nuffnang ads

Saturday, February 12, 2011

Fakta Yang Mungkin Korang Tak Tahu Tentang Michael Jackson

Mungkin topik ini dianggap lapuk atau dah basi bagi sesetengah orang, tapi bagi aku topik mengenai michael jackson takkan lupus ditelan zaman kerana rekod dan pencapaian dalam bidang muzik adalah terlalu hebat dan tidak dapat dibayangi oleh artis-artis sekarang. Justeru aku berminat untuk memaparkan kembali trivia-trivia menarik sepanjang karier Jacko ini. Mungkin ramai kebanyakan antara kita dah mengetahuinya, so pada sesiapa yang tak berminat, korang boleh berlalu dengan senang hati. 


  • untuk mendapatkan kesihatan kulit wajah dan hidup lebih lama, Michael Jackson pernah  menggunakan katil yang mengandungi gas oksigen untuk tidur
Patung Mesir
  • Bentuk muka Jacko selepas pembedahan plastik adalah ilham dari sebuah patung Mesir.
  • Mempunyai kawan bernama Buble iaitu sekor cimpanzi
  • mengidap satu penyakit kulit yang sangat jarang ditemui. Penyakit ini dipanggil Alpha-1 kekurangan antitrypsin di mana hanya satu daripada 8000 orang di seluruh dunia.
  • Video ‘Billie Jean’ menjadi video perdana penyanyi berkulit hitam yang ditampilkan oleh MTV di tahun 1983.
  • Jacko sering duduk sendirian di sebuah pohon yang ada di dalam rumahnya, Neverland, untuk mencari inspirasi dalam menulis lagu. Ia menamakannya ‘Giving Tree’ kerana kemampuannya memberikan inspirasi dalam menulis
  • Ketika saat kematiannya, enjin carian google merekodkan 16 juta carian mengenai berita kematiannya dalam satu masa sehinggakan keupayaan carian enjin itu terbatas.
  • Seorang pengkritik seni pernah menulis tentang Jacko: “Anda mungkin pelu menunggu sehingga seratus tahu bagi menantikan kelahiran semula Elvis Presley, tetapi anda perlu menunggu sehingga seribu tahun bagi menantikan kelahiran semula Michael Jackson.”
  • Ayahnya Joseph, begitu garang dalam mendidik anaknya. Menurut abangnya Marlon, Jacko pernah dipukul dibelakang dan dipunggung dengan kaki nya diangkatkan ke atas kerana melakukan kesilapan kecil. 




