Dia
selalu ingin tahu apakah yang akan terjadi selepas dia mati. Adakah benar
kehidupan selepas mati? Atau dunia hanya akan menjadi gelap gelita? Dia sama
sekali tidak takut akan kematian. Ketakutan itu hanyalah cebisan kecil dari
rasa ingin tahunya.
20
tahun lebih hidupnya dihabiskan dengan hanya tertanya-tanya. Pertanyaan dan
tekaan yang hanya akan terjawab apabila kematian tiba. Pertanyaan yang sering
berlegar disetiap ruang fikiran manusia yang sedar. Sedar akan dunia ini
hanyalah sementara. Akan tetapi dia hanyalah tergolong dari golongan minoriti. Manusia
zaman kini sememangnya telah terlupa. Hanyut dalam keseronokan sementara. Setiap
kali dia melihat senyuman dan ketawa yang terukir dari bibir bibir mereka yang
fana, dia akan tertanya tanya, “tidak kah mereka sedar bahawa setiap detik yang
berlalu membawa mereka selangkah kepada kematian?” “tidakkah mereka tertanya Tanya
apakah yang akan berlaku selepas itu?” pertanyaan itu masih tidak terjawab dan
mungkin tidak akan terjawab.
Memikirkan
hidup itu singkat, sesingkat setiap saat yang berlalu, membuatkan dia tidak
sempat untuk tersenyum ataupun ketawa. Tidak sempat untuk berkawan atau
bersosial malah tidak sempat untuk melakukan apa apa. Dia sudah pun lupa
bilakah masanya datang pertanyaan ini. Bilakah dia mula berfikir secara berat
akannya. tapi apa yang pasti, semenjak dari tibanya saat itu, sekolah itu hanya
satu pembaziran masa, duit hanyalah tipu daya dunia, kehidupan bersosial
hanyalah sia sia, dunia ini seakan tiada makna! Apakah fungsi hidup manusia
yang singkat ini? Kenapa wujudnya manusia? Kenapa wujudnya waktu itu ? Kenapa dia
sendiri perlu wujud?!