nuffnang ads

Showing posts with label Kehebatan Arkitek Masa Lampau. Show all posts
Showing posts with label Kehebatan Arkitek Masa Lampau. Show all posts

Tuesday, January 25, 2011

(KEHEBATAN ARKITEK MASA LAMPAU) Rangkaian Jalanan Di Bandar Purba Tikal



Tikal, antara bandar tertua masyarakat Maya yang ditemui pada kurun ke-8. Penggalian arkeologi dalam bandar yang terletak dalam hutan liar itu telah menemui beberapa rumah, istana, piramid, kuil dan kawasan perhimpunan. Kesemua kawasan ini dihubungkan oleh jalan. Imej radar telah menunjukkan bahawa selain sistem perparitan yang lengkap, bandar itu juga mempunyai sistem pengairan yang sempurna. Tikal tidak terletak berdekatan dengan sungai atau tasik, dan didapati bahawa bandar itu memanfaatkan lebih kurang sepuluh takungan air.

Lima jalan utama dari Tikal menuju ke dalam hutan. Ahli arkeologi menggambarkannya sebagai jalan upacara. Gambaran dari udara mendapati bandar-bandar masyarakat Maya dihubungkan antara satu sama lain melalui rangkaian jalan yang besar yang keseluruhannya mempunyai kepanjangan lebih kurang 300 kilometer (190 batu) dan menunjukkan kejuruteraan yang terperinci. Kesemua jalanan dibuat daripada pecahan batuan dan dilitupi dengan lapisan tebal berwarna cerah. Jalanan ini lurus seolah-olah disusun atur dengan pembaris, dan persoalan penting belum terjawab tentang cara masyarakat Maya menentukan arah semasa pembinaan jalan serta perkakasan dan peralatan yang telah digunakan. Mentaliti evolusionis gagal memberi jawapan yang rasional dan logik. Oleh kerana kita membincangkan tentang keajaiban kejuruteraan yang mempunyai panjang ratusan kilometer, amat jelas sekali bahawa kesemua jalan ini merupakan hasil daripada pengiraan dan tindakan terperinci serta penggunaan bahan dan peralatan yang sesuai. 

petikan dari karya Harun Yahya: Zaman Batu Satu Pembohongan (klik untuk baca lebih lanjut)

p.s : Mungkin terdapat juga tol di jalan-jalan tersebut. Yelah, ingat senang ke nak buat?

(KEHEBATAN ARKITEK MASA LAMPAU) TINGGALAN MENAKJUBKAN DI BANDAR TIAHUANACO



Pernahkah anda mendengar tentang bandar Tiahuanaco? Saya pasti, ramai antara kita yang tidak pernah mengetahui tentangnya. Bagaimanapun, ia adalah salah satu bukti bahawa pada zaman silam telah terdapat teknologi yang canggih sehinggakan pakar-pakar arkeologi abad ke-21 tidak dapat menjelaskan bagaimana ia dibina. Interesting isn’t? So, check this out!

Bandar Tiahuanaco terletak ebih kurang 4,000 meter (13,000 kaki) di atas paras laut, di Pergunungan Andes yang terletak antara Bolivia dan Peru. Kawasan ini dianggap sebagai antara satu keajaiban arkeologi di Amerika Selatan, dan mungkin juga di dunia.

Antara tinggalan Tiahuanaco yang paling menakjubkan adalah satu kalendar yang menunjukkan musim- musim, dan posisi bulan pada setiap jam dan pergerakannya. Kalendar ini antara bukti yang menunjukkan bahawa masyarakat yang tinggal di kawasan itu memiliki teknologi yang tinggi. Antara tinggalan lain yang mengagumkan adalah monumen-monumen yang diperbuat daripada blok batuan besar, sesetengah daripadanya mempunyai berat sehingga 100 tan.

