Waktu malam memang menjadi lumrah bagi saya untuk membazirkan masa di kedai kopi. Memang itu lah rutin harian saya bersama rakan-rakan. Memang pantang la kalau tak dapat keluar melepak, silap haribulan boleh demam.
Sampai je dekat kedai kopi, first sekali kitorang mesti port dekat meja luar. Kedai tu besar, ada bahagian luar dan dalam. Bahagian dalam agak crowded kalau dah sampai waktu kemuncak untuk melepak. Duduk luar dapat menghirup udara segar. Bila dah port baik, masing-masing keluarkan segala benda yang ada dalam poket (berat kot). Henset, kunci kereta, lighter dan kotak rokok john sorang satu(saya sorang je sebenarnya). Abes berselarak atas meja. 2-3 minit pastu datang la sorang brader nak amek order. Dialog dia tiap-tiap malam sama je, xpernah nak tukar. Ayat keramat dia,”minum pe?” sambil buat muka letih. Kitorang bese nya tak terus order. Tengok keliling dulu air apa yang orang lain tengah minum agak-agak best baru order.tapi tak banyak beza pun menu air kitorang tiap2 malam. Yang wajib ada teh tarik, barli suam, radix ais dengan teh ‘o’ halia (rare sikit minum ni). Pastu brader tu pun ulang lagi dialog keramat dia, “makan?” serentak kitorang geleng. Makan angin je sudah. Pastu baru la kitorang mula membuka cerita-cerita panas.
Ada satu malam ni, member saya nama dia Amer (bukan nama sebenar) dia nak open topik malam ni. Dia telah mengatakan bahawa ini adalah sebuah kisah benar yang agak tragis dan beliau juga telah memberi amaran kepada saya dan rakan supaya tabah untuk mendengar kisahnya kerana cerita ini mungkin akan menganggu pemikiran dan jiwa saya dan rakan. Saya terfikir, apakah yang tragis sekali sehingga memerlukan jiwa yang kental untuk mendengarnya. Tanpa berfikir panjang dan merasakan cerita itu tidak mempunyai kesan mendalam saya terus berkata,
”hah,apa tunggu lagi, cerita je lah.”
Amir pun berkata,
”Ok, aku cerita. Tapi aku tak tanggung kalau ko dapat demam kure , xpun tekanan jiwa. Ok?”
Kawan saya yang sorang lagi tu nama dia zul (bukan nama sebenar),”Eleh koya lak mamat ni”.
“ Cerita je la, banyak bunyi pulak” kata saya.
Ok, ceritanya begini.......