nuffnang ads

Monday, December 24, 2012

The Deadliest Question

The fear of death follows from the fear of life. A man who lives fully is prepared to die at any time. - Mark Twain


Dia selalu ingin tahu apakah yang akan terjadi selepas dia mati. Adakah benar kehidupan selepas mati? Atau dunia hanya akan menjadi gelap gelita? Dia sama sekali tidak takut akan kematian. Ketakutan itu hanyalah cebisan kecil dari rasa ingin tahunya.

20 tahun lebih hidupnya dihabiskan dengan hanya tertanya-tanya. Pertanyaan dan tekaan yang hanya akan terjawab apabila kematian tiba. Pertanyaan yang sering berlegar disetiap ruang fikiran manusia yang sedar. Sedar akan dunia ini hanyalah sementara. Akan tetapi dia hanyalah tergolong dari golongan minoriti. Manusia zaman kini sememangnya telah terlupa. Hanyut dalam keseronokan sementara. Setiap kali dia melihat senyuman dan ketawa yang terukir dari bibir bibir mereka yang fana, dia akan tertanya tanya, “tidak kah mereka sedar bahawa setiap detik yang berlalu membawa mereka selangkah kepada kematian?” “tidakkah mereka tertanya Tanya apakah yang akan berlaku selepas itu?” pertanyaan itu masih tidak terjawab dan mungkin tidak akan terjawab.

Memikirkan hidup itu singkat, sesingkat setiap saat yang berlalu, membuatkan dia tidak sempat untuk tersenyum ataupun ketawa. Tidak sempat untuk berkawan atau bersosial malah tidak sempat untuk melakukan apa apa. Dia sudah pun lupa bilakah masanya datang pertanyaan ini. Bilakah dia mula berfikir secara berat akannya. tapi apa yang pasti, semenjak dari tibanya saat itu, sekolah itu hanya satu pembaziran masa, duit hanyalah tipu daya dunia, kehidupan bersosial hanyalah sia sia, dunia ini seakan tiada makna! Apakah fungsi hidup manusia yang singkat ini? Kenapa wujudnya manusia? Kenapa wujudnya waktu itu ? Kenapa dia sendiri perlu wujud?!