nuffnang ads

Thursday, March 10, 2011

Keajaiban Otak Manusia




Tidak dinafikan lagi bahawasanya otak manusia sememangnya ciptaan terunggul yang diciptakan oleh Allah SWT. otak diciptakan seiring dengan akal manusia yang tidak terdapat pada mana-mana ciptaanNya yang lain. kita juga pelu ingat, otak dan akal adalh dicipta oleh Allah dan bukannya telah terhasil dengan secara tidak sengaja  dari evolusi yang memakan masa berjuta-juta tahun. Itu semua karut. charles darwin dan pakar-pakar saintis evolusi sendiri tidak dapat menerangkan bagaimana kehebatan dan keunikan otak dapat 'berevolusi' dan terhasil secara sendiri. 

Tetapi, ramai diantara kita tidak mengetahui keajaiban dan keunikan yang ada pada otak manusia. ia bukan sahaja diciptakan hanya untuk berfikir, tetapi beribu-ribu atau berjuta-juta lagi fungsi yang dikawal oleh otak manusia. Jadi, dibawah adalah sebahagian dari fakta-fakta menarik berkenaan dengan otak manusia yang perlu kita tahu bahawa otak manusia bukan terhasil dari evolusi, tetapi diciptakan oleh kuasa yang maha bijaksana iaitu ALLAH SWT.. ENJOY!!




  • otak tidak boleh merasa kesakitan kerana tidak mempunyai saraf yang mengesan kesakitan.
  • otak manusia terdiri daripada lebih 100 bilion neuron.
  • jika saluran darah dalam otak disusun ia akan merentang sepanjang 100,000 batu
  • otak manusia adalah organ yang paling berlemak di dalam badan manusia. ia mempunyai sekurang-kurang 60% lemak
  • Serebrum adalah bahagian yang paling besar dalam otak manusia dan melitupi 85 % daripada berat otak.
  • 75% daripada otak adalah air.


Otak mempunyai struktur yang amat kompleks


  • Ketika lahir, otak mempunyai berat 350-400g, semasa dewasa, berat otak meningkat sehingga 1300-1400g .
  • Dikawasan bahagian kiri otak mempunyai 186 juta lebih neuron dari kawasan bahagian kanan.
  • 750-1000ml darah mengalir didalam otak dalam seminit atau lebih kurang 3 tin penuh Coca Cola.
  • Kelajuan yang paling rendah apabila maklumat dihantar diantara neuron adalah 416 km/s dan ia nya bersamaan dengan kelajuan tertinggi kereta terpantas dunia, Bugatti EB 16.4 Veyron.
  • Berat otak manusia lebih kurang 2% dari berat keseluruhan badan tetapi ianya menggunakan 20% tenaga badan.
  • 89.06 peratus manusia dilaporkan menulis dengan tangan kanan, 10.6% dengan tangan kiri dan 0.34% dengan kedua-dua belah tangan.
  • Satu otak manusia menghasilkan lebih banyak  impuls eletrik dalam sehari berbanding dengan semua Telefon didunia.
  • Neuron terhasil dalam peratusan 250,000 neuron setiap minit ketika awal kehamilan
  • Otak berhenti membesar pada umur 18 tahun.
  • Ketika lahir, otak anda hampir sama besar dengan otak manusia dewasa dan mempunyai sebahagian besar sel untuk keseluruhan hidup anda yang diperlukan otak.
  • Manusia terus menghasilkan neuron baru sepanjang hidup dalam reaksi kepada aktiviti mental.
  • Otak bayi yang baru lahir membesar tiga kali lebih besar dari saiz pada tahun pertamanya.
  • Membaca dengan kuat dan kerap bercakap dengan budak kecil membantu meningkatkan perkembangan otak mereka
  • Otak menggunakan 20% dari keseluruhan oksigen dalam badan

