nuffnang ads

Wednesday, February 2, 2011

Air Yang Dicincang Tidak Akan Putus (Part 2)

Part 1 (klik sini)



Seminggu telah berlalu. Kesihatan hussin semakin tenat. Luka sudah semakin sembuh, tetapi hussin mengalami kerosakan hati akibat dipukul dengan objek keras berkali-kali ke dada nya. Akhirnya dia telah dimasukkan ke dalam hospital.
Sekadar Hiasan

Sejak hari pertama hussin mengalami kesakitan sehinggalah dia dimasukkan ke hospital, adiknya hassan sentiasa berada disisinya. Makan, minum hussin, semuanya disediakan olehnya. Hassan tidak pernah bosan menjaga abangnya. Walaupun ketika menjaganya, abangnya sering mengarah hassan macam-macam, malah masih lagi mencaci  adiknya itu. Hassan sedih, walaupun dalam keadaan tenat sebegitu, abangnya masih lagi dengan perangai lama. Hassan sangat-sangat berharap semoga abangnya berubah.

Hussin tidak begini sebelum kematian ibu bapanya. Hussin adalah seorang abang yang penyayang. Sentiasa mengambil berat tentang adiknya. Mereka sentiasa bersama dalam setiap perkara yang mereka buat. hassan juga sentiasa menyokong dan sentiasa menaikkan semangat adiknya itu. Tetapi semua itu berubah selepas kematian kedua ibu bapanya. Hassan merindui saat-saat indah seperti dulu.

Setelah hampir dua minggu berada di wad kecemasan, keadaan hussin semakin tenat. Doktor telah mengatakan bahawa peluang untuk hidup adalah tipis melainkan terdapat penderma hati untuknya. Hassan terkedu, dia bingung. Bagaimanakah caranya untuk menyelamatkan abangnya. Sejak dari itu, hassan sentiasa menangis mengenangkan nasib abangnya. Beliau juga telah memaafkan segala kesalahan abangnya. Dia tidak sanggup melihat abangnya dalam begitu.


Hak anda apabila ditahan polis

Sekadar hiasan

Pagi tadi aku ada tengok MHI, diorang ada bincang pasal hak-hak kita bila ditahan polis. Topik ini sangat menarik kerana kita semua berkemungkinan akan ditahan polis samada sebagai pesalah, orang yang dituduh (okt) ataupun sebagai saksi. Kita mesti pikir, “watpe aku nak tau semua ni, aku bukannya jahat.” Tapi kita mesti ingat, sekarang ni macam-macam boleh berlaku. Takut-takut ada gak polis yang salah guna kuasa atau nak cari duit lebih ke, sekurang-kurangnya kita tahu jugak hak kita supaya tak tertipu. Macam ada sorang kawan aku ni, dia ditahan walaupun dia tak bersalah pape, dah kena duk penjara sehari tak pasal-pasal. So, dibawah ni adalah serba ringkas tentang hak-hak kita apabila ditahan polis:

  1.    Kita boleh bertanyakan pangkat/no anggota jika mereka tak pakai uniform. Minta pengenalan mereka. (mana tau kot-kot diorang pakai pagoda je tahan kita, dapat gak tau dia tu kaki kencing ke tak). Kalau diorang keluarkan kad:

*kalau boleh catatkan (mana tau nak gi ajak ngeteh ke, takpun buat ‘cable’, sekarang ni kan zaman ‘cable’. Senang sikit)

Ketika kita ditahan, polis hanya boleh tanya kita NAMA, NO K/P dan ALAMAT. Jika tidak ada waran atau sebab, blah terus.

Bagaimana  Nak tahu macam mana kita ditahan?
  • ·         dari segi percakapan (you are under arrest!),
  • ·         perbuatan (polis datang je, terus gari)
  • ·         pertanyaan (aku kene tahan ke? Aah! Wadafak!)

 *Jangan lupa tanya alasan/sebab kenapa ditahan.


2.  Boleh membuat panggilan kepada ahli keluarga atau peguam. (takut terlepas cakap sesuatu sebagai bukti). Kita juga boleh tanya nak pergi balai mana. Jangan balai bomba sudah. 

3.  Mempunyai hak berdiam diri (akur,pasrah, redha jika kita ditangkap atas sebab yang musabab jika tidak mahu polis menggunakan kekerasan kerana mereka mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan)


Maklumat Kejadian Di Masa Hadapan Di Dalam Al-Qur'an Mengenai Kemenangan Byzantin. (Kerajaan Rom Timur)

Gambar Menunjukkan Tanah jajahan Byzantin

  
Sepotong ayat menarik yang terdapat di dalam Al-Qur'an mengenai masa hadapan dapat dilihat dalam ayat pertama surah Rom, yang merujuk kepada empayar Byzantin, bahagian timur kerajaan Roman yang ada dahulu. Dalam ayat ini, ianya dinyatakan bahawa empayar Byzantin menemui kekalahan yang besar tetapi kemudianya ia mendapat kemenangan.