Seorang penulis Reader's Digest menulis, "...para jurutera terbaik hari ini masih lagi bertanya kepada diri sendiri tentang keupayaan mereka untuk memotong dan menggerakkan batuan besar seperti yang digunakan untuk membina bandar tersebut. Batuan gergasi itu kelihatan seperti acuan telah digunakan untuk memotongnya..." Sebagai contoh, dinding-dinding bandar berkenaan dibina dengan meletakkan blok-blok seberat 60 tan di atas blok batu pasir yang beratnya lebih kurang 100 tan. Kerja-kerja batu yang digunakan untuk membina dinding tersebut memerlukan kepakaran yang amat mendalam. Blok-blok segi empat sama dicantumkan dengan alur yang tepat. Lubang sepanjang 2.5 meter (8 kaki) telah dibuka di dalam blok-blok seberat 10 tan. Pada sesetengah bahagian runtuhan tersebut, terdapat saluran air yang diperbuat daripada batu dengan kepanjangan 1.8 meter (6 kaki) dan keluasan setengah meter (1.5 kaki). Ini adalah sebahagian ketetapan yang jarang dipadankan walaupun di hari ini. Adalah amat mustahil untuk mereka menghasilkan kerja-kerja berkenaan tanpa kehadiran teknologi seperti yang digambarkan oleh evolusionis. Ini kerana dalam keadaan yang serba primitif, ianya akan memerlukan masa yang lebih panjang daripada hayat manusia untuk mendirikan hanya satu daripada struktur-struktur tersebut. Secara tidak langsung, ini bermakna yang pembinaan bandar Tiahuanaco mengambil masa berkurun lamanya, dan dengan sendirinya membuktikan kesalahan pendapat evolusionis.



Antara satu daripada monumen terpenting di Tiahuanaco adalah Gate of the Sun. Diperbuat daripada satu blok tunggal, dengan ketinggian 3 meter (10 kaki) dan kelebaran 5 meter (16.5 kaki) serta berat yang dianggarkan lebih daripada 10 tan. Gerbang tersebut dihiasi dengan pelbagai ukiran. Tiada penjelasan tentang teknik-teknik yang digunakan dalam pembinaannya. Apakah jenis teknologi yang diaplikasikan pada struktur yang sebegitu menarik? Bagaimana batu seberat 10 tan diekstrak, dan dengan apakah ianya dibawa dari kuari batuan.Sekiranya anda mengambil kira keadaan geografi di kawasan Tiahuanaco, semua pencapaian mengandaikan bahagian yang lebih mengagumkan. Bandar itu terletak berkilometer jauhnya dari mana-mana kawasan petempatan biasa dan dibina pada dataran tinggi yang lebih kurang 4,000 meter (13,000 kaki), di mana tekanan atmosfera hanya separuh berbanding atmosfera di paras laut. Tahap oksigen yang berkurangan ini akan menyebabkan sebarang kerja memerlukan lebih banyak tenaga kerja.

Melihat kepada ini, saya rasa dengan menggunakan teknologi sekarang pun adalah lebih susah dari apa yang dijangkakan. Bagaimanakah mereka melakukannya? You think about it.

 petikan dari karya Harun Yahya: Zaman Batu Satu Pembohongan (klik untuk baca lebih lanjut)

p.s: cane la agaknye shopping complex kat tempat diowang nih

Monday, January 24, 2011

(KEHEBATAN ARKITEK MASA LAMPAU) STONEHENGE




Sebelum ini kita ada membincangkan tentang kehebatan binaan Newgrange yang tidak mungkin dibina oleh manusia yang tinggal didalam gua. Kali ini, saya akan berkongsi maklumat dengan anda semua berkenaan dengan binaan stonehenge.

Kalau kita melihat gambar binaan itu sendiri, kita pasti tidak akan dapat mengagak apakah kelebihan yang terletak pada binaan blok-blok tersebut. Kita mungkin akan berfikir ia hanya dibuat hanya suka-suka tanpa sebarang motif. Entri selepas ini akan menerangkan tentang kejaiban monumen tersebut.