Struktur Bahagian Otak

  •  Semasa sedar, otak menghasilkan tenaga sebanyak antara 10 dan 23 watt dan mencukupi untuk menghidupkan sebiji mentol lampu
  • Otak boleh hidup sehingga 4 hingga 6 minit tanpa oksigen, kemudian ia akan mula mati. Jika otak tidak mendapat oksigen dalam 5 hingga 10 minit ia akan menyebabkan kecederaan kekal.
  • Kajian terhadap sejuta pelajar di New York menunjukkan pelajar yang makan tengah hari tanpa pewarna tiruan dan bahan pengawet berjaya melakukan ujian IQ 14% lebih baik dari pelajar yang makan tengah hari dengan bahan tambahan tersebut.
  • Anda tidak boleh menggeletek diri sendiri kerana otak anda boleh mengenal pasti samada ianya sentuhan luar ataupun sentuhan sendiri
  • Tanpa sebarang perkataan, anda boleh mengetahui samada seseorang itu berada dalam keadaan baik, sedih atau marah dengan hanya melihat memek atau air muka mereka. Kerana satu kawasan kecil didalam otak yang dinamakan amygdala, bertanggungjawab dalam kelebihan seseorang untuk membaca memek  atau air muka orang lain sebagai petunjuk apa yang mereka rasa.
  • Otak wanita mengambil masa yang lebih lama untuk mengambil keputusan dan sentiasa berpegang kuat dengan keputusan itu, berlainan dengan lelaki, yang senang untuk mengubah fikiran selepas membuat sesuatu keputusan
  • Setiap kali anda mengingat sesuatu perkara atau mendapat idea baru, otak anda akan menghasilkan rangkaian baru
  • Waktu tidur adalah waktu yang sesuai untuk otak memperkukuhkan segala ingatan yang terjadi semasa kita berjaga
  • Kekurangan tidur mungkin mengakibatkan kebolehan otak anda untuk menghasilkan ingatan baru
  • Juara dunia dalam mengingat, Ben Pridmore mengingati 96 detik bersejarah dalam masa hanya 5 minit dan mengingati setiap susun  atur daun terup yang telah di ‘shuffled’ dalam masa 26.28 saat.
  • Insulin boleh menyebabkan kitaran paras gula dalam darah stabil, tetapi kajian saintis baru-baru ini menunjukkan insulin juga boleh membantu otak untuk mengingati.
  • Hanya kerana kita tidak mengingati mimpi tidak bermakna kita tidak bermimpi. Setiap orang bermimpi
  • Kajian menunjukkan gelombang otak menjadi lebih aktif apabila bermimpi berbanding semasa dalam keadaan sedar
  • 5 minit selepas bermimpi, separuh dari mimpi tersebut akan kita akan lupa. 10 minit selepas mimpi, lebih 90% daripada mimpi tersebut akan dilupakan. Tulis mimpi anda secepat mungkin jika anda mahu mengingatinya
  • Kebanyakan manusia bermimpi 1 hingga 2 jam semalaman dan mengalami 4 hingga 7 mimpi berlainan, dalam anggaran.
  • 12% manusia bermimpi dalam keadaan hitam putih manakala selebihnya didalam keadaan berwarna
  • Jika anda berdengkur, ia menunjukkan yang anda tidak bermimpi
  • Pengkaji-pengkaji jepun telah berjaya membangunkan satu teknologi yang boleh meletakkan gambaran di atas skrin dan kemudian ia boleh menyaksikan mimpi orang yang sedang bermimpi.


Otak memainkan peranan penting semasa kita tidur


  • Kajian juga menunjukkan bahawa mempelajari sesuatu yang baru membantu otak untuk berubah dengan lebih cepat
  • Ketawa pada bahan lawak adalah bukan kerja yang mudah untuk otak, ia memerlukan aktiviti dalam lima bahagian berbeza dalam otak.
  • Otak juga mempunyai bank tersendiri. Di Universiti Havard, sebuah bank otak ditubuhkan dan menyimpan 7,000 otak manusia untuk tujuan penyelidikan
  • Kekurangan graviti di luar angkasa mempengaruhi otak didalam beberapa keadaan yang berbeza. Saintis-saintis masih lagi mengkaji mengapa dan bagaimana ia terjadi.
  • Pembelajaran muzik telah menunjukkan ia mampu meningkatkan organisasi dan kebolehan didalam otak, baik dewasa ataupun kanak-kanak
  • Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Bristol – Myers Squibb, seorang Akauntan mempunyai risiko yang paling tinggi untuk mendapat sakit kepala, diikuti oleh pustakawan, kemudian pemandu bas dan lori.
  • Aristotle (pemikir greek) telah tersalah dengan mengatakan fungsi otak sebenarnya berada di dalam jantung.
  • Perkataan ‘otak’ atau ‘brain’ disebut sebanyak 66 kali dalam pementasan William Shakespeare.
  • Otak Albert Einstein adalah lebih kurang sama dengan manusia lain kecuali di dalam satu kawasan yang bertanggungjawab dalam perkiraan matematik. Didalam kawasan itu, otak beliau 35% lebih luas daripada otak manusia lain. Otak beliau juga sebenarnya lebih ringan daripada otak manusia biasa.

Sumber: Nursing Assistant Central, Brain Health & Puzzles, Google (for images)

4 comments:

si para para said...

banyak tu maklumat pasal otak..siyes aku suka pasal benda benda macam ni.


ayat lama.
otak burung unta lebih kecil daripada matanya.eh btl ke ayat ni eh.hehe

Raji and Yeen said...

woahhh
byknyer even ad yg ak xpaham
tapi still bersyukur Allah jadikan kita perfect dgn otak dan akal fikiran ^^

Anonymous said...

wtf anikimaro : u just said that bukan senang untuk otak memproses gelak..

haha, nonsense.. (koi senang je tegelok, nie pon tgh tegolak..ngeh ngeh -,-)



via xamiruddin '

Nur Liyana said...

great+++ info! :DD