Lembut Bukan Sebarang Lembut
Ketam adalah krustasia decapod dari infraorder Brachyura, dimana biasanya mempunyai "ekor" yang amat pendek atau di mana abdomennya adalah seluruhnya tersembunyi di bawah thoraks. Mereka umumnya diliputi dengan satu cengkerang eksoskeleton tebal, dan dilengkapi dengan sepasang kuku chelae. Ketam dijumpai di semua lautan dunia, terdapat juga banyak ketam air tawar dan haiwan terestrial, khususnya di rantau tropikal.
Ketam, sinonim dengan cangkerang yang kulitnya keras. Berikutan itu ada di antara kita yang tidak gemar memakan ketam. Kerana jika tersilap langkah, sudah pasti akan tertelan kulitnya dan boleh menyebabkan kecederaan pada tekak. Ada juga yang tergigit kulit ketam sehingga menyebabkan kecederaan pada gusi dan gigi.