Stonehenge, monumen yang tegak di selatan England, terdiri daripada lebih kurang 30 blok batuan besar yang disusun dalam bentuk bulatan. Setiap blok mempunyai purata ketinggian 4.5 meter (15 kaki) dan berat purata 25 tan. Kajian yang dibuat mendedahkan bahawa Stonehenge telah dibina dalam tiga peringkat utama, bermula dalam lebih kurang 2,800 BC. Ini bermakna bahawa sejarah pembinaannya telah berusia hampir 5,000 tahun. Peringkat pembinaan pertama melibatkan penggalian parit, benteng dan beberapa lubang bulat. Dalam peringkat kedua, lebih kurang 80 bluestones (sejenis batuan granit yang dinamakan sempena warnanya) disusun dalam dua bulatan di sekeliling pusat tapak dan batu hele didirikan di luar lingkaran tersebut. Kemudian, bulatan luar didirikan menggunakan susunan batu pasir yang besar dengan batu melintang membentuk bulatan diletak di atasnya.

Aspek utama monumen ini ialah bluestones yang digunakan kerana sumbernya tiada di kawasan berhampiran. Batu-batuan ini dibawa ke tapak Stonehenge dari Pergunungan Preseli yang jauhnya lebih kurang 380 kilometer (240 batu). Jika kita berpendapat bahawa penduduk di masa itu hidup dalam keadaan serba primitif dan peralatan mereka hanya diperbuat daripada engkol kayu, rakit kayu dan kapak batu, jadi bagaimanakah mereka mengangkut semua batuan ini ke wilayah di mana Stonehenge kini berdiri?


Dengan membina semula peralatan yang kononnya diguna pada masa itu, sekumpulan pengkaji cuba mengangkut bluestones ke tempat lain yang sama jaraknya. Mereka menggunakan engkol kayu, membuat rakit yang mampu menampung berat batu yang saiznya hampir sama sehingga terpaksa menggabungkan tiga rakit, menggerakkan rakit tersebut di sungai dengan mengguna pancang kayu, dan akhirnya cuba untuk membawa batuan tersebut ke atas bukit dengan bantuan roda kasar. Namun usaha mereka hanya sia-sia. Ini hanyalah satu daripada eksperimen yang dilaksanakan untuk mencari jawapan tentang cara bluestones dibawa sejauh itu. Banyak lagi ujukaji lain telah dijalankan, dan penyelidik berusaha untuk memahami cara pengangkutan yang telah diguna oleh masyarakat zaman itu. Walau bagaimanapun, tiada percubaan yang berjaya. Ini kerana kesemua kajian tersebut dijalankan dengan fahaman salah yang menganggap budaya masyarakat pada waktu itu terlalu mundur dan hanya menggunakan peralatan kasar yang diperbuat daripada batu dan kayu.

Seperkara lagi yang perlu ditegaskan ialah eksperimen yang mereka laksanakan dibantu oleh teknologi moden. Mereka mengguna pelbagai model yang dihasilkan oleh pelabuhan maritim, mengguna tali yang diperbuat oleh kilang berteknologi tinggi, dan membuat perancangan dan pengiraan terperinci. Namun begitu, mereka tetap gagal. Tetapi masyarakat yang hidup 5,000 tahun dulu mengangkut batuan ini yang setiap satunya mempunyai berat bertan-tan lalu menyusunnya dalam bentuk bulatan melalui pengiraan posisi geografi yang tepat. Jelas sekali mereka tidak menyiapkan semua ini dengan peralatan batu serta rakit dan engkol kayu. Sekarang apa yang anda fikir? Mungkinkah terdapat bantuan dari makhluk asing? Atau dengan menggunakan kecanggihan teknologi mereka semata-mata? Adakah anda akan berfikir bahawa zaman dahulu adalah primitif? So now, think again!


 petikan dari karya Harun Yahya: Zaman Batu Satu Pembohongan (klik untuk baca lebih lanjut)

Sunday, January 23, 2011

(KEHEBATAN ARKITEK MASA LAMPAU) NEWGRANGE



Ok, kalau kita sebut manusia zaman silam, apakah yang anda fikir? Kolot, mundur, hidup dalam gua? Macam-macam gambaran primitif mungkin akan terfikir dalam kepala kita tanpa terfikir tentang samada zaman dahulu mungkin lebih maju atau lebih bertamadun dari apa yang kita sangka. Disini saya ingin ingin berkongsi dengan anda semua tentang kehebatan arkitek masa lampau. Terdapat banyak monumen-monumen tinggalan sejarah yang membuktikan bahawa pada masa lampau adalah lebih bertamadun dan maju dari apa yang kita sangka. Contohnya ialah Newgrange.

