nuffnang ads

Sunday, January 30, 2011

Tanpa cinta ,aku......


Nama saya hisyam. Saya adalah seorang lelaki normal. Saya bekerja sebagai pengarah disebuah syarikat besar di ibu Negara. Gaji yang saya terima agak lumayan. Saya mempunyai sebuah kereta mewah dan sebuah rumah banglo yang besar disebuah tanah mewah dipinggir ibu Negara. Dirumah saya semuanya dihiasi perabot-perabot yang mewah yang mana saya rasa ramai orang tidak mampu memilikinya. Saya mempunyai ramai kawan yang baik terhadap saya. Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Tua mahupun muda, dan kawan saya terdiri dari pelbagai bangsa. Saya juga dianugerahkan oleh Allah tubuh badan yang sihat dan kuat, memiliki wajah yang agak tampan. Tidak keterlaluan juga saya ingin memberitahu yang saya sentiasa berkongsi harta saya dengan insan yang memerlukan dengan kata lain, saya banyak menderma. Pendek kata saya mempunyai segala-gala nya yang manusia didunia ini inginkan.


Saya gembira, saya bersyukur atas nikmat yang dikurniakan kepada saya. Saya juga sentiasa menunaikan perintah Allah dan insyaallah, kalau ada masa, saya ingin menunaikan haji. Ini semua saya lakukan semata-mata ingin menunjukkan rasa syukur saya kepada Allah atas semua nikmat yang telah diberikan. Saya telah menjalani kehidupan sebegini semenjak tamat ijazah sarjana muda di sebuah universiti terkemuka tempatan dengan kepujian. Saya gembira selama ini.

Tetapi sejak akhir-akhir ini, diri saya ini seperti kosong. seperti tidak mempunyai apa-apa. Saya rasa seperti kehilangan sesuatu ibarat kepingan ‘jigsaw’ yang hilang. Perasaan ini datang secara tiba-tiba. Saya berani bersumpah, bahawa inilah kali pertama terjadi perkara sebegini terjadi terhadap diri saya. Sepanjang masa saya resah, gelisah yang sememang nya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kehidupan saya semakin hari, semakin murung. Prestasi kerja saya juga semakin merosot kerana terlalu asyik berfikir, apakah sebenarnya yang terjadi kepada diri saya. Saya juga banyak menghabiskan masa dirumah dan sentiasa termenung. Saya hidup didalam kesunyian walau pun dilimpahi dengan kekayaan dan kesenangan.

Sudah berbagai-bagai cara telah saya lakukan bagi menghilangkan perasaan sebegini. Sudah bermacam-macam orang telah saya temui bagi menyelesaikan masalah saya, tetapi ia tetap mengecewakan. Saya juga telah mengambil cuti beberapa minggu untuk melancong bagi menghilangkan perasaan ini tetapi perasaan ini terus memburuku. Dan ia berlarutan berbulan-bulan lamanya.

Suatu hari, ketika saya sedang memikirkan nasib saya diatas sofa mewah di ruang tamu rumah saya, saya ternampak sekeping dvd terselit dibawah karpet. Saya curiga, sebelum ini ia tiada. Maka saya pun mengambil dan membelek dvd tersebut. Setelah meramati beberapa lama, kemudian baru saya tersedar bahawa dvd itu sebenarnya sebahagian daripada dvd filem koleksi simpanan saya. Saya temenung, bagaimanakah ia boleh berada disitu sedangkan saya tidak pernah mengalihkannya daripada rak simpanan. Setelah lama merenung cover dvd tersebut. Saya rasa teruja untuk menontonnya kembali. Saya rasa mungkin dengan cara ini saya akan dapat melupakan seketika masalah yang menyelubungi hidup saya.

Setelah memasukkan dvd tersebut didalam dvd player, saya bersandar diatas sofa dan bersedia untuk menontonnya tanpa menyedari 2 jam berikutnya bakal merubah hidup saya.

