nuffnang ads

Showing posts with label Yang Paling 'AWESOME'. Show all posts
Showing posts with label Yang Paling 'AWESOME'. Show all posts

Thursday, January 26, 2012

Star Wars Parody Versi Muzikal Yang Paling AWESOME

The sound and music are 50% of the entertainment in a movie - George Lucas

Dulu aku pernah wat entry Star Wars Parody Yang Paling AWESOME, tapi kini dalam bentuk MUZIKAL pulak dengan menggunakan "Cello" sebagai alat muzik utama
Kepada peminat-peminat Star Wars, YOU MUST SEE THIS!! 





Ingin tahu siapa mereka ini? Anda boleh ke laman web mereka di  http://www.ThePianoGuys.com atau facebook mereka di  http://www.Facebook.com/PianoGuys



Sumber: weirdthings

Sunday, January 22, 2012

Bagaimana Untuk Menjadi Skateboarder Yang Paling AWESOME!!

"I consider skateboarding an art form, a lifestyle and a sport" - Tony Hawk

APA ITU SKATEBOARD? 

Skateboard dalam bahasa melayu adalah papan luncur atau papan selaju ialah sejenis papan yang memiliki empat roda dan digunakan untuk meluncur papan. Papan ini memiliki tenaga yang dipacu dengan menggunakan satu kaki sementara kaki sebelahnya di atas papan. Pengguna boleh juga berdiri di atasnya apabila papan ini meluncur ke bawah di atas permukaan yang curam dan dengan ini menggunakan graviti sebagai pemacu.


Monday, January 9, 2012

Awan Berbentuk Tsunami Yang Paling AWESOME!!

BEAUTIFUL, WEIRD & FRIGHTENING

Pada 16 Disember 2011, satu fenomena alam yang menakjubkan telah terjadi  di Alabama, Amerika Syarikat di mana seolah-olah terjadinya satu tsunami yang sangat besar di langit. Ianya begitu menakjubkan dan semua mata asyik memandang ke langit. Gambar kejadian ini sempat ditangkap menggunakan handphone pada petang Jumaat itu di Birmingham, Alabama 




Mengikut pakar kaji cuaca, biasanya kejadian sebegini berlaku di kawasan-kawasan yang mempunyai dataran yang luas, di mana pergolakan awan berlaku disebabkan angin bertukar kelajuan dan apabila satu lapisan dibahagian atas iaitu udara bergerak lebih pantas dan bertukar arah berbanding lapisan bahagian bawah iaitu air menbuatkan awan menyerupai satu ombak tsunami yang bergolek di sepanjang bahagian atas air.

Monday, December 26, 2011

Roller Suit Yang Paling AWESOME!!

Keep rollin' rollin' rollin' rollin' - Limp Bizkit





Kalau dulu time kita kecik-kecik, kite tengok budak-budak main rollerblade je. Itu pn pakai kat kaki je. Tapi sekarang ROLLER SUIT...satu badan pakai tau!! Hebat tak hebatnya lah orang zaman sekarang....So, keep on rolling baby!!!


Jean-Yves Blondeau A.K.A. ROLLERMAN adalah seorang designer yang berasal dari Perancis telah mencipta sebuat suit yang mempuyai 31 roda. Ya, inilah dia pencipta Roller Suit (juga dikenali sebagai Wheel Suit atau Buggy Rollin). Roda-roda pada suit ini diletakkan pada sendi-sendi utama, torso dan belakang badan. Jadi anda boleh anda boleh bergerak dalam pelbagai posisi pada kelajuan sehingga 70 mph (116 km/h) semasa menuruni bukit. Ia juga boleh digunakan diatas apa jua permukaan. 


Pada awalnya, dia mencipta suit ini sebagai projek graduasinya di industrial design school École nationale supérieure des arts appliqués et des métiers d'art atau lebih dikenali sebagai The Olivier de Serres yang terletak di Paris.

Dua daripada suitnya boleh di lihat dalam sebuah filem lakonan Jim Carrey, Yes Man (2008) iaitu di saat kredit filem tersebut. Dia juga membuat kemunculan di sebuah iklan untuk Megapass, iaitu sebuah syarikat telekomunikasi di Korea Selatan. Selain itu, dia juga menyertai dalam Stan Lee's Superhuman TV program

Sunday, December 25, 2011

Lanskap Menarik Diukir Di Atas Buku Yang Paling AWESOME!!

This is awesome!!


