nuffnang ads

Showing posts with label Yang Paling BADASS. Show all posts
Showing posts with label Yang Paling BADASS. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Kereta Rekaan Paul 'Hot Rod' Stander Yang Paling BADASS

This is the real deal!!

Manusia zaman sekarang banyak melakukan  perkara gila dalam mengubahsuai kereta mereka. Tetapi kebanyakannya tidak segila Paul Stender, 44, yang telah mengimpal sebuah peluru berpandu diatas bumbung kereta beliau.

Beliau yang berasal dari Indianapolis, Amerika Syarikat, telah mengubah kereta Chevrolet 1967 miliknya bersama isterinya Therese, 29, kepada kereta yang berkuasa jet dengan hanya meletakkan hanya sebuah peluru berpandu. Beliau yang meminta pertolongan rakannya dari Indy Boys Inc. Sebuah syarikat yang mana diketahui pakar dalam mengubahsuai kereta biasa kepada kereta terpantas dan terpelik untuk mengubah keretanya. 



Hasilnya, kereta itu boleh memecut sehingga 300 B/jam!  Sebelum ini, kereta tersebut hanya boleh mencapai 100 B/jam. Bukan itu sahaja, peluru berpandu jenis Jet-Impala 67 yang dilekatkan dibumbung kereta itu juga boleh meninggalkan api sehingga 30 kaki ke belakang dan juga meninggalkan gumpalan asap tebal ke udara apabila ia dihidupkan.

Beliau mendapat idea untuk mengubahsuai keretanya itu berdasarkan kisah dongeng yang mana seorang petani telah mengimpal sebuah peluru berpandu keatas keretanya dan kemudian memecut sehingga terbabas menghentam sebuah gunung. Menurut Stander, Jet-Impala ini diciptakan hanya untuk suka-suka, sebagai jenaka didalam sukan permotoran. “kami telah memberi tahu penonton bahawa kami telah menjumpai sebuah enjin pada hari sebelumnya dan membuatnya kelihatan seperti sebuah misil yang terlekat diatas kereta dengan menggunakan tali. Ianya kelihatan seperti ingin meletup!” katanya. Beliau juga berpakaian seperti seorang petani pada hari perlancaran kereta tersebut sebagai lambang kepada kisah dongeng tersebut.



“Duduk didalam kereta dengan peluru berpandu berada betul-betul diatas kepala anda dengan kepulan asap tebal dan api yang menyala, ia sememangnya menakutkan.” Katanya lagi.



Sumber: jalopnik

Monday, September 19, 2011

Kek Kahwin Yang Paling BADASS

Cinema is not a slice of life, but a piece of cake

Kek kahwin yang kelihatan BADASS ini mungkin hanya sekadar gurauan kepada pasangan pengantin yang sangat berfikiran open minded. Enjoy!!!




Komik Superhero Yang Paling BADASS

"Has millions of uses beyond just smoking"



Jahat gila dowh tajuk komik ni. Inilah dia sebuah lagi komik superhero yang dapat menjatuhkan moral anak-anak muda zaman sekarang, Marijuanaman. Superhero Ganja??? Aku tengok dah macam MariJahanamMan.....LOL!!! Ianya dilancar oleh anak kepada seorang lagenda reggae, Bob Marley iaitu Ziggy Marley pada 20 April 2011. Ziggy Marley berkolaborasi bersama penulis Joe Casey dan dilukis oleh Jim Mahfood

Komik ini mengisahkan tentang seorang "juara dari angkasa lepas" telah tiba di Bumi untuk menyampaikan pesanan yang penting dan pada masa yang sama untuk menyelamatkan planetnya sendiri. Berdasarkan Ziggy Marley, Marijuanaman melambangkan harapan masa hadapan. Harapan dimana kita akan menggunakan kuasa yang telah dikurniakan dengan sebaik mungkin untuk menyelamatkan planet kita.

Album terbaru Ziggy Marley iaitu albumnya solonya yang kelima, Wild and Free dilancarkan bersama-sama dengan pelancaran komik Marijuanaman ini. Jadi, kepada peminat-peminat lagu reggae boleh la cari album dan komik ini sebagai bahan bacaan rasmi. Geng-geng hippies dan reggae pasti teruja dengan berita ini. It's natural man!!! It come from the nature



Tuesday, September 13, 2011

Gamer Commute - Video Adaptasi Game Yang Paling BADASS

Not bad

Video ini dihasilkan dan dilakonkan oleh Freddie Wong dan Brandon Laastch dengan menggunakan special effects yang mengaggumkan. Mereka yang sememangnya pemilik kepada akaun terkenal Youtube, Freddiew, telah mencatat lebih 1.7 juta pageviews hanya dalam masa 3 hari! Walaupun begitu, video ni masih tak dapat menandingi ke 'AWESOME' an video Metal Slug IRL yang aku post dulu. That video deserved lot more pageviews! Papehal, video ni still boleh enjoy.





Sumber: Youtube via freddiew

Saturday, September 3, 2011

Hospital Di Rusia Yang Paling BADASS

It's haunted!!




Gambar ini merupakan gambar sebuah hospital di bandar Vyksa yang terletak di daerah Nizhny Novgorod, Rusia. Ia kelihatan seperti sebuah bangunan tinggal tetapi sebenarnya tidak dan hospital ini masih lagi digunakan. BADASS!!!



Monday, August 29, 2011

Ilustrasi Karakter Feymes Sebagai Zombi Yang Paling BADASS

They're coming to get you!!