Setelah tamat filem tersebut. Saya termenung. Saya temenung panjang, seketika kemudian saya menangis, saya menangis sepuas-puasnya. Saya bersyukur kepada Allah, kerana telah memberi petunjuk kepada saya akan penyelesaian segala masalah yang telah saya alami. Dengan linangan air mata, saya menyedari akan apa yang telah menyebabkan diri saya ini kosong, resah, gelisah dan segala kesukaran yang menyeliputi hidup saya selama ini. Melalui filem tersebut, saya telah menyedari bahawa dengan segala kekayaan dan keseronokan yang saya miliki selama ini tidak seiring dengan tuntutan jiwa saya. Tuntutan nafsu saya. Ianya satu perasaan yang telah dikurniakan oleh Allah sebagai nikmat kepada seluruh manusia sejak sekian lama, dan saya tidak memilikinya. Dan perasaan cinta itu ialah perasaan CINTA!

Selama ini saya terlalu sibuk dengan kerja dan kehidupan saya sehinga telah melupakan perasaan tersebut. Saya seringkali menolak perasaan tersebut daripada memiliki hati saya. Sepertimana saya menolak dan menghancurkan perasan beberapa orang wanita yang ingin memiliki hati saya atas alasan sibuk bekerja. Walaupun saya tahu mereka benar-benar cintakan kan saya, inginkan jiwa saya untuk dikasihi dan bukan kerana harta yang saya miliki. Saya telah sakiti mereka, menghancurkan perasaan mereka. Ya Allah, mungkinkah ini balasan Mu terhadap ku yang telah berlaku kejam tehadap hamba mu yang ikhlas? Sesungguhnya aku telah menolak fitrah yang dikurnia kan oleh Mu terhadap semua makhluk yang bergelar manusia. Pada malam itu saya menangis sepuas-puasnya atas kebodohan ku yang hanya mengejar kekayaan dan kejayaan tanpa menyedari bahawa semua itu tidak akan bererti jika tidak diiringi dengan cinta yang sejati.

3 tahun berlalu….

Sekarang kehidupan saya semakin baik. Saya juga telah membuka sebuah restoran di KLCC dan mempunyai beberapa cawangan diseluruh Negara. Alhamdulillah, ini semua atas berkat usaha saya dan isteri saya. Ya, sekarang saya telah berkahwin dengan seorang insan yang sangat saya cintai, dan pernah saya hancurkan hatinya suatu ketika dahulu. Saya begitu bahagia hidup dengannya. Segala kekayaan yang saya miliki menjadi semakin bermakna apabila bersamanya. Saya juga telah mempunyai seorang anak perempuan yang sangat comel dan sedang menunggu kehadiran seorang lagi cahaya mata yang sedang dikandung oleh isteri saya. Dan saya tidak akan sekali-kali menyakiti perasaan nya.

Sekarang baru saya sedar, bahawa harta semata-mata tidak dapat menjamin kebahagiaan dalam hidup tanpa kehadiran cinta sejati. Lebih tepat lagi cinta yang diredhai oleh Allah. Cinta yang terlarang akan membuatkan kita semua semakin merana. Cinta juga tidak akan dapat dinikmati jika hanya kerana nafsu semata. Allah telah menjadikan kita berpasang–pasangan dan dia tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Dia telah menjadikan cinta sebagai satu nikmat kepada manusia untuk berkasih sayang dan bersyukur kepadaNya dengan syarat kita berada di landasan yang telah ditetapkannya. Ingat, jangan sesekali anda menolak cinta kerana ingin mengejar kekayaan dan membina nama semata kerana kelak anda pasti akan merana. Sekian.


p.s: Dapat ilham lepas tengok cerita ‘Eat Pray Love’

Interesting Facts All Around The World (Part 5)

lagi-lagi trivia :



