nuffnang ads

Showing posts with label Yang Paling COOL. Show all posts
Showing posts with label Yang Paling COOL. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

"Parrot AR. Drone" Pesawat Kawalan Jauh Yang Paling COOL!!!

I want this with MISSILES!!!!

Inilah dia pesawat kawalan jauh generasi baru, "Parrot AR. Drone". Jadi kepada iFag, anda kini boleh la nak berlagak kerana pesawat kawalan jauh ini boleh dikawal dengan menggunakan iPhone atau iPad. Tapi hendaklah melalui Wi-Fi network. So, aku assume benda ni tak boleh terbang jauh dan tinggi sangat la...sebab kena ada dalam range Wi-Fi tu je la.


Parrot AR. Drone ni dilengkapi dengan kamera depan dan kamera bawah yang High-Def!!! So, kita boleh membuat rakaman video. Boleh la nak skodeng orang guna benda ni. LOL!!! =D

Monday, December 26, 2011

Watak Kartun Membesar Yang Paling COOL

Pernah tak korang tengok kartun seperti Spongebob, Hey Arnold! dan Monster inc? Pernah tak korang bayangkan sekiranya watak-watak kartun tersebut membesar? Bagaimana agaknya rupa mereka kan? So seat back and ENJOY!!!


                                               

 Monster inc - Boo & Mike



Dexter's Laboratory - Dexter

Monday, September 26, 2011

Game Tersusah Di Dunia Yang Paling COOL!!

We Dare You To Finish It!!!

Game ni diberi nama The Worlds Hardest Game. Ianya merupakan game jenis flash media yang direka oleh MTV's Addicting Games. Walaupun ianya tidak tersenarai dalam World Guiness Record tapi korang semua boleh cuba main game ni dan kemudian korang boleh nilai sendiri senang atau susahnya game ni.

Game ni boleh dimainkan dalam 3 mode iaitu, easiest, hard dan impossible. Ianya ada 30 level semuanya dan anda boleh mati sebanyak mana yang anda mahu. Jadi pasti ramai yang fikir game ni senang. Tapi belum cuba belum tahu kan? Aku dah try dah. Boleh tahan la susahnya. Ahahahaha!!!! (Padahal aku lepas 5 level je...setakat ni la...mane nanti aku cube boleh pegi lagi jaoh kan?? hehehe...)

Cara nak main game ni simple je. Petak kecil yang berwarna merah itu adalah anda dan anda perlu bergerak dari petak hijau ke petak hijau yang satu lagi. Elakkan dari terlanggar bulat kecil yang berwarna biru dan anda perlu mengambil bulat kecil yang berwarna kuning. Grafik game ni dalam bentuk 2D. Lihat gambar-gambar dibawah:




Wednesday, September 21, 2011

Evolusi Rambut Wanita Dalam Masa 4 Minit Yang Paling COOL

Women, Y U So Mystery?

Cool! mari kita lihat video yang memaparkan evolusi rambut wanita dari zaman dulu hingga sekarang yang meliputi berbagai jenis gaya rambut dari berbagai kaum, tamadun, agama dan budaya dari seluruh dunia hanya dalam masa 4 minit! Enjoy!





Sumber: Youtube Via Maxronanldo

Superhero Fetuses - Gambaran Superhero Semasa Mereka Masih Bayi Yang Paling COOL

Dang, this is not right!

Alexandre Nicolas adalah seorang pereka dari Perancis telah menghasilkan beberapa patung fetus/embrio/bayi superhero-superhero terkenal. Dengan berbekaskan kristal sintetik, 'bayi-bayi hebat' ini dipertontonkan di Hey! Modern Art & Pop Culture yang bakal berlangsung pada 4 mac, 2012 di Muzium Halle Saint-Pierre di Pari, Perancis. Ianya memang cool tetapi bagi aku ianya tidak bertepatan dengan 'fakta sebenar' kebanyakan superhero-superhero tersebut kerana mereka semua lahir dalam keadaan normal sehinggalah mereka ditimpa kecelakaan dan seterusnya mendapat kuasa istimewa. Walaubagaimanapun, patung sebegini memang cool, Enjoy!



Monday, September 19, 2011

Super Pixel Bros - Super Mario Dalam Versi 64 Pixel Yang Paling COOL

this is nice!