Buku-buku terpakai seringkali kita letakkan di dalam rak sebagai tujuan rujukan ataupun simpanan. Tetapi pernahkah anda semua terpikir untuk menghasilkan sesuatu yang menarik terhadap buku-buku tersebut? Bagi seorang pengukir yang mempunyai pengalaman mengukir selama 30 tahun, Guy Laramee, beliau telah mendapat idea untuk menghasilkan ukiran-ukiran menarik ke atas buku-buku terpakai. Sudah berbagai-bagai ukiran telah beliau hasilkan ke atas buku antaranya ukiran bangunan, pentas, gua, gunung-ganang dan berbagai lagi. "Saya telah mengukir lanskap. Dibawah adalah antara dari 'masterpieces' beliau. Enjoy!



Tuesday, September 27, 2011

Video Tentang Kebaikan Rasulullah Yang Paling AWESOME!

A MUST WATCH VIDEO!!

Tiada manusia yang semulia Nabi Muhammad SAW. Itu adalah kesimpulan dari video yang meremangkan bulu roma ini. Cakap banyak tak guna, korang tengok jelah video yang meremangkan bulu roma ini. Peace and blessings be upon him.!




Sumber: Youtube via inkofscholars

Sunday, September 25, 2011

Little Manhattan - Sebuah Skulptur Marmar Seberat 2.5 Tan Yang Paling AWESOME

Wow!

Seorang artis skulptur dari jepun, Yutaka Sone, telah mengukir gambaran bandaraya Manhattan di New York secara terperinci di atas sebuah marmar seberat 2.5 tan. Beliau yang melihat kepada google earth dan berbagai gambar-gambar bandar Manhattan yang telah diambil dari udara bagi dijadikan rujukan untuk mengukir satu lagi masterpiece beliau. Beliau yang sememangnya telah banyak mengukir, tetapi ukiran inilah antara yang paling detail pernah dihasilkannya. Ukiran marmar yang berkeluasan 2 kaki lebar, 8 kaki panjang dan 3 kaki tinggi ini bakal dipersembahkan di muzium David Zwirner pada 29 oktober ini. AWESOME!



Tuesday, September 20, 2011

Video 'Time Lapse' Bumi Dari Stesen Angkasa Antarabangsa Yang Paling AWESOME

AWESOME SHIAT!

Bagaimana rupa bentuk bumi ketika ianya berpusing diatas paksinya? Dulu aku ada post Foto Bumi Dari Angkasa Lepas, sememangnya ianya AWESOME, tetapi video ini jauh lebih AWESOME kerana kita dapat melihat setiap aktiviti dan suasana alam dari angkasa termasuk lah kilat, petir, cahaya matahari terbit, ribut dan macam-macam lagi. Video ini dirakam dari ISS (Stesen Angkasa Antarabangsa) dengan menggunakan teknik 'time lapse' pada waktu malam. Rakaman ini bermula dari lautan pasifik dan seterusnya meluncuri kawasan utara dan selatan amerika sebelum memasuki waktu siang di Antartika. Di video ini klihatan juga bandar-bandar, mercutanda termasuk Pulau Vancouver, Victoria, Vancouver, Seattle, Portland, San Fracissco, Los Angeles dan juga beberapa bandar di Texas, New Mexico dan Mexico sendiri. Video ini juga merentasi bandar Mexico, teluk Mexico, semenanjung Yucatan dan macam-macam lagi. Cakap banyak pun tak guna, korang tengok je video yang AWESOME ni. Enjoy! 




Sumber: Youtube via yesterday2221

Saturday, September 10, 2011

Resume Yang Paling AWESOME

A chest full of medals is nothing more than a resume in 3D and Technicolor


Apakah langkah pertama untuk anda mendapatkan kerja? Sudah tentu lah calon-calon perlu menghantar resume kepada syarikat dimana mereka ingin bekerja. Dengan resume yang cantik dan menarik akan meningkatkan tahap peratusan untuk calon mendapatkan panggilan temuduga. Jadi, mungkin anda boleh melihat contoh-contoh resume dibawah sebagai rujukan. ENJOY!!







Friday, September 9, 2011

Sebuah Kilang Ubat Kelihatan Seperti Istana Versailles Yang Paling AWESOME

this is AWESOME!

Sekali imbas, anda pasti mengatakan tempat ini adalah Istana Versailles yang dibina oleh Louis The XIV di Perancis. Tetapi hakikatnya tempat ini adalah sebuah kilang pharmaceutical di Harbin, China. Penduduk Harbin sebenarnya pelik melihat pengurusan kilang tersebut kerana mereka sanggup mengabiskan duit semata-mata untuk mencantikkan bangunan itu dari membaiki kerosakan-kerosakan yang terdapat disitu contohnya seperti masalah kebocoran paip air dan lain-lain. 