  • Air laut di lautan Atlantik lebih masin dari pada di lautan Pasifik
  • Topeng tokoh Michael Myers di film horor „Helloween‟ sebenarnya adalah topeng tokoh Captain Kirk (Star Trek) yang di cat putih - mereka kekurangan modal.
  • Nama asli butterfly (kupu-kupu) adalah flutterby.
  • 1 bayi lahir setiap 7 saat
  • Satu dari 14 wanita Amerika berambut perang asli. Lelaki pula hanya satu dari 17
  • The Olympic adalah saudara dari kapal Titanic, dan berlayar dengan selamat selama 25 tahun.
  • Saat Titanic karam, 2228 orang ada di dalamnya. Hanya 706 yang selamat
  • Di Amerika, seseorang dikenalpasti menderita AIDS tiap 10 minit. Di Afrika, seseorang meninggal karena AIDS setiap 10 minit
  • Sampai usia 6 bulan, bayi boleh menelan dan bernapas secara serentak. Orang dewasa tidak boleh melakukannya
  • Alasan kenapa di iklan jam kebanyakan jarum menunjuk pukul 10.10, karena jam itu akan kelihatan seperti sedang tersenyum
  • Seiap tahun bulan menjauh 3.82cm dari bumi
  • Saat kita bertahan hidup dan tidak ada bahan makanan, kasut adalah makanan terbaik untuk dimakan karena mengandungi cukup gizi untuk hidup buat sementara waktu.
  • Dalam satu titis air, mengandungi 50 juta bakteria
  • Dengan menaikkan kaki prlahan-lahan dan berbaring tenang dengan punggung lurus, kita tidak akan tenggelam di pasir selut.
  • Satu dari 10 orang hidup di suatu pulau
  • Memakan saderi membuang kalori lebih banyak dari pada kalori yang terkandung dalam saderi itu sendiri

Keajaiban Saintifik Di dalam Al-Qur’an: Keajaiban Susu Ibu


Susu ibu adalah satu sebatian yang tiada tandingan yang diciptakan oleh Tuhan yang merupakan sumber-makanan yang bermutu tinggi bagi bayi yang baru lahir dan merupakan satu sebatian yang meningkatkan kerintangan melawan penyakit. Sekalipun makanan bayi tiruan yang dihasilkan oleh teknologi terkini tidak dapat menggantikan sumber nutrisi ini yang sungguh menakjubkan.

Setiap hari, faedah susu ibu ini kepada bayi ditemui. Satu dari fakta bahawa sains telah menyingkap mengenai khasiat susu ibu ialah bahawa proses penyusuan selama dua tahun selepas kelahiran adalah sangat berfaedah. Tuhan memberikan kita satu maklumat penting yang ditemui oleh sains baru ditemui kini, dengan ayat " susuannya mengambil dua tahun" 1400 tahun lalu.

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah megandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menceraikan (dari susuan) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKu lah tempat kembalimu. (Surah Luqman; 14)


Sumber: Harun Yahya


p.s: ada orang cakap sekarang ni susu ibu dah xrelevan ? sape cakap? meh sini nak luku pale! Sampai dah tua pun best lagi...hik2

Cerita kedai kopi (part 2)

Pukul 9.00 pm

Pada malam ni, macam biasa saya dan kawan-kawan pergi ke kedai kopi untuk melepak dan membazirkan masa sambil berbual tentang topik semasa yang hangat. Tapi malam ni lain sikit. Kitorang dah ada satu topik yang nak dibincangkan. Satu topik yang mana saya dan seorang rakan, Zul telah dicabar kejantanan untuk mendengar nya dan kami sahut semalam. Tapi tak habis cerita. So malam ini kejantanan kami sekali lagi akan diuji oleh Amer, tuan empunya cerita. Malam ni lain sikit,sebab saya dah bawa dua orang backup yang juga telah merasa tercabar akan gertakan Amer. Nama dia Naem (bukan nama sebenar) dan Medan (juga bukan nama sebenar).

Bila masing-masing semua dah order air, Amer mulakan kata-katanya.

“Amacam, dah ready ke belum? Stretching semua dah buat?”. Kata Amer bagi meransang kitorang.

“Alah, ko tak payah nak wat gimik la Mer. Cerita je la.” Zul mencelah

“Tau, ko ni. Walaupun aku tau dah cerita ko ni takde nilai moral, tapi aku nak tengok, sejauh mana mengarutnya cerita tu.” Sampuk Medan yang excited.

“Belum dengar belum tau, ok tapi aku taknak ulang part (klik untuk ke part 1) semalam, korang pandai-pandai la.”