Kulit Album 'Got to Be There'
  • Album pertama Jacko ‘Got To Be There’ dihasilkan ketika beliau berusia 13 tahun dan album itu terjual sebanyak 2 juta unit
  • Jacko pernah diberi peranan melakonkan watak sebagai scarecrow dan terpaksa disolek sehingga lima jam di dalam filem ‘The Wiz’ pada tahun 1977
  • Jacko adalah seorang manusia yang kuat bekerja. Seorang pembantunya pernah berkata: “Jadual kerja Michael terlalu padat. Ada ketikanya dia melakukan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh seratus atau seribu orang.”
Kulit Album 'Off The Wall'
  • Sehingga kini, album ‘Off The Wall’ telah terjual lebih dari 20 juta unit
  • Sebelum menamakan album terbaiknya iaitu ‘Thriller’ beliau ingin menamakannya sebagai ‘starlight’.
  • Rekod video muzik yang paling laris jualannya dipegang oleh ‘thriller’ dengan video itu terjual sebanyak lebih 9 juta unit.
Kulit Album 'Thriller'
  • Jualan album ‘thriller’ sehingga kini mencatatkan jualan sebanyak 109 juta unit sekaligus memegang rekod jualan terbanyak sepanjang zaman yang tidak mampu digugat oleh artis-artis lain. Pencabar terdekatnya ialah album kumpulan rock AC/DC yang berjudul ‘Back In Black’ iaitu sebanyak 45 juta unit.
  • Jacko juga pemegang rekod memenangi anugerah terbanyak bagi satu album menerusi album ‘thriller’ dengan memenangi 8 anugerah di American Music Award ke-11 dan menerima 8 Grammy Award. Sehingga kini, tiada siapa mampu menandingi rekodnya.
Jacko Di Bawa Ke Hospital Selepas Terlibat Dalam Kebakaran
  • Pepsi pernah membayar ganti rugi kepada Jacko akibat kebakaran yang dialami beliau ketika menjalani penggambaran iklan pepsi sebanyak AS$ 1.5 juta tetapi beliau tidak mengambil sesen pun dari duit itu bahkan beliau mendermakan wang itu ke sebuah pusat untuk membantu mangsa kebakaran.
  • Setiap pertunjukkannya, Jacko pasti memperuntukkan sejumlah tiket kepada golongan yang tidak mampu.
  • Jacko telah membeli ATV Music Publishing Company pada AS$47.5 juta pada tahun1985. Syarikat tersebut memegang lebih 4000 hakcipta, termasuk 251 lagu-lagu ‘The beatles’.
  • Di Ivory coast, Jacko ditabalkan sebagai ‘Raja’ oleh ketua suku-suku kaum di negara itu.
  • Jacko pernah membelanjakan sebanyak AS$8 juta hanya untuk membeli koleksi patung kanak-kanak seperti patung peter pan.
Taman Fantasi Milik Jacko, Neverland
  • Taksiran kasar nilai taman milik Jacko, Neverland adalah antara AS$100 hingga AS$120 juta.
  • Jacko juga dikatakan tidak boleh langsung terkena panas kerana akan mendatangkan kesan terhadap tempat-tempat pembedahan di muka beliau.
  • Jacko bukanlah bapa sebenar kepada anak-anaknya iaitu Prince Michael dan Paris Michael. Debbie Rowie, bekas isteri beliau mengatakan bahawa dia mengandungkan Prince Michael memalui kaedah pesenyawaan luar rahim menggunakan sperma penderma yang tidak didedahkan namanya.
  • Beliau juga pernah menggunakan khidmat bekas pelakon Incredible Hulk, Lou Ferrigno sebagai penasihat jasmaninya.
  • Menurut sumber yang terdekat dengan Raja Pop itu, di saat kematiannya, michael dianggarkan menanggung hutang sebanyak AS$500 juta.
  • Jacko juga amat sinonim dengan no.7. kebanyakan perkara berkaitan dengannya ada kena mengena dengan no. 7 :
  1.  Michael Jackson menandatangani surat wasiatnya pada 7/7/02.
  2.  Upacara penghormatan terakhir Jacko pada 7/7/09. 
  3.  Dua lagu hits Jacko - "Black & White" dan "Billie Jean" berada di carta nombor satu dunia untuk 7 minggu.
  4.  Tiga album terlaris Jacko - "Thriller", "Bad" dan "Dangerous" setiap satunya mempunyai 7 top 40 hits.
  5.   anak ke-7 dari 9 adik beradik.
  6. dilahirkan pada 1958 .. 19 + 58 = 77
  7.   meninggal dunia pada 25 haribulan 2+5 = 7
  8.   Terdapat 7 abjad dalam Michael dan Jackson.


p.s : kena tunggu 1000 tahun lagi la baru jumpa orang yang berani renovate muka dia sampai jadi wadefak. Ke xpayah?

11 comments:

qaseh qist said...

waw.. baru taw.. minat dengan lagu2 MJ.. nice. :)

mikeon9 said...

statue=jacko gila sama. :D

My recent post: Busy ke sombong?

Anikimaro said...

hahaha..yeah2...really disturbing too...hahaha

Anies Anessa said...

nice info utk peminat2 mj nie

Anikimaro said...

yep2 :D

si para para said...

err yang dia masuk islam tu tak ada ke..

Mr.TN_SkY said...

hurm..he really good in inspiring with his song..about his religion? Wallahualam..=_=

Diterima Menyertai 100 Penulis Editor!

Eyka said...

eyka xmint michael jackson tapi eyka suke entri ni! knowledge byk ni..mecasih..=)

Fariehan Ibrahim said...

LOL! menarik seyh, amek dri setiausaha sulit MJ kah?? ahaks! XD

azsuliana said...

ooo yea ker? bestnya part rumah dlm pokok tue.

+_+ MieRa +_+ said...

Don't call him 'Jacko'. Dia tak suka...