Seminggu telah berlalu. Kesihatan hussin semakin tenat. Luka sudah semakin sembuh, tetapi hussin mengalami kerosakan hati akibat dipukul dengan objek keras berkali-kali ke dada nya. Akhirnya dia telah dimasukkan ke dalam hospital.
Sekadar Hiasan |
Sejak hari pertama hussin mengalami kesakitan sehinggalah dia dimasukkan ke hospital, adiknya hassan sentiasa berada disisinya. Makan, minum hussin, semuanya disediakan olehnya. Hassan tidak pernah bosan menjaga abangnya. Walaupun ketika menjaganya, abangnya sering mengarah hassan macam-macam, malah masih lagi mencaci adiknya itu. Hassan sedih, walaupun dalam keadaan tenat sebegitu, abangnya masih lagi dengan perangai lama. Hassan sangat-sangat berharap semoga abangnya berubah.
Hussin tidak begini sebelum kematian ibu bapanya. Hussin adalah seorang abang yang penyayang. Sentiasa mengambil berat tentang adiknya. Mereka sentiasa bersama dalam setiap perkara yang mereka buat. hassan juga sentiasa menyokong dan sentiasa menaikkan semangat adiknya itu. Tetapi semua itu berubah selepas kematian kedua ibu bapanya. Hassan merindui saat-saat indah seperti dulu.
Setelah hampir dua minggu berada di wad kecemasan, keadaan hussin semakin tenat. Doktor telah mengatakan bahawa peluang untuk hidup adalah tipis melainkan terdapat penderma hati untuknya. Hassan terkedu, dia bingung. Bagaimanakah caranya untuk menyelamatkan abangnya. Sejak dari itu, hassan sentiasa menangis mengenangkan nasib abangnya. Beliau juga telah memaafkan segala kesalahan abangnya. Dia tidak sanggup melihat abangnya dalam begitu.