“Bereh!” Jawab kami serentak.

Semalam aku ada cakap aku resah kan? Sebab dia aku tak dengar khabar berita tentang Shafiq sejak dari masa aku amek result SPM dengan dia dulu. Aku taktau apa aku dah buat sampai dia jadi camtu sekali. Takkan lah sebab aku dapat 3A dia jeles kot. Tak mungkin. Aku call dia xdapat, mesej haram balas. Taktau la. Takkan lah dia pergi overseas tak bagitau aku kot. Hmm, bingung aku. Sejak dari tu lah aku sedih, murung dan segala macam penyakit jiwa lah aku dapat. Yelah, dia je satu-satunya member baik aku masa tu.
Aku taktau dah nak buat apa lepas dia mendiam camtu je. Aku bosan tau. Kalau ada dia boleh gak jalan-jalan Bandar ke apa ke. Takpun baru aku baru planning nak cari kerja sekali dengan dia. Tapi semuanya hancus. Terpaksa lah aku meneruskan baki cuti aku sebelum masuk ‘U’ dengan melepak atas katil sambil berangan sepanjang masa. Tapi ada jugakla keluar, dengan family la. Tak pun melepak sorang-sorang kat tepi tasik sambil usha-usha awek. Korang tau je la kan camne kalau usha sekumpulan awek yang cute-cute sorang-sorang.

Interesting Facts All Around The World (Part 4)


  • Ada 318,979,564,000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.
  • Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi
  • Harimau adalah yang terbesar dalam keluarga kucing
  • Nombor “172? boleh didapati di wang kertas 5 dollar amerika, pada gambar semak dibawah Lincoln Memorial.
  • Pohon kelapa membunuh 150 orang tiap tahun. Lebih banyak daripada ikan yu

  • Pada poster film „Pretty Woman‟ Julia Robets terlalu pendek untuk jadi sejajar dengan Richard Gere. Maka mereka menggunakan model Shelley Michelle sebagai tubuh Julia.
  • Daerah kutub kehilangan matahari selama 186 hari dalam setahun
  • Kod Telefon Internasional untuk Antartica adalah 672.
  • Bom pertama sekutu dijatuhkan di Berlin pada perang dunia ke II. Membunuh satu-satunya gajah di Zoo Berlin.
  • Rata-rata hujan jatuh dengan kecepatan 7 batu sejam
  • Leonardo Da Vinci memerlukan masa 10 tahun untuk melukis Mona Lisa. Lukisan itu tidak ditandai dan di beri tarikh. Leonardo dan Mona mempunya susunan tulang yang persis sama dan menurut laporan x-ray, ada 3 versi lukisan dibawah lukisan itu.
  • Nama dari kembar gemini adalah Castor dan Pullox
  • Gerakan Bruce Lee sangat cepat sehingga mereka harus melambatkan filem agar kita dapat melihat semua gerakannya.
  • Satu kilo dari berat badan kita mengandung 7000 kalori
  • Darah sama pekat dengan air laut

p.s: senyuman 'monalisa' tu memang terbaek lah

Keajaiban Saintifik Di dalam Al-Qur’an: Kegelapan Dalam Lautan Dan Ombak Didalam Laut




"Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; gelap gelita yang tindih menindih, apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, dan barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. Surah An-Nur: 40)

Persekitaran umum dasar laut diterangkan dalam sebuah buku bertajuk Ocean.

Kegelapan di dasar laut dan lautan ditemui sekitar kedalaman 200 meter dan ke bawah. Pada kedalaman ini, di sana hampir-hampir tidak terdapat cahaya. Di bawah kedalaman 1000 meter, di sana langsung tidak terdapat cahaya.

Hari ini, kita dapat mengetahui struktur umum mengenai lautan. Sifat-sifat makhluk hidupan di dalamnya, salinisasinya melalui pengetahun tentang kadar kandungan air, kawasan dan kedalamannya. Kapal selam dan peralatan khusus yang dibangunkan dengan teknologi moden, membantu saintis untuk merakamkam maklumat seperti ini.


