nuffnang ads

Monday, December 24, 2012

The Deadliest Question

The fear of death follows from the fear of life. A man who lives fully is prepared to die at any time. - Mark Twain


Dia selalu ingin tahu apakah yang akan terjadi selepas dia mati. Adakah benar kehidupan selepas mati? Atau dunia hanya akan menjadi gelap gelita? Dia sama sekali tidak takut akan kematian. Ketakutan itu hanyalah cebisan kecil dari rasa ingin tahunya.

20 tahun lebih hidupnya dihabiskan dengan hanya tertanya-tanya. Pertanyaan dan tekaan yang hanya akan terjawab apabila kematian tiba. Pertanyaan yang sering berlegar disetiap ruang fikiran manusia yang sedar. Sedar akan dunia ini hanyalah sementara. Akan tetapi dia hanyalah tergolong dari golongan minoriti. Manusia zaman kini sememangnya telah terlupa. Hanyut dalam keseronokan sementara. Setiap kali dia melihat senyuman dan ketawa yang terukir dari bibir bibir mereka yang fana, dia akan tertanya tanya, “tidak kah mereka sedar bahawa setiap detik yang berlalu membawa mereka selangkah kepada kematian?” “tidakkah mereka tertanya Tanya apakah yang akan berlaku selepas itu?” pertanyaan itu masih tidak terjawab dan mungkin tidak akan terjawab.

Memikirkan hidup itu singkat, sesingkat setiap saat yang berlalu, membuatkan dia tidak sempat untuk tersenyum ataupun ketawa. Tidak sempat untuk berkawan atau bersosial malah tidak sempat untuk melakukan apa apa. Dia sudah pun lupa bilakah masanya datang pertanyaan ini. Bilakah dia mula berfikir secara berat akannya. tapi apa yang pasti, semenjak dari tibanya saat itu, sekolah itu hanya satu pembaziran masa, duit hanyalah tipu daya dunia, kehidupan bersosial hanyalah sia sia, dunia ini seakan tiada makna! Apakah fungsi hidup manusia yang singkat ini? Kenapa wujudnya manusia? Kenapa wujudnya waktu itu ? Kenapa dia sendiri perlu wujud?!


Seluruh kehidupan nya selepas itu hanyalah dihabiskan untuk termenung. Tiada lagi kawan buatnya. Kehidupan dia menjadi kosong serta merta. Kemurungan menjadi sahabat utama. Makanan hanya untuk kelansungan hidup sahaja. Keluarganya dipinggirkan sahaja. Kehidupan dia hanyalah teringat kan mati. Bertanyakan detik selepas kematian. Pertanyaan itu menjadi semakin kuat apabila setiap detik berlalu. Takut dan teruja bercampur baur. Pertanyaan yang hanya boleh dijawab sekali sahaja. Tidak ada jalan kembali. Setiap saat cukup menyiksakan.

Pada malam ini, seluruh pertanyaan itu semakin pudar. Semakin luput dari kotak fikirannya. Rasa takut dan cemas mula menyelubunginya. Rasa sejuk mula dirasai. Nafas dan degupan jantungnya semakin perlahan. Masa tidak boleh diputarkan kembali. Jawapan akan pertanyan dari seluruh kehidupannya hanyalah selangkah sahaja daripadanya.

Dia kini terbaring ditepi katilnya dengan berlumuran darah. Pergelangan tangannya terkulai memancutkan darah. Terlentang sebilah pisau disisinya. Dia akhinya memilih jalan singkat untuk bertemu dengan jawapannya. Jawapan kepada persoalan yang menyiksakan keseluruhan hidupnya. Apa yang akan dihadapinya itu pastinya tidak akan dapat diceritakan kepada sesiapa.

Dia secara tiba tiba sedar, jalan singkat ini adalah salah dan yang paling menakutkan ialah tiada jalan kembali!

Terketar ketar badanya. Peluh memercik keluar dari setiap liang romanya. Kesejukan menghampiri kerongkong. Satu cahaya silau memancar dihadapan matanya. Dia menjerit sekuat kuatnya. 

Didalam hati!

No comments: