nuffnang ads

Friday, August 19, 2011

Origami Miniatur Oleh Anja Markiewicz Yang Paling COOL


How did she do it?!

Pernahkah kamu semua membuat origami? bagi yang kayu macam aku ni memang menganggap pembuatan origami ni susah apatah lagi origami yang super nano seperti dibawah. Pastinya mustahil bagi aku, tapi tidak bagi Anja Markiewicz. Beliau yang sememangnya menggilakan seni origami, telah memilih kertas yang kelebarannya lebih kurang seinci untuk melipat origami yang sangat kecil ini. Walaupun begitu, hasilnya sungguh memuaskan. Beliau telah melipat berbagai jenis origami dalam versi nano ini termasuklah kuda, anjing, angsa dan banyak lagi. Jika anda tertarik dengan origami ini dan mahu tengok dengan lebih banyak, bolehlah melawat akaun Flickr beliau. Enjoy!




A Skate Illustration - Video Skate Freestyle Yang Paling AWESOME

nice skills

Skater freestyle Sepanyol, Killian Martin telah menunjukkan kehebatannya bermain skate didalam sebuah video yang diberi nama "A Skate Illustration". Video ini diarahkan, difilemkan dan disunting oleh Breet Novak. Saksikan skill menarik yang ditonjolkan oleh Killian didalam video dibawah. Enjoy!



Sumber: thehighdefinite

Thursday, August 18, 2011

Ayat Mencarut Dalam Versi Comel Yang Paling KREATIF (NFSW)

Don't always swearing, guys..

Memang tidak dinafikan, jika kita berada didalam mod rage, pasti ada saja ayat 'keramat' yang akan keluar dari mulut kita samada dengan sengaja ataupun tidak sengaja. Ia sememangnya semacam suatu habit bagi diri kita. Ye, aku pun tak terlepas dari mencarut ni, dan pernah jugak dicarut. Bukan je didalam dunia sebenar, bahkan di internet ramai manusia-manusia menjadi lebih galak untuk mencarut. Tahukah anda mencarut itu salah. Kenapa? kerana ianya menyebut kita 'punya' sendiri untuk orang lain dan orang itu pasti akan merasa dirinya diperkecilkan kerana disamakan dengan kamu 'punya' sendiri. Korang paham x? sebab aku sendiri tak paham apa yang aku taip. 

Tapi jika kita dipercarutkan didalam bentuk dibawah, pastinya kita merasa lega sedikit dan tidaklah menjadi terlalu marah atau terasa. Ianya rekaan Theo Olesen. Beliau yang menulis diatas kertas ayat-ayat carutan didalam bentuk yang paling menarik dan indah, kemudiannya di scan dan diwarnakan didalam komputer. Bila ditanya mengapa beliau melakukan perkara tersebut, beliau menjawab yang ianya menyeronokkan untuk menulis perkataan mencarut. Jadi rakan-rakan, jika kita ada perasaan marah, janganlah dicarutkan. sabar ajelah, tapi kalau da tak sabar, send je gambar2 ini mengikut kesesuaian. Enjoy! 




Iklan Pertama Patung Barbie Yang Paling RARE

All Hell Barbie!! 

Pada tahun 1959, syarikat pengeluar patung Barbie, Mattel, telah mengeluarkan iklan pertama untuk patung tersebut. Jadi saksikan lah video bersejarah ini dibawah. Enjoy!






Sumber:bitrebels