nuffnang ads

Wednesday, December 21, 2011

Sebuah Restoran Arab Saudi Akan Menyaman Pelanggannya Jika Tidak Menghabiskan Makanan Mereka

Saya kelaparan!

Tahukah anda, rakyat Malaysia bazirkan 930 tan makanan sehari. Ini adalah satu jumlah yang sangat besar. Bayangkan jika kesemua 930 tan makanan yang kita bazirkan dalam masa sehari tersebut diberikan kepada negara-negara miskin, ianya pasti dapat membasmi masalah kebuluran yang melanda dinegara-negara tersebut.  Pembaziran makanan ini adalah sesuatu perkara yang sering kita lupa kerana kita telah biasa mendapat kesenangan.


Disebabkan terlalu banyak berlaku pembaziran dimerata-rata dunia, sebuah restoran di Arab Saudi, telah mengenakan caj ekstra keatas setiap pelanggan yang memesan makanan berlebihan. Pemilik restoran Marmar, Fahad Al Anezi, berkata ianya sebagai langkah bagi mengelakkan pembaziran makanan dikalangan pelanggannya. Menurut Al Anezi lagi, setiap hari beliau melihat pelanggannya memesan makanan dengan banyak hanya untuk mengagumkan pelanggan-pelanggan lain. Beliau juga berkata idea untuk menyaman makanan lebihan yang tidak dapat dihabiskan oleh pelanggannya juga telah disokong oleh rakyat Arab Saudi.



Keputusan untuk mengenakan saman ini dibuat setelah membaca berita tentang ramai manusia mati akibat kebuluran di Somalia. Hasil yang dikutip dari saman tersebut akan didermakan kepada negara-negara yang mempunyai masalah kebuluran. Moral dari kisah ini adalah elakkan pembaziran kerana ianya salah satu dari amalan syaitan.

Sumber: gulfnews

Kereta Rekaan Paul 'Hot Rod' Stander Yang Paling BADASS

This is the real deal!!

Manusia zaman sekarang banyak melakukan  perkara gila dalam mengubahsuai kereta mereka. Tetapi kebanyakannya tidak segila Paul Stender, 44, yang telah mengimpal sebuah peluru berpandu diatas bumbung kereta beliau.

Beliau yang berasal dari Indianapolis, Amerika Syarikat, telah mengubah kereta Chevrolet 1967 miliknya bersama isterinya Therese, 29, kepada kereta yang berkuasa jet dengan hanya meletakkan hanya sebuah peluru berpandu. Beliau yang meminta pertolongan rakannya dari Indy Boys Inc. Sebuah syarikat yang mana diketahui pakar dalam mengubahsuai kereta biasa kepada kereta terpantas dan terpelik untuk mengubah keretanya. 



Hasilnya, kereta itu boleh memecut sehingga 300 B/jam!  Sebelum ini, kereta tersebut hanya boleh mencapai 100 B/jam. Bukan itu sahaja, peluru berpandu jenis Jet-Impala 67 yang dilekatkan dibumbung kereta itu juga boleh meninggalkan api sehingga 30 kaki ke belakang dan juga meninggalkan gumpalan asap tebal ke udara apabila ia dihidupkan.

Beliau mendapat idea untuk mengubahsuai keretanya itu berdasarkan kisah dongeng yang mana seorang petani telah mengimpal sebuah peluru berpandu keatas keretanya dan kemudian memecut sehingga terbabas menghentam sebuah gunung. Menurut Stander, Jet-Impala ini diciptakan hanya untuk suka-suka, sebagai jenaka didalam sukan permotoran. “kami telah memberi tahu penonton bahawa kami telah menjumpai sebuah enjin pada hari sebelumnya dan membuatnya kelihatan seperti sebuah misil yang terlekat diatas kereta dengan menggunakan tali. Ianya kelihatan seperti ingin meletup!” katanya. Beliau juga berpakaian seperti seorang petani pada hari perlancaran kereta tersebut sebagai lambang kepada kisah dongeng tersebut.



“Duduk didalam kereta dengan peluru berpandu berada betul-betul diatas kepala anda dengan kepulan asap tebal dan api yang menyala, ia sememangnya menakutkan.” Katanya lagi.



Sumber: jalopnik

Puak Asli Memotong Jari Bagi Melambangkan Kesedihan

What the????



Seringkali kita mendengar ritual-ritual pelik yang diamalkan oleh kaum-kaum asli dari seluruh dunia. Tetapi tahukah anda, bagi kaum asli Dani dari kepulaun Papua, Indonesia, cara untuk mereka meratapi sesebuah kematian adalah dengan memotong sebahagian dari jari-jari mereka.

Bagi ahli puak tersebut, jika terdapat kematian, mereka akan memotong sebahagian dari jari-jari mereka sebagai jalan untuk menunjukkan kesedihan mereka terhadap si mati yang telah pergi. Bukan itu sahaja, mereka juga akan melumurkan lumpur dan abu-abu ke muka mereka bagi melambangkan kesedihan dan kesakitan yang mereka hadapi.



Kebanyakan yang terlibat dalam ritual pelik ini adalah perempuan ini kerana kesedihan dan kesakitan dari pemergian ahli keluarga mereka lebih dirasai oleh golongan wanita. Mereka percaya, dengan memotong jari-jari mereka, semangat jahat yang menghantui roh si mati akan pergi.



Sebelum upacara memotong dijalankan, jari-jari mereka akan di ikat dengan menggunakan tali selama 30 minit supaya jari-jari yang telah dipotong senang untuk dikeringkan sebelum dibakar dan ditanam ditempat yang suci.



Bagi mereka juga, kesakitan yang dialami dari pemotongan jari mereka melambangkan derita dan kesakitan akibat kehilangan orang yang tersayang. Kebiasaannya, hanya kaum keluarga terdekat yang menjalankan ritual ini. Walaubagaimanapun, ritual ini telah diharamkan oleh kerajaan Indonesia pada beberapa tahun yang lalu.
  

Sumber: odditycentral