nuffnang ads

Wednesday, February 1, 2012

Public Phone Yang Paling Kreatif

"Hey Steve I'm on a pay phone, so if you're there pick up, pick up, pick up, pick up, pick up, pick up, pick up, pick up, well OK, call me back." - Chip Douglas/The Cable Guy (Jim Carrey)

Tu adalah dialog dari movie The Cable Guy (1996). Movie ni adalah tentang seorang Cable Guy yang kesunyian dan psiko yang membesar dengan hanya televisyen ingin mempunyai kawan. Target dia adalah seorang Designer dimana dia bagi saluran TV percuma secara haram. Mula-mula, Designer tu hepi la. Tapi lama-lama Cable Guy ni selalu je mengganggu. Pastu Designer ni pun tension la, langsung terus reject friendship si Cable Guy tu dan kemudian terjadilah pelbagai perkara yang teruk. Kalau nak tau selanjutnye tengok sendiri la cite ni. Tak best la kalo aku cite sume kan? Bagi aku cite ni menarik la dan mesti korang macam keliru dengan tajuk entry ni kan...tapi bukan pasal movie ni yang aku nak cerita. Sebenarnya aku nak tunjuk kat korang pasal Public Phone Yang Paling Kreatif. Saje je nak nampak banyak sikit penulisan tuk entry ni...HOHOHOHO!!! LOL!!! =D


Budak-budak zaman sekarang tahu ke apa itu Public Phone ni? Ada lagi ke kat Malaysia ni? Kalau ada pun banyak yang dah rosak dah aku tengok. Kalau dulu memang ramai la yang guna. Tapi semenjak zaman teknologi dan makin power ni. Sume pakai handphone je kan? Budak sekolah pun dah ada handphone dah la ni. Aku dulu, abes SPM pastu kerja sendiri (time tu aku kerja kejap kat The Store jadi Sales Assistant) baru dapat beli handphone. Untung la budak-budak zaman sekarang. Apa-apa pun jom kite lihat gambar Public Phone dibawah. ENJOY!!!