekoi said...

ahahahaha....ni special episode nye...kt sini je bleh dpt... =P

Anonymous said...

pergh busuk punye cite.....kahkahkah~~~

Namekoi said...

ahahaha....tq2...i take that as a compliment...hehehehe... =D

Anonymous said...

Wuwiwyewuwuruwsotwfh
Uwiwwiwugyifgwiwgwiq9wv1fhfhfifhfufurueidiei9qhfja1
Rueieieiwuwuw9whghoe

Anonymous said...

8djuwisigiwhdueijejwywifhowwywieyiywuwuheuwiw8gwf1jduwigwiwiwuf8wgshdudowhsi0qgwususkwjsowwi