Padil ada ketikanya amat cemburu melihat rakan-rakannya yang lain semuanya sudah mempunyai buah hati masing-masing. Hanya dia sahaja yang masih single ketika ini. Rakan-rakannya juga selalu perli beliau kerana sehingga sekarang, beliau tidak mempunyai teman wanita walaupun dia mempunyai bentuk muka yang agak huduh giler smart. Pernah seorang rakan memerli padil dengan mengatakan,
“ ko ni pegi la cari sorang awek. Nak harapkan fouziah gous tu nak kat ko, sampai mati pun tak dapat.” Padil ketika itu sangat gila-gilakan pelakon fouziah gous.
Sekadar Hiasan |
“aku bukannya taknak, tapi xde yang sangkut. Gune umpan salah kot.” Jawab padil mem’backup’kan dirinya.
Begitulah kehidupan seharian padil yang asyik dibayangi oleh rakan-rakannya yang semuanya sedang hangat bercinta. Dia juga selalu ditinggalkan keseorangan di rumah sewanya apabila rakan-rakannya keluar untuk melepaskan nafsu rindu. Akhirnya padil bertekad, dia tidak akan menjual mahal dan menerima sesiapa sahaja yang sanggup bersama dengannya.