Pengarah syarikat tersebut cuba menutup pembelanjaan mereka dengan berkata gambar-gambar mewah syarikat itu sebenarnya bukanlah 'gambar syarikat' tersebut tetapi ianya adalah gambar sebuah muzium yang mana mempunyai tiga tingkat seperti bangunan syarikat tersebut. Setelah melihat kepada laman web muzium yang dimaksudkan, bangunan muzium itu sememangnya tidak mewah sebagaimana bangunan syarikat tersebut. Walaubagaimanapun, bangunan ini telah menunnjukkan kehebatan arkitek China dalam menghasilkan sesebuah rekaan yang menarik dan cantik walaupun ianya kelihatan seperti 'istana versailles kedua'. Ianya direka dengan begitu teliti didalam segenap penjuru bangunan tersebut dan seterusnya membangkitkan semangat eropah apabila melihat kepada gambar-gambar dibawah.




Saturday, September 3, 2011

Lakaran Konsep Muzium Seni Terbaru Di Taipei Yang Paling AWESOME

rekaan konsep sememangnya menarik

Sebuah kumpulan dari Portugis, OODA, baru-baru ini telah memenangi Merit Award dalam satu pertandigan antarabangsa untuk mereka cadangan konsep New Taipei City Museum Of Art. Pertandingan ini mencari konsep reka bentuk yang inovatif yang berdiri sebagai satu mercu tanda moden dan sebagai satu simbol berani serta melambangkan jiwa Taipei.

Konsep OODA mengandungi dua Hypercube, setiap satu kiub berbucu 90 darjah yang tergantung didalam sebuah kotak Volumetri yang lebih besar. Muzium utama ditempatkan dibahagian atas, manakala muzium untuk seni kanak-kanak dibahagian bawah dan muziu untuk seni skulptur pula di dewan utama




Wednesday, August 31, 2011

Video Metal Slug IRL Yang Paling AWESOME

THIS IS EPIC!!

I can't take this anymore! Ini adalah antara video inspirasi dari video game yang paling AWESOME pernah aku tengok. Lagipun ianya adalah inspirasi dari game yang sangat terkenal pada tahun 90-an dulu. i'm sure all of you pernah main game ni dulu. Ah, taknak cakap banyak, korang tengok je la video yang epik ni. Enjoy!!





Sumber: youtube via andrewmfilms

Monday, August 29, 2011

Penguraian Bunga-Bunga Oleh Qi-Wei Yang Paling AWESOME

this is....oh no, what a waste!

Sebuah siri penguraian bunga-bunga telah dihasilkan oleh seorang artis dari Singapura, Qi Wei. Penguraain yang kompleks dan memerlukan tahap tumpuan dan ketekunan yang tinggi ini adalah inspirasi dari Disassembled - projek penguraian barangan oleh Todd Mclellan yang aku post dulu. Cara penguraiannya adalah lebih kurang sama, beliau akan menghuraikan satu persatu dari setiap kelopak yang terdapat pada bunga yang terpilih. Walaupun hasilnya sangat menarik, tetapi ianya suatu pembaziran terhadap bunga-bunga yang kelihatan lebih cantik jika berada didalam keadaan asal. Enjoy!



Jaket Berpenghawa Dingin Yang Paling AWESOME

When fashion and science join forces


Anda selalu kepanasan? Selalu berpeluh? Inilah jawapannya!! Saintis-saintis di Jepun telah mencipta Jaket Berpenghawa Dingin!! Cool!! Jaket ini membuatkan anda kelihatan montel tetapi anda tidak akan kepanasan lagi.

Saturday, August 27, 2011

Lakaran Konsep Muzium Animasi Dan Komik Di China Yang Paling AWESOME

style gila!

Sebuah kumpulan pereka dari Belanda, MVRDV, telah memenangi pertandingan antarabangsa atas projek lakaran konsep mereka iaitu 'China Comic And Animation Museum'. Rekaan yang sangat futuristik itu menampilkan bentuk rekaan seperti 8 buah belon yang mewakili 8 bahagian bangunan dan sangat kompleks walaupun ianya akan terbentang sehingga 30,000 kaki persegi. Walaubagaimanapun, lakaran itu hanyalah dibahagian depan yang termasuk Taman-taman, plaza umum dan pusat ekspo. Projek ini dijangka untuk memulakan pembinaannya ada 2012. Bagi lakaran terperinci, mereka meletakkan setiap satu dari 8 buah bangunan yang akan dibina, mempunyai fungsi-fungsi unik tertentu yang mana melibatkan dunia seni dan hiburan. 

