nuffnang ads

Wednesday, August 10, 2011

Sebab-Sebab Kenapa Kita Harus Bersyukur Malaysia Tiada Salji

Alhamdulillah...

Kalau negara kita mempunyai iklim bersalji kan best. Boleh buat orang salji, main perang bebola salji dan boleh main ski. Mungkin sesetengah orang pernah berkata begitu. Aku pun pernah juga cakap macam tu masa kecik-kecik la. Tapi kita seharusnya bersyukur atas apa yang telah dikurniakan oleh Allah SWT. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya dan Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk kita. Salji mungkin menyeronokkan tapi salji yang berlebihan akan menjadi bencana. Seperti api. Kecil jadi kawan, besar jadi lawan. Begitulah juga dengan salji. Lihat foto-foto dibawah dan anda pasti akan merasa bersyukur.




Bola Bowling Dengan Reka Bentuk Zombie Yang Paling COOL

Creepy stuffs! 

Bola boling yang horror ini direka oleh spraygun artis yang terkenal iaitu Oliver Paass, dibuat khas untuk mempromosi rancangan television Jerman bercorak seram/sains fiksyen, 13th Street. Beliau telah mengambil masa selama 3 minggu untuk merangka corak atau bentuk lukisan secara terperinci untuk disembur ke atas bola boling biasa. Di Jerman, mereka telah menukar bola-bola biasa dipremis boling terpilih untuk ditukar dengan bola istimewa ini. Hasilnya, ramai yang terkejut dengan rekaan creepy bola boling ini.




Pentas Terapung Di Austria Yang Paling AWESOME

Nice view!

Seebuhne, adalah sebuah pentas yang terapung di atas tasik Constance, merupakan tempat kepada sebuah festival tahunan yang dilakukan sejak tahun1946 yang diberi nama, Festival Bregenz di Austria. Pentas ini merupakan sebuah pentas outdoor yang paling menakjubkan pernah dibina manusia. Dengan kapasiti 7,000 orang penonton, pentas terapung ini kebiasaannya menjadi tempat kepada beberapa opera yang terkenal dunia. 

Bagi festival Bregenz pada tahun ini, ianya diubah kepada sebuah patung setinggi 24 meter diadaptasi dari lukisan pada tahun 1793 oleh seorang pelukis, Jacques-Louis David. Rekaan pentas ini juga terdapat sebuah 'buku besar' yang menjadi laluan keluar kepada pelakon yang menyertai persembahan dan juga terdapat sebuah cermin emas gergasi. Gambar-gambar dibawah membuktikan ke'Awesome'an pentas tersebut. Enjoy



Konsep Bandar Menegak Di Dalam Kawah Gunung Berapi Mati Yang Paling AWESOME

"Do we need to bring a sleeping bag, or will the volcano keep us warm at night?" 

Bayangkan, pada masa hadapan bilangan manusia semakin ramai tetapi tanah semakin berkurangan. Bumi kita ini mungkin tidak dapat menampung jika bilangan manusia terlalu ramai. Jadi apakah jalan penyelesaiannya? Dah macam-macam cadangan yang keluar. Antaranya dengan memindahkan sebilangan manusia ke planet lain yang keadaannya sama seperti Bumi, membuat kapal angkasa yang besar bagi menampung sebilangan manusia dan juga membuat koloni manusia untuk tinggal di bulan. Slogan Adidas ada menyatakan "Impossible Is Nothing" tetapi cadangan-cadangan ini kedengaran seperti amat mustahil untuk dilakukan bukan?  


Seorang pelukis konsep dari Amsterdam, Jesse van Dijk telah membuat satu plan konsep bagi mengatasi masalah ini. Iaitu dengan membina sebuat bandar menegak di dalam kawah gunung berapi mati yang berada di tengah laut Bandar ini di bina secara menegak kerana kekurangan tanah dan cara ini dapat mengoptimumkan kegunaan kawasan sekeliling. 


Majlis Perkahwinan Yang Paling DUMBASS

"My precious!!!"

Ini adalah majlis perkahwinan yang memang DUMBASS!!! Kuat sangat tengok movie sampai terpengaruh dengan filem Lord of the Rings. Entah macam mana la diaorang terfikir nak buat macam ni. Apa-apa pun enjoy!!!



p/s: agak-agak korang lepas ni style ape pulak yang orang barat ni nak buat??