Pernah tak korang bayangkan kalau karakter-karakter yang feymes ni jadi Zomba?
Zomba-Zomba.....ZOMBI!!!!




Saturday, August 13, 2011

Toy Story Versi Terminator Yang Paling BADASS

Kolaborasi Pixar dan Skynet? LOL!!

Ini mungkin mimpi ngeri bagi kanak-kanak yang meminati Toy Story. Yelah, daripada comel tukar jadi nampak ganas. Ahahaha...but for me its so BADASS AWESOME!!! Inilah dia Woodinator dan Buzzinator yang telah diubahsuai oleh Peter Clute.




Wednesday, July 20, 2011

Lelaki - Lelaki 'Penarik Lebah' Yang Paling BADASS

Don't try this at home if you not BADASS enough

Sebuah pertandingan 'penarik lebah' telah diadakan di Shaoyang, China pada 16 Julai yang lalu. Ia suatu pertandingan yang mana memerlukan peserta yang betul-betul BERANI sahaja, supaya berdiri diatas penimbang (berat badan akan ditolak) kemudian akan ditimbang seberapa berat lebah yang akan menghinggapi badan peserta yang mengambil bahagian.

Setiap peserta menggunakan ratu lebah yang mereka pelihara sebagai umpan untuk menarik lebah-lebah supaya 'berdamping' dengn mereka. Mereka dikehendaki hanya memakai 'boxer' ketika bertanding. Seorang penternak lebah, Wang Dalin telah mengalahkan Lv Kongjiang selepas berjaya 'menghimpunkan' seberat 26 kg lebah di badannya dalam masa 60 minit. Ternyata, mereka ini sememangnya berani mati. Saluted!!




Koleksi Haiwan Rage yang Paling BADASS

Don't mess with rage animal




Friday, July 15, 2011

Seorang Lelaki Menjadikan Gasolin Sebagai Ubat Selama 42 Tahun

When the medicine doesn't work, gasoline became good!!


Seorang lelaki cina yang bernama Chen Jejun mempunyai tabiat yang amat pelik iaitu ketagihan meminum gasolin yang dipercayai beliau dapat menyembuhkan penyakit ketika mana ubatan moden tidak. Beliau yang tinggal berseorang disebuah pondok di lereng bukit di daerah Shuijang, China, apabila hubungan dengan keluarganya rapuh akibat  desakan oleh keluarganya supaya menghentikan tabiat beliau itu.

Lelaki tua ini juga mengatakan beliau minum sekurang-kurangnya 3 hingga 3.5 liter gasolin setiap bulan bagi mengurangkan kesakitan fizikal yang dialami. Dia telah mendapat bekalan gasolin dari stesen minyak di kaki bukit tempat beliau tinggal. Walaupun beliau tidak dapat menganggarkan berapa banyak gasolin yang sudah beliau minum selama ini, tetapi seorang wartawan Chongqing Evening News menganggarkan beliau telah mengambil gasolin ini sebagai 'minuman ruji' beliau sebanyak 1.5 tan gasolin sejak beliau mula-mula mengamalkan tabiuat ini 42 tahun yang lepas.


Beliau mula menyedari 'khasiat' gasolin ini pada tahun 1969, apabila beliau secara tiba-tiba mengidap penyakit batuk yang teruk dan mengalami kesikatan di dada. Beliau telah mencuba berbagai ubatan, tetapi tidak berkesan. Jadi selepas diberitahu bahawa beliau mungkin mengidap penyakit tuberkulois dan harus minum minyak tanah untuk menyembuhkannya, beliau tidak berfikir panjang untuk mencuba bagi menghilang kan penyakitnya. Selepas mengeuk segelas minyak tanah yang pertama, terasa kesakitan di perut beliau dan terus tertidur. Sejam kemudian apabila beliau tersedar, kesakitan nya telah lega serta merta dan kemudiannya meneruskan 'amalan' minum minyak tanah

Dan pada tahun 2001 beliau telah memutuskan untuk menukarkan minyak tanah kepada gasolin kerana sukar untuk mendapatkan bekalan. katanya, 'khasiat' gasolin adalah sama seperti minyak tanah.

Monday, July 11, 2011

Sisi Gelap Patung Barbie Yang Paling BADASS (NSFW)

Welcome to the gore side of barbie!!


Seringkali kita melihat adik-adik perempuan kita atau kanak-kanak membelai dan bermain anak patung Barbie secara baik dan lemah lembut. Diberikan pakaian yang cantik, 'dikahwinkan' dengan sang putera, bermain masak-masak ibarat seperti kehidupan seorang manusia biasa. Tetapi tidak bagi seorang jurugambar, Mariel Clayton yang membenci anak patung Barbie ini.

Beliau juga mempunyai koleksi patung Barbie, tetapi bukan untuk 'dilayan' seperti manusia, tetapi beliau akan memanipulasikannya atau mengubah tabiat stereotype kanak-kanak didalam bermain Barbie kepada sesuatu yang agak ganas. Jadi mari kita lihat 'sisi gelap' (darkside) anak patung Barbie dari kotak pemikiran Mariel Clayton yang paling hardcore. Enjoy!!




Koleksi Senjata 'Drug Lord' Yang Paling BADASS

Apakah neraka yang kita sedang lihat ini??


Dibawah adalah lamabakan senjata-senjata milik seorang Drug Cartel (tokan dadah). Tidak dapat dipastikan senjata ini kepunyaan siapa yang sebenarnya (mungkin dari Mexico Atau Brazil). Tetapi moral yang terdapat dari gambar dibawah ialah: Don't mess with them!!