nuffnang ads

Tuesday, March 1, 2011

Cinta Sejati Yang Terlerai

Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menghilangkan sedikit kegelisahan di dalam diri Zaki. Dia yang dari tadi menunggu kekasihnya di tepi sungai asyik termenung melihat kejernihan air yang tidak berhenti mengalir itu. Sesekali dia terlihat ikan melompat di tengah sungai tersebut. Di tebingnya pula kelihatan dua orang kanak-kanak membaling batu ke tengah sungai bertanding siapakah yang paling jauh dapat membaling batu itu.

Zaki hanya bersandar dibawah pokok yang redang melihat telatah dua orang budak tersebut. Sesekali dia melihat jam tangannya dan memandang ke kiri dan kanan sambil berharap kekasihnya akan tiba. Di dalam hatinya berselirat dengan perasaan berdebar. Entah mengapa dia berasa begitu. Sedangkan mereka telah hampir 5 tahun berpasangan dan bermadu kasih bersama. Baginya, setiap pertemuan ibarat pertemuan yang pertama. Dia sentiasa akan berasa berdebar-debar dan gelisah menunggu kehadiran kekasihnya yang bernama Laila. 

Sekadar Hiasan

Sedang Zaki berkhayal memikirkan nasibnya, satu suara lembut menyapa kelekaan Zaki,

“hai awak, dah lama tunggu?”

Khayalan Zaki terhenti, dia segera berpaling kebelakang. Kelihatan Laila berdiri di belakangnya sambil tersenyum. Pada hari itu Laila memakai baju kurung berwarna putih cerah dengan selendang melilit lehernya yang jinjang. Kulitnya yang putih menyerlahkan lagi keayuannya apabila dipadankan dengan baju tersebut. Rambutnya yang hitam bersinar dan panjang hingga ke bahu ditiup angin yang sepoi di tambah dengan dedaun yang berguguran jatuh di sekelilingnya membuatkan Laila kelihatan seperti bidadari yang turun dari syurga. Zaki tersenyum lebar melihat kekasih hatinya sudah berada disisinya.


Monday, February 28, 2011

MISTERI TENTANG DUA PRESIDEN (REPOST)





Misteri dibalik kematian presiden Lincoln dan Kennedy diantaranya seperti yang ada dibawah ini:
- Abraham Lincoln terpilih sebagai anggota Kongres pada tahun 1846.
- John F. Kennedy terpilih sebagai anggota Kongres pada tahun 1946.
- Abraham Lincoln terpilih sebagai Presiden Amerika pada 1860.
- John F. Kennedy terpilih sebagai Presiden Amerika pada 1960.
- Nama Lincoln dan Kennedy sama-sama terdiri dari tujuh huruf.
- Keduanya sama-sama mengambil berat masalah hak-hak sivil.
- Isteri kedua-duanya sama-sama kehilangan anak di Rumah putih.
- Keduanya di tembak pada hari Jumaat. Kedua-duanya ditembak di kepala.
- Setiausaