nuffnang ads

Friday, September 23, 2011

Girls vs Boys: Pengurusan Masa

Who Will Be The Winner??

Zaman sekarang memang pelik. Perempuan nak jadi lelaki. Lelaki pulak ada yang nak jadi perempuan. Dunia oh dunia. Apa la nak jadi sekarang? Korang agak-agak kalau perempuan lawan lelaki, siapa la yang agaknya akan menang? Masing-masing punye kelebihan sendirikan....so just wait and see~~



Ni bukan apa, aku just nak tunjukkan perbezaan antara lelaki dan perempuan in term of time management.....bende ni tak semestinya betul...but most of it look like this....you decide who is better...don't be bias okay....huhuhuhu!!!

Akodessewa Market - Pasaraya Buat Pengamal Voodoo Di Togo

Kedai khas untuk pawang-pawang sekalian

Akodessewa market di Togo adalah salah satu kedai yang menyediakan keperluan bagi pengamal Voodoo yang terbesar di Afrika dan juga didunia. Pengamalan Voodoo ini telah bermula di Barat Afrika sebelum kebanyakan dari mereka telah dibawa ke Amerika untuk dijadikan sebagai hamba. Voodoo ini amat terkenal di Togo, Ghana dan Nigeria yang mana ramai dari mereka mempercayai bahawa segala kesakitan dan masalah boleh diselesaikan dengan menggunakkan bahagian-bahagian dari haiwan melalui pelbagai kaedah dan upacara pelik dikendalikan oleh pengamal voodoo. Dan untuk mendapat barangan keperluan untuk melakukan upacara tersebut ialah dengan berkunjung ke Akodessewa.

Walaupun dari jauh kedai ini kelihatan seperti kawasan biasa yang dihiasi dengan perabot yang diperbuat dari kayu, tetapi apabila mendekatinya anda akan melihat banyak tengkorak-tengkorak, kulit-kulit dan ekor-ekor haiwan-haiwan yang terpilih disitu. Apabila sampai disitu, anda akan dipelawa oleh penjaga kedai tersebut untuk diberikan layanan dan dijadikan sebagai petunjuk didalam kawasan itu. Penjual kedai itu telah mengumpul barangan-barangan yang diperlukan oleh pengamal voodoo dari setiap pelusuk di barat Afrika dan tidak kira apa masalah anda, mereka pasti mempunyai barangannya. Mereka juga mendakwa barangan disitu boleh menyembuhkan kesemua penyakit dan masalah didunia ini.

Jika anda tidak berminat dengan cara perubatannya sekalipun, tempat ini berbaloi untu dilawati sebagai tempat eksotik kerana terdapat barangan pelik dan juga terdapat berbagai tengkorak haiwan. Anda juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana cara penggunaan barangan disitu dan herba apa yang sesuai bagi setiap penyakit. Tetapi bagi umat islam, kesemua ini adalah jalan ikhtiar untuk mendapatkan penyelesaian kerana segala-galanya datang dari Allah.



Kompilasi Kucing 'Halimunan' Yang Paling LUCU

No matter how much cats fight, there always to be plenty of kittens - Abraham Lincoln




Thursday, September 22, 2011

Gambar Letusan Gunung Berapi Shinmoedake Yang Paling DAHSYAT

Volcano: A Mountain With Hiccups

Gunung berapi Shinmoedake terletak di selatan Jepun antara wilayah Miyazaki dan Kagoshima. Letusan gunung berapi ini berterusan selama beberapa hari. Asap-asap dan debu-debu yang keluar setinggi lebih kurang 2000 meter dan keadaan sekeliling bandar habis dilitupi debu-debu gunung berapi tersebut. Kejadian ini menyebabkan lalu lintas menjadi huru-hara dan semua tanaman rosak. Hampir semua aspek kehidupan penduduk sekeliling terjejas. Pergh....kesian boh...siap ade letusan gunung berapi berkilat lagi....