nuffnang ads

Saturday, March 5, 2011

ANGGARAN KEKUATAN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM) (PROUD TO BE MALAYSIAN)



Jika entri lepas aku ada menyenaraikan anggaran kekuatan Tentera Darat Malaysia (Klik SINI),  kali ini aku nak senaraikan anggaran kasar kekuatan dan kelengkapan peperangan yang dimiliki oleh Tentera Udara Di Raja Malaysia(TUDM). Mereka inilah yang kita sandarkan tugas untuk menjaga kedaulatan udara, laut dan darat negara kita yang tercinta ini. Tugas mereka agak berat dan kita pasti tertanya-tanya, adakah kelengkapan jet-jet ataupun pesawat-pesawat yang dimiliki Tentera Udara kita mencukupi untuk menjaga udara kita? Jadi di bawah adalah senarai kelengkapan dan keupayaan jet-jet pejuang dan pesawat-pesawat yang di miliki oleh Tentera Udara Malaysia (Anggaran Kasar). 



1. Ada yang bertanya kepada saya, sama ada Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) mempunyai kelebihan jika berlaku pertempuran udara dengan China atau Singapura.

2. Ini merupakan soalan yang popular memandang jumlah pesawat tempur yang dimiliki oleh TUDM sangat kecil berbanding ratusan yang dimiliki oleh Singapura, jumlah itu terdiri dari 18 SU-30 MKM, 17 MIG 29, 27 pesawat Hawk 108 dan 208, lapan Hornet F-18D serta beberapa buah  F-5E Tiger.

3. Isunya, apa benar memiliki jumlah pesawat yang kecil merupakan satu kekurangan yang sangat melumpuhkan keperluan pertahanan negara, ia mungkin benar tetapi ada sedikit perbezaan dalam konteks Singapura dengan Malaysia

4. Sebelum itu saya perlu ingatkan, Indonesia turut memiliki SU-30 dan SU-27 bagaimanapun ia merupakan pesawat standard dan tidak diupgrade sepenuh.

5. Pesawat Sukhoi Indonesia juga tidak mempunyai peluru berpandu Beyond Visual Range (BVR) dan tidak mempunyai kebolehan untuk membuat serangan pada waktu malam (Hanya Malaysia, Singapura dan Thailand sahaja yang mempunyai keupayaan membuat serangan waktu malam di Asia Tenggara).