Manusia tidak mampu menyelam lebih dari 40 meter ke bawah tanpa sebarang bantuan atau peralatan khusus. Mereka tidak dapat bertahan tanpa peralatan di dasar, bahagian yang gelap di lautan, seperti pada kedalaman 200 meter. Atas sebab ini, para saintis hanya akhir-akhir ini mampu menyingkap maklumat terperinci mengenai lautan ini. Bagaimanapun kenyataan 'gelap gelita di lautan yang dalam' telah pun di selitkan di dalam surah An-Nur 1400 tahun dahulu. Ianya sudah pasti satu dari keajaiban Al-Qur'an di mana maklumat seperti ini dikhabarkan ketika di mana tidak ada sebuah peralatan pun yang dapat membantu manusia untuk menyelam ke dasar lautan.

Sebagai tambahan, fakta di dalam ayat 40 surah Nur: gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; menarik perhatian kita kepada satu lagi keajaiban Al-Qur'an.

Para saintis baru-baru ini telah menemui bahawa di sana terdapat gelombang ombak di dalam lautan, yang mana terjadi pada kepekatan sempadan dua permukaan di atas lapisan-lapisan yang mempunyai kepekatan berbeza. Gelombang internal ini melitupi air laut yang dalam kerana bahagian yang jauh ke dalam mempunyai kepekatan yang lebih tinggi dari air yang berada di atasnya. Gelombang internal bertindak seperti ombak di permukaan lautan. Ianya boleh berpecah sama seperti ombak di permukaan. Ombak internal ini tidak dapat dilihat dengan mata manusia, tetapi ia dapat dikesan dengan mengkaji perubahan suhu atau salinisasi pada suatu kedudukan yang diberi.

Kenyataan yang terdapat di dalam Al-Qur'an berbunyi secara mutlak selari kepada penjelasan di atas. Tanpa perlu kepada pengkajian, seorang dapat melihat dengan jelas ombak pada permukaan laut. Tatapi suatu yang amat mustahil bagi seseorang untuk melihat ombak di dalam laut (internal). Sebenarnya, dalam surah Nur, Tuhan menarik perhatian manusia kepada satu lagi jenis ombak yang berlaku di dalam lautan. Suatu yang pasti, fakta ini yang baru ditemui oleh saintis baru-baru ini, menunjukkan sekali lagi bahawa Al-Qur'an adalah kalam Tuhan.


Sumber: Harun Yahya


p.s: Macam mane la agaknya ombak dalam laut? Subhanallah!

Keajaiban penghasilan madu dan sarang lebah


Seekor lebah pekerja dapat hidup selama 4 hingga 6 minggu. Selama tiga minggu selepas dilahirkan ia tinggal di dalam sarang. Tugas pertamanya ialah menjaga lebah - lebah yang sedang membesar. Ia memberi makanan kepada bayi lebah dengan madu dan debunga yang diambil daripada tempat simpanan. Apabila lebah pekerja ini mencecah umur 12 hari, tiba-tiba, lilin lebah mula dihasilkan di dalam badannya. Lilin lebah amat penting kepada lebah, kerana mereka membina sarang dengan lilin ini. 

Korang dapat melihat gambar sarang lebah di atas. Dapatkah korang membina heksagon yang kemas seperti ini tanpa pembaris? Atau, dapatkan sehelai kertas kosong dan lukis bentuk heksagon dari satu penjuru kertas dan seorang kawan korang melukis daripada hujung lain. Dapatkah korang menghasilkan sebuah heksagon yang rapi, di tengah-tengah kertas, tanpa meninggalkan sedikit pun ruang? Pasti korang tidak akan dapat melakukannya, bukan? Untuk melakukannya, korang memerlukan peralatan dan korang perlu melakukan perkiraan yang kompleks. Tetapi, si lebah kecil ini yang baru berusia 12 hari, dapat menghasilkan sebuah sarang lebah yang sempurna. Tambahan pula, ia melakukannya tanpa sebarang peralatan. Setiap lebah memulakan pembinaan heksagon daripada satu sudut, dan bertemu di tengahnya. Korang mungkin dapat mengesan keluasan sarang lebah ini adalah sama. Bagaimanakah seekor lebah melaksanakan satu tugas yang tidak dapat dilakukan oleh seorang manusia dan ia melakukannya dengan cemerlang? Allahlah yang telah membenarkan lebah ini melakukan semua tugas-tugas tersebut. Allah telah menjadikan lebah bersama dengan kelebihan ini.

