nuffnang ads

Wednesday, February 16, 2011

Ekspedisi Maut!!



(Amaran: Kisah ini adalah khayalan semata-mata. Tidak ada kena mengena samada yang masih hidup mahupun yang telah mati. Entri ini juga agak panjang. Luangkan sedikit masa anda untuk membacanya.)

Keadaan di hutan di satu kawasan di Sabah pada petang itu agak indah. Bunyi burung-burung yang berkicauan di selang seli dengan bunyi monyet yang sedang bermain-main di atas pokok menambahkan lagi keindahan di hutan tersebut. Hutan tersebut adalah salah satu hutan hujan tropika yang tertua di dunia dan juga merupakan habitat kepada ribuan spesis haiwan dan serangga yang telah sekian lama menghuni di situ. Ia juga menyimpan berbagai-bagai rahsia dan misteri yang masih belum tersingkap. Ditengah-tengah hutan tersebut, kelihatan 4 orang pemuda sedang meredah keindahan alam semula jadi ciptaan tuhan itu. Mereka adalah sekumpulan penyelidik yang sedang meneroka keindahan dan misteri di hutan tersebut.

Sekadar Hiasan

Mereka bukan sekadar meredah hutan tersebut tetapi mempunyai misi untuk mencari dan memburu tumbuh-tumbuhan ataupun bunga-bunga spesis baru yang belum pernah ditemui sebelum ini. Mereka mahu merekod sebanyak mungkin spesis-spesis baru yang mungkin terdapat di dalam hutan hujan yang telah berusia ribuan tahun itu untuk mengkaji dan mengetengahkannya kepada khayalak ramai.

Atas dasar itu, mereka telah berada di dalam hutan tersebut hampir seminggu dan masih belum menemui sebarang spesis tumbuhan baru. Tetapi mereka tidak berputus asa dan mungkin akan meredah hutan tersebut untuk seminggu lagi sebelum pulang ke ibu Negara.