Salah satu perkara yang menarik di muzium ini ialah perletakkan ikon-ikon komik yang terkenal sebagai mercu tanda bagi sesebuah bangunan supaya orang tahu bahawa tempat itu dikhaskan untuk komik, animasi dan kartun. Mereka juga merancangkan untuk meletakkan sebuah dinding maya yang mana setiap elemen 2D akan menjelma kepada 3D dan seterusnya membuatkan ia kelihatan seperti 'hidup'. Dimuatkan juga ruang-ruang pameran yang versatil bagi pertunjukan seni, sebuah perpustakaan komik dan 3 buah panggung wayang.




Thursday, August 25, 2011

Fotografi Resolusi Tinggi Terhadap Coklat Yang Paling AWESOME

Yummmeeehh!!!! 

Anda adalah seorang tahi coklat? Fotografi ini mungkin menarik bagi anda. Kebiasaannya, kita hanya makan coklat tanpa melihat dengan teliti bagaimanakah rupa bentuk sebenar didalamnya. Di fotografi dibawah akan membuka mata kita semua betapa Awesomenya bentuk didalam makanan kegemaran ramai ini. Bagi yang berpuasa hari ini, siap sediakan sekurang-kurangnya sekeping coklat waktu berbuka nanti. Aku terus terang aku tak suka coklat, tapi lepas tengok fotografi yang menggiurkan ni, aku nak rembat satu sebelum berbuka. Enjoy




Sunday, August 21, 2011

Lukisan Geometri Oleh Jim Denevan Di Pantai California Yang Paling AWESOME

art seeing from the sky   

Seorang artis seni pasir yang berpengkalan di Amerika, Jim Denevan, telah menghasilkan rangkaian seni geometri yang gergasi di Pantai California. Beliau yang menggunakan hanya batang-batang kayu dan pencakar, telah mengambil masa berjam-jam lamanya untuk menghasilkan sesebuah lukisan geometri ini di pantai California. Hasil seni yang dilakukannya ini, lebih menarik jika dilihat dari kawasan tinggi kerana ia kebiasaannya berskala besar dan mencecah berkilometer lebar! Walaubagaimanapun, hasil yang hebat ini tidak mampu bertahan lama kerana ia akan terhakis oleh angin dan ombak yang memukul. Apapun, ianya sememangnya amat menakjubkan. Enjoy!



Saturday, August 20, 2011

Lukisan Super Realistik Musuh-Musuh Mario Yang Paling AWESOME

i wasted my childhood times to save your princess

Mario adalah sebuah game yang terkenal ketika tahun 90-an dan akhir tahun 80-an. Aku pasti kebanyakan dari kita yang pernah rage kepada musuh-musuh yang terdapat didalam game tersebut kerana membunuh mario kita. Ya, ianya sememangnya sebuah game yang menyeronokkan dan telah membawa impak yang besar kepada industri game pada ketika itu. Oleh sebab itu, seorang artis, Mike Puncekar, telah menghasilkan sebuah siri lukisan yang realistik terhadap watak antagonis yang terdapat didalam game tersebut. Melihat lukisan itu sahaja, sudah pasti membangkitkan semula keghairahan kita terhadap game tersebut. Enjoy! 



Fotografi 'Long Exposure' Keretapi Berkelajuan Tinggi Yang Paling AWESOME

This is Awesome!! 

Fotografi yang awesome ini telah dirakam oleh Appuru Pai, seorang jurugambar dari Tokyo dengan mengunnakan teknik 'Long Exposure' terhadap aliran keretapi transit berkelajuan tinggi, Yurikmome, yang bergerak melalui Shimbashi dan Toyosu. Fotografi selanjutnya di SINI. Enjoy!



Friday, August 19, 2011

A Skate Illustration - Video Skate Freestyle Yang Paling AWESOME

nice skills

Skater freestyle Sepanyol, Killian Martin telah menunjukkan kehebatannya bermain skate didalam sebuah video yang diberi nama "A Skate Illustration". Video ini diarahkan, difilemkan dan disunting oleh Breet Novak. Saksikan skill menarik yang ditonjolkan oleh Killian didalam video dibawah. Enjoy!



Sumber: thehighdefinite