Brad Slattery telah mereka sebuah game yang sangat mirip kepada game Super Mario dengan hanya menggunakan skrin 64 pixels yang diberi nama Super Pixel Bros. Ya, ianya sangat simple dan mungkin juga mendatangkan ketagihan sama seperti game mario. walaubagaimanapun aku rasa, ianya tidaklah se'awesome' mario yang sebenar. kadang-kadang aku tak boleh terima game yang terlalu minimalis tapi ia boleh menghilangkan rasa bosan. Nak tau lebih lanjut bagaimana game ini direka? Boleh ke SINI.










Sumberbradsprojects

Saturday, September 17, 2011

T Shirt Untuk Setiap Tahap Dalam Kehidupan Kita Yang Paling COOL

your life was not good enough

Setiap manusia mempunyai kehidupan sendiri dan setiap manusia juga pasti mempunyai tahap-tahap berbeza didalam kehidupan masing-masing. Tetapi bagaimana jika setiap tahap kehidupan seseorang itu diabadikan ke atas sehelai baju T? Jika anda seorang yang awesome, maka awesome la T shirt anda dan jika anda seorang yang nerd, maka T shirt anda boring as hell. Dan dibawah adalah contoh yang sesuai.




Sumber: collegehumor 

Tuesday, September 13, 2011

9 Sweater Famous Sepanjang Zaman Yang Paling COOL

i want that freddie krueger sweater, EPIC!

Here's the 90's coolest and famous sweater of all times..Don't know the characters? Just google it.



Thursday, September 8, 2011

Fotografi Gambar Lama Dirakam Pada Persekitaran Masakini Yang Paling COOL

past time memories in present time enviroment 

Sebuah laman web, Dear Photograph, adalah sebuah laman yang mana pembaca akan menghantar sekeping gambar yang terdapat gambar lama disesuaikan dengan persekitaran masakini. Ia dilakukan dengan cara yang paling menarik apabila persekitaran pada gambar lama dirakam di tempat yang diambil gambar dahulu. Tak paham? tidak mengapa, tengok dulu gambar-gambar dibawah, kemudian baru anda tahu fotografi sebegini sememangnya cool. Ianya lebih kurang seperti Drawing On Life yang pernah aku post dulu. Enjoy!



Monday, September 5, 2011

Angry Birds Versi Real-Life Yang Paling COOL

Korang semua tahu tak game Angry Birds tu? Alah....game yang burung tembak binatang oink! oink! tu. Sekarang ni kita semua boleh main real-life Angry Birds yang bersaiz gergasi!!! Tapi kat sebuah taman tema yang terletak di Changsha, ibu negeri Hunan, selatan-tengah China. Kalau korang nak main korang kena pergi sana la. Kat Malaysia takde lagi.




Friday, September 2, 2011

Movie Poster Dari Lego Yang Paling COOL

Lego is not just for kids anymore

Lego adalah sejenis alat permainan bongkah plastik kecil yang terkenal di dunia khususnya bagi golongan kanak-kanak atau remaja tidak kira lelaki mahupun perempuan. Bongkah-bongkah ini serta kepingan lain boleh disusun menjadi apa-apa model. Kereta, kereta api, bangunan, kota, patung, kapal, kapal terbang, kapal angkasa serta robot, semuanya boleh dibuat. Alat permainan ini dikeluarkan oleh Kumpulan LEGO dari Denmark


Kini, diatas kekreatifan manusia, Lego telah digunakan bagi meniru poster-poster movie yang telah sedia ada. COOL!!! Enjoy!!







Wednesday, August 31, 2011

Computersiele Museum - Muzium Untuk Konsol Video Game Yang Paling COOL

This is heaven for gamers!

Untuk para gamers sekalian, sebuah musium unik yang diberi nama Computersiele museum (Muzium Komputer Game) telah dibuka di Berlin, Jerman pada Januari lalu. Mengapa ianya sesuai untuk gamers? Ini kerana di muzium tersebut, ianya memang direka khas untuk menyimpan vintage hardware, perisian yang menarik dan lebih dari 300 video game termasuklah game arcade pertama, Computer Space, yang telah dikeluarkan pada 1971 yang mana ianya adalah sebuah produk yang gagal.

Salah satu dari dinding muzium tersebut telah diletakkan dengan 50 buah konsol game buatan tangan yang popular ketika 1951. Untuk gamer yang tegar, mereka pasti teruja untuk melihat Commodore 64, Game Boy versi original dan Super Nintendo (dipersembahkan didalam case berwarna hijau neon) yang popular pada 90-an kerana semuanya dipamerkan disitu. Bukan itu sahaja, disitu juga terdapat konsol game yang pertama di dunia yang dicipta oleh Ralph Baer pada hujung 60-an yang diberi nama Brown Box dan merupakan prototaip kepada sistem gaming yang dikenali sebagai konsol Magnavox Odyssey. Baer, yang kini berkerja sebagai penjaga muzium tersebut berpendapat kanak-kanak pada masa kini lebih mengenali PSP, Xbox dan juga konsol-konsol game yang lain tanpa mengetahui asal usul video game ini. dan mereka perlu mengetahui bagaiman cepatnya perubahan berlaku sejak dari zaman kegemilangan game ciptaan Atari, iaitu Pong.

Dibahagian lain di muzium tersebut terdapat satu tempat yang diberi nama Wall Of Game Milestone, yang mana terdapat lebih dari 50 buah game yang banyak memberi pengaruh kepada grafik, muzik dan genre game  masakini. Diantaranya ialah Pac-Man, Street Fighter 2 dan juga Sonic The Hedgehog. Aku pasti ramai dikalangan kita pernah mengabiskan masa untuk bermain game-game tersebut.

Muzium tersebut sebenarnya telah dibuka sejak 90-an lagi tetapi telah ditutup pada tahun 2000 atas sebab-sebab tertentu dan kemudiannya dibuka semula pada januari lalu. Muzium ini terletak di timur Berlin yang mana bangunan sekarang dahulunya adalah Cafe Warsaw




Saturday, August 27, 2011

Fotografi Peperangan Afghanistan Menggunakan I-Phone Yang Paling COOL

canon? nikon? Hell no!

Untuk mengambil sesebuah gambar yang menarik dan berkualiti tidak semestinya menggunakan kamera yang berharga ribuan ringgit, cukup sekadar dengan menggunakan i-Phone jika anda menggunakan teknik yang betul. Ya, hanya i-Phone. Sama seperti yang dilakukan oleh jurnalis terkenal, Balazs Gardi. Beliau yang berada di Afghanistan semasa peperangan sedang meletus, telah merakam beberapa gambar 'intimate moments' mangsa perang dan askar-askar amerika dan merupakan gambar yang paling 'rapat' dengan peperangan tersebut. Beliau merakamkan gambar-gambar epik tersebut khas untuk  foreign policy magazine. Saksikan sajalah gambar-gambar yang penuh dengan mesej ini. Enjoy




Thursday, August 25, 2011

Gambar Sekitar Pusat Akuatik London Untuk Olimpik 2012 Yang Paling COOL

this is nice!

Olimpik 2012 sudah semakin hampir. Sekarang diseluruh dunia sedang giat menamatkan pusingan kelayakan di peringkat yang terakhir. Didalam usaha memburu tempat kesana, pernah kita semua mengetahui venue-venue yang telah disediakn untuk temasya sukan yang berprestij ini? Jadi untuk membuka mata kita, mari kita lihat Pusat Akuatik di London yang dibina khas untuk temasya sukan Olimpik 2012 akan datang. Ianya rekaan seorang arkitek berbakat, Zaha Hadid yang terletak di Olympic Park London. 

Pusat akuatik yang sangat menarik ini terdapat 2x 50 meter kolam renang dan sebuah 25 kolam terjunan dengan papan anjalnya dibina menggunakan konkrit yang telah direka secara melengkung yang berbentuk seperti lidah yang sedang terjelir. Pusat ini juga akan menjadi tempat bagi semua acara renang yang akan dipertandingkan kelak termasuk terjunan dan polo air. Pusat ini boleh menampung sehingga 17,500 penonton dalam satu-satu masa. Rekaan atapnya yang unik melambangkan ombak telah dibina dengan menggunakan aluminium, berukuran 160 meter panjang dan 90 meter lebar. Pusat itu juga bakal menjadi bangunan mercutanda pada temasya itu nanti dan pengunjung yang melawat Olympic Park pasti akan menemui bangunan yang tersergam indah ini dahulu. 




Wednesday, August 24, 2011

Boxers - Fotografi Sebelum Dan Selepas Perlawanan Tinju Yang Paling COOL

So messed up

Kita semua tahu bahawa perlawanan tinju adalah sebuah perlawanan yang agak ganas. jika seseorang peserta itu keluar dari gelanggang, pastinya akan terdapat darah, peluh dan luka. Jarang perseta yang keluar dalam keadaan bersih sepertimana sebelum mereka masuk ke gelanggang. Jadi, atas sebab itulah seorang artis seni dari Denmark, Nicolai Howalt telah memulakan satu siri projek yang telaha dinamakan 'Boxers', yang mana beliau akan merakam gambar setiap peninju pada sebelum dan selepas mereka bertarung. Kita boleh lihat darah yang mengalir dan wajah kepenatan mereka. Kebanyakan yang telah dirakam beliau adalah masih begitu muda yang mana mungkin sesetengah orang akan merasa terganggu melihat luka-luka darah yang mengalir di muka seorang budak. I don't know what to say, but every photo is raw and artistic. Enjoy! 




Tuesday, August 23, 2011

Genetic Potraits - Gabungan Dua Wajah Ahli Keluarga Yang Paling COOL

How much do you and your family members really look alike?

Hasil penggambaran yang menarik ini telah dilakukan oleh seorang pereka grafik dan jurugambar, Ulric Collette. Beliau yang berasal dari Canada ini telah mendapat satu idea untuk membuat satu siri gambar genetik  bagi meneroka persamaan wajah antara ahli keluarga. Oleh itu, beliau telah memanggil dua orang ahli keluarga, diambil gambar mereka berdua kemudian digabungkan menjadi satu. Hasilnya, tidak banyak perbezaan rupa antara dua ahli keluarga tersebut melainkan yang berbeza hanya penampilan. Dan beliau menamakan siri ini sebagai 'Genetic Potraits'. Enjoy!




Tapak Permainan Di Atas Bumbung Apartment Yang Paling COOL

Menarik tapi menggayatkan

Tapak permainan yang cool ini direka oleh JDS Architects dan telah berada dibeberapa apartmen di Copenhagen. Kawasan ini sememang tempat yang cool untuk sekeluarga chill pada waktu petang atau pada waktu-waktu lain. Terdapat gelongsor, kawasan lapang dan macam-macam lagi. Walaupun begitu, ianya terletak di atas bumbung yang mana tidak bersesuaian untuk mereka-mereka yang gayat. 



Animasi Infografik - Video Tentang Badak Sumbu Yang Paling COOL

This is nice!!


Video yang menarik ini telah dihasilkan oleh Earth-touch. Ianya adalah kesinambungan dari infografik bertajuk sama yang mereka hasilkan terlebih dahulu. Terdapat info-info menarik tentang badak telah diketengahkan bagi meningkatkan kesedaran akan kesengsaraan badak di Afrika. Apapun banyak fakta yang boleh kita dapat dari animasi infografik ini. Enjoy! 





Sumber: coolinfographics

Monday, August 22, 2011

Video Random Oleh Tyler Cullen Yang Paling COOL

Style gila video ini! 


Ya, aku tahu ini adalah slowpoke stuff, tapi aku tak kira. Nak post jugak. Video yang cool ini dihasilkan oleh Tyler Cullen, beliau yang telah bertanya kepada random peoples di New York yang sedang memakai Headphone, apakah lagu yang sedang mereka dengar. Perjalanan, strangers dan kompilasi lagu yang membuatkan video ini menarik. Video ini sangat cool sehingga ramai yang telah berinspirasi darinya untuk membuat video yang lebih kurang sebegini, tetapi versi berlainan. Tak paham maksud aku? Korang tengok je video ni. Enjoy!







Sumber: thisiscolossal

Friday, August 19, 2011

Origami Miniatur Oleh Anja Markiewicz Yang Paling COOL


How did she do it?!

Pernahkah kamu semua membuat origami? bagi yang kayu macam aku ni memang menganggap pembuatan origami ni susah apatah lagi origami yang super nano seperti dibawah. Pastinya mustahil bagi aku, tapi tidak bagi Anja Markiewicz. Beliau yang sememangnya menggilakan seni origami, telah memilih kertas yang kelebarannya lebih kurang seinci untuk melipat origami yang sangat kecil ini. Walaupun begitu, hasilnya sungguh memuaskan. Beliau telah melipat berbagai jenis origami dalam versi nano ini termasuklah kuda, anjing, angsa dan banyak lagi. Jika anda tertarik dengan origami ini dan mahu tengok dengan lebih banyak, bolehlah melawat akaun Flickr beliau. Enjoy!