Dia
selalu ingin tahu apakah yang akan terjadi selepas dia mati. Adakah benar
kehidupan selepas mati? Atau dunia hanya akan menjadi gelap gelita? Dia sama
sekali tidak takut akan kematian. Ketakutan itu hanyalah cebisan kecil dari
rasa ingin tahunya.
20
tahun lebih hidupnya dihabiskan dengan hanya tertanya-tanya. Pertanyaan dan
tekaan yang hanya akan terjawab apabila kematian tiba. Pertanyaan yang sering
berlegar disetiap ruang fikiran manusia yang sedar. Sedar akan dunia ini
hanyalah sementara. Akan tetapi dia hanyalah tergolong dari golongan minoriti. Manusia
zaman kini sememangnya telah terlupa. Hanyut dalam keseronokan sementara. Setiap
kali dia melihat senyuman dan ketawa yang terukir dari bibir bibir mereka yang
fana, dia akan tertanya tanya, “tidak kah mereka sedar bahawa setiap detik yang
berlalu membawa mereka selangkah kepada kematian?” “tidakkah mereka tertanya Tanya
apakah yang akan berlaku selepas itu?” pertanyaan itu masih tidak terjawab dan
mungkin tidak akan terjawab.
Memikirkan
hidup itu singkat, sesingkat setiap saat yang berlalu, membuatkan dia tidak
sempat untuk tersenyum ataupun ketawa. Tidak sempat untuk berkawan atau
bersosial malah tidak sempat untuk melakukan apa apa. Dia sudah pun lupa
bilakah masanya datang pertanyaan ini. Bilakah dia mula berfikir secara berat
akannya. tapi apa yang pasti, semenjak dari tibanya saat itu, sekolah itu hanya
satu pembaziran masa, duit hanyalah tipu daya dunia, kehidupan bersosial
hanyalah sia sia, dunia ini seakan tiada makna! Apakah fungsi hidup manusia
yang singkat ini? Kenapa wujudnya manusia? Kenapa wujudnya waktu itu ? Kenapa dia
sendiri perlu wujud?!
Seluruh
kehidupan nya selepas itu hanyalah dihabiskan untuk termenung. Tiada lagi kawan
buatnya. Kehidupan dia menjadi kosong serta merta. Kemurungan menjadi sahabat
utama. Makanan hanya untuk kelansungan hidup sahaja. Keluarganya dipinggirkan
sahaja. Kehidupan dia hanyalah teringat kan mati. Bertanyakan detik selepas
kematian. Pertanyaan itu menjadi semakin kuat apabila setiap detik berlalu. Takut
dan teruja bercampur baur. Pertanyaan yang hanya boleh dijawab sekali sahaja. Tidak
ada jalan kembali. Setiap saat cukup menyiksakan.
Pada
malam ini, seluruh pertanyaan itu semakin pudar. Semakin luput dari kotak
fikirannya. Rasa takut dan cemas mula menyelubunginya. Rasa sejuk mula dirasai.
Nafas dan degupan jantungnya semakin perlahan. Masa tidak boleh diputarkan
kembali. Jawapan akan pertanyan dari seluruh kehidupannya hanyalah selangkah
sahaja daripadanya.
Dia
kini terbaring ditepi katilnya dengan berlumuran darah. Pergelangan tangannya
terkulai memancutkan darah. Terlentang sebilah pisau disisinya. Dia akhinya
memilih jalan singkat untuk bertemu dengan jawapannya. Jawapan kepada persoalan
yang menyiksakan keseluruhan hidupnya. Apa yang akan dihadapinya itu pastinya
tidak akan dapat diceritakan kepada sesiapa.
Dia
secara tiba tiba sedar, jalan singkat ini adalah salah dan yang paling menakutkan
ialah tiada jalan kembali!
Terketar
ketar badanya. Peluh memercik keluar dari setiap liang romanya. Kesejukan menghampiri
kerongkong. Satu cahaya silau memancar dihadapan matanya. Dia menjerit sekuat
kuatnya.
Didalam hati!
No comments:
Post a Comment