Mengapakah sarang lebah dibuat dalam bentuk heksagon? Ini juga menjadi satu persoalan, mengapa ia tidak bulat,tiga segi atau berbentuk petak? Ini kerana jika mereka membinanya dengan bentuk selain heksagon akan ada ruang-ruang tertinggal yang tidak digunakan di antara sel-sel; dengan itu, mereka hanya dapat menyimpan kurang madu dan terpaksa membazirkan lilin untuk menampal jurang ini. Sebenarnya, mereka juga boleh menyimpan madu di dalam bulatan atau segi tiga, tetapi heksagon adalah satu bentuk yang mempunyai ukur lilit yang terpendek. Walaupun mempunyai keluasan yang sama dengan bentuk-bentuk lain, tetapi mereka menggunakan kurang lilin untuk membuat sel-sel heksagon daripada apa yang mereka gunakan untuk membuat segi tiga dan bulatan. Dengan kata lain, mereka boleh menyimpan jumlah madu yang maksimum di dalam heksagon dan menggunakan jumlah lilin yang minimum.

 
Tanggungjawab seekor lebah pekerja tidak berakhir di situsahaja. Di antara tugas-tugasnya, sehingga ia berusia 3 minggu, ialah menyimpan jeli diraja dan debunga di dalam sarang madu, memastikan sarang bersih dan membuang lebah mati dan sampah sarap ke luar sarang. Di peringkat akhir tugas 3 minggunya, ia memulakan tugas terakhirnya sebagai pengawal keselamatan dan melindungi sarang tersebut daripada musuh. Apabila tempoh 3 minggu berakhir, lebah tersebut telah cukup mahir untuk mengutip jeli diraja, debunga dan air. Lebah pekerja akan keletihan setelah bekerja tanpa henti 2 hingga 3 minggu dan kemudian mati. Di dalam kehidupan mereka yang singkat, ia bekerja tanpa henti.

Tambahan pula tidak ada siapa pun yang mengajarnya untuk melakukan tugas-tugas mereka. Ia memerlukan kerja keras untuk menghasilkan madu. Contohnya, untuk mengumpulkan satu kilogram madu, 900 ekor lebah perlu bekerja sepanjang hari. Anggaran lain lebih memeranjatkan: untuk menghasilkan 450 gram madu tulen, 17 ribu lebah mesti menghinggapi 10 juta bunga. Ia mula bekerja sebaik sahaja selepas dilahirkan. Tidakkah ini mustahil? Tetapi lebah telah melaksanakan tugas yang mustahil ini, kerana Allah telah menjadikan mereka dengan kebolehan untuk melakukannya.

Lebah dapat menghasilkan madu lebih banyak daripada keperluan mereka. Seperti yang kamu ketahui, lebah menghasilkan madu di dalam badannya. Tubuh kecil mereka ini dapat menghasilkan madu yang mencukupi untuk keperluan mereka dan juga manusia. Tetapi mengapa lebah-lebah ini begitu pemurah? Mengapa mereka tidak memikirkan wang sahaja daripada memikirkan keperluan kita? Madu sangat berkhasiat kepada manusia. Kerana itulah, Allah telah menjadikan lebah bersama kebolehan menghasilkan madu dan memerintahkan mereka untuk menghasilkannya di dalam kuantiti yang banyak.

Allah menyebutkan di dalam Al-Quran: Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan
dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu” (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Surah An-Nahl:68-69)


Sumber: Harun Yahya


p.s: pakar-pakar sains juga terperanjat dengan perkara ini, dan mencari jawapan kepada persoalan bagaimana ketertiban ini dijaga, dan bagaimana sejumlah besar lebah-lebah dapat bekerja bersama dengan begitu baik.