Pemakaman yang terletak berhampiran Dublin ini disepakati telah dibina sekitar 3,200 BC. Newgrange sememangnya telah usang sebelum kewujudan peradaban Mesir, dan sebelum kelahiran tamadun Babylon dan Cretan. Ia juga adalah lebih lama dari binaan stonehenge. Kajian menunjukkan bahawa Newgrange bukan sahaja sebuah kawasan perkuburan, tetapi para pekerjanya mempunyai pengetahuan mendalam tentang astronomi – dan memiliki teknik kejuruteraan serta ilmu senibina yang perlu diberi perhatian.

Ramai ahli arkeologi menghuraikan Newgrange sebagai keajaiban teknikal. Sebagai contoh, kubah di atas struktur itu sememangnya adalah kehebatan kejuruteraan. Setiap batu yang berat di bahagian bawah dan ringan di sebelah atas dengan cermat diletakkan saling bertindih sehingga setiap satunya lebih menonjol daripada yang di bawah. Maka terbinalah satu cerobong berbentuk heksagon dengan ketinggian enam meter di atas bahagian tengah struktur itu. Di atas cerobong itu terdapat penutup yang diperbuat daripada batu yang boleh dibuka dan ditutup bila perlu.

Jelas bahawa binaan gergasi ini dibina oleh mereka yang mempunyai pemahaman mendalam tentang kejuruteraan, mampu mengira dengan tepat, merancang dengan betul, mengangkut beban batuan yang berat, dan memanfaat ilmu pembinaan mereka. Tetapi amat mustahil untuk monumen sebesar itu didirikan oleh golongan yang tiada pengetahuan yang baik dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan.

Ciri-ciri astronomi bangunan itu sendiri sungguh mengagumkan. Pembinaan struktur ini membenarkan biasan cahaya yang menarik pada musim sejuk. Sebaik saja matahari muncul pada hari terpendek dalam setiap tahun, sinaran cahaya matahari menerangi ruang pemakaman Newgrange. Di saat ini, berlakulah permainan cahaya yang sempurna. Sinaran matahari pagi menembusi bukaan kecil di bawah bumbung pintu masuk dan menyinari laluan ke ruangan dalamannya. Semua blok batuan diletak pada sudut yang membenarkan pembiasan cahaya – satu faktor penting yang memungkinkan berlakunya semua pertunjukan cahaya ini.




Dengan melihat pada struktur ini saja, anda dapat menyimpulkan bahawa ianya didirikan oleh golongan yang mempunyai pengetahuan mendalam serta menggunakan cara dan teknik yang amat canggih. Masyarakat yang membina struktur ini pastinya telah hidup dalam persekitaran yang selesa dan penuh tamadun. Jika mereka mempunyai pengetahuan astronomi dan kemahiran yang baik untuk membuat pemerhatian dengan tepat, kehidupan seharian juga pasti bertamadun selari dengan perkembangan pengetahuan mereka. Monumen batuan ini mungkin satu-satunya bangunan yang kekal daripada masyarakat yang hidup dalam rumah yang selesa, mempunyai taman-taman yang diselenggara dengan baik, menerima rawatan di hospital yang bagus, terlibat dengan aktiviti ekonomi, menghargai seni dan sastera serta menikmati warisan budaya yang luas lagi penting. Semua tafsiran realistik berkenaan pembina monumen batuan ini adalah berdasarkan penemuan arkeologi dan fakta sejarah.

Nampaknya, kehidupan masa lampau tidaklah kelihatan agak primitif seperti yang kita fikirkan. Agaknya, bagaimanakah manusia dahulu hidup? Adakah lebih maju dari kita? Wallahua’lam.

Terdapat banyak lagi binaan-binaan yang menunjukkan bahawa pada satu masa dahulu mempunyai teknologi yang canggih dan bertamadun dari apa yang kita sangka akan dibincangkan kemudian. Semoga ilmu dan maklumat yang disampaikan ini berguna kepada pembaca sekalian, insyaallah.

 petikan dari karya Harun Yahya: Zaman Batu Satu Pembohongan (klik untuk baca lebih lanjut)