nuffnang ads

Monday, February 14, 2011

SMS Dari Kubur

Amaran: Kisah ini adalah khayalan semata-mata. Tidak ada kena mengena samada yang masih hidup mahupun yang telah mati. Entri ini juga agak panjang. Luangkan sedikit masa anda untuk membacanya.)


Padil ada ketikanya amat cemburu melihat rakan-rakannya yang lain semuanya sudah mempunyai buah hati masing-masing. Hanya dia sahaja yang masih single ketika ini. Rakan-rakannya juga selalu perli beliau kerana sehingga sekarang, beliau tidak mempunyai teman wanita walaupun dia mempunyai bentuk muka yang agak huduh giler smart. Pernah seorang rakan memerli padil dengan mengatakan,

“ ko ni pegi la cari sorang awek. Nak harapkan fouziah gous tu nak kat ko, sampai mati pun tak dapat.” Padil ketika itu sangat gila-gilakan pelakon fouziah gous.


Sekadar Hiasan
 “aku bukannya taknak, tapi xde yang sangkut. Gune umpan salah kot.” Jawab padil mem’backup’kan dirinya.

Begitulah kehidupan seharian padil yang asyik dibayangi oleh rakan-rakannya yang semuanya sedang hangat bercinta. Dia juga selalu ditinggalkan keseorangan di rumah sewanya apabila rakan-rakannya keluar untuk melepaskan nafsu rindu. Akhirnya padil bertekad, dia tidak akan menjual mahal dan menerima sesiapa sahaja yang sanggup bersama dengannya.