Seorang
budak lelaki berpakaian selekeh duduk diatas kerusi batu, dibawah pohon redang
ditepi sungai sambil memeluk pehanya dan merehatkan dagu ke tempurung lututnya.
Rambutnya sederhana panjang, tidak terurus, merenung jauh kearah sungai yang
deras mengalir.
Di
kiri dan kanannya terdapat berbagai ragam manusia. Ada yang sedang bergelak
ketawa bersama rakan, ada pasangan kekasih yang berjalan sambil berpimpingan
tangan menyusuri sungai yang keruh, ada juga yang bersantai bersama keluarga
dan ada juga yang sedang membaca buku.
Semua
itu dihiraukan begitu sahaja. Hanya dia sahaja yang berada disitu.Petang yang
indah dihiasi dengan kicauan burung berterbangan ibarat hari mendung yang suram
baginya.
Terdapat
seribu satu perasaan tergambar melalui matanya. Semua kehidupan berlalu pergi
disekelilingnya, tetapi dia masih disitu.
Keseorangan
dihimpit keriuhan. Masalah lalu datang menjengah, mehidupan sosial hanya
tinggal kenangan, kenangan pahit untuk dihadam. Entah apa dinikmati dan entah
apa yang dihadapi, hanya dia dan tuhannya sahaja yang tahu. Dia terus kaku
begitu, sampai bila bila.
Dialah
bayangan yang menghantui fikiran, dialah bayangan semua orang!