"Alif, Lam, Mim. Telah dikalahkan bangsa Rom. Di tanah yang paling rendah di permukaan bumi, dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam berapa tahun. Bagi Allah lah urusan sebelum dan sesudah.”( Surah Ar-Rum: 1-4.)

Ayat ini diturunkan lebih kurang tahun 620 sebelum masihi, hampir 7 tahun selepas kekalahan teruk kerajaan kristian Byzantin di tangan kerajaan penyembah berhala Persia. Tetapi ia didedahkan di dalam ayat tersebut bahawa kerajaan Byzantin akan mendapat kemenangan kembali dalam masa yang singkat. Sebenarnya, Byzantin telah awal lebih sengsara menanggung kerugian yang besar yang kelihatan seolah-olah amat mustahil baginya, bahkan untuk kekal bertahan, untuk menang kembali. Bukan sahaja Persia, tetapi Avar, Slav, dan Vonhard juga memberikan ancaman yang besar kepada empayar Byzantin. Kerajaan Avar telah pun menjangkau dinding kota Konstantipol. Maharaja Byzantin Heraklius telah memerintahkan supaya meleburkan emas dan perak di gereja-gereja untuk mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan ketenteraan, apabila semua ini masih tidak mencukupi bahkan patung-patung gangsa juga dileburkan untuk tujuan yang sama. Banyak gabenor-gabenor memberontak menentang Heraklius. Dan empayar ketika itu berada dalam kedudukan hampir roboh. Mesopotamia, Alicik, Syria, Palestin, Mesir dan Armenia yang pada asalnya berada di bawah jajahan Byzantin, telah pun diceroboh oleh Persia. 
 

Keajaiban Saintifik Di dalam Al-Qur’an: Angin Penyuburan

Sekadar Hiasan

Dalam sepotong ayat Al-Qur'an, ciri-ciri 'penyuburan' dalam angin, dan formasi hujan sebagai hasilnya disebutkan;

“Dan Kami telah meniupkan angin yang menyuburkan dan Kami turunkan hujan dari langit lalu kami beri minum kamu dengan air itu” (Surah al-Hijr;22.)

Dalam ayat ini, dinyatakan bahawa peringkat pertama dalam pembentukan hujan ialah angin. Sehingga awal abad ke 20, hubungan antara angin dan hujan yang hanya diketahui ialah angin berfungsi menurunkan hujan. Bagaimanapun, penemuan meterologikal moden telah menunjukkan peranan 'penyuburan' angin dalam pembentukan hujan.

Gambaran fungsi penyuburan angin ini adalah seperti berikut;

Pada permukaan lautan dan laut-laut, apabila gelombang udara pecah, beribu-ribu zarah halus, dengan diameter sekecil satu dari beratus millimeter naik ke udara. Zarah-zarah ini, dikenali sebagai 'aerosol', bersebati dengan debu dari daratan melalui angin, dan dibawa ke lapisan atmosfera yang lebih tinggi. Zarah-zarah ini dibawa ke altitud yang lebih tinggi oleh angin sehingga kemudian bersebati dengan wap air di atas sana. Wap air menyahwap disekeliling zarah-zarah ini dan bertukar menjadi titisan air. Titisan air ini pertamanya akan bercantum dan membentuk awan, dan kemudian jatuh sebagai titisan hujan ke bumi.

Seperti yang dilihat, angin 'menyuburkan' wap air yang berselerakan di udara dengan zarah-zarah yang dibawa dari laut, dan akhirnya membantu pembentukan gumpalan awan.

Sekiranya angin tidak memiliki sifat ini, titisan air di atmosfera tidak akan terbentuk, dan di sana tidak akan wujud hujan.

Fakta yang paling penting di sini ialah bahawa peranan penting yang dimainkan oleh angin dalam pembentukan hujan telah dinyatakan berabad lamanya dalam ayat Al-Qur'an, ketika manusia hanya mengetahui sedikit sekali mengenai fenomena semulajadi.

Sumber: HarunYahya

p.s: Bayangkan jika dunia ini tiada hujan.

KELEBIHAN MEMOTONG KUKU



RASULULLAH S.A.W BERSABDA : Barang siapa yang mengerat kukunya pada;

Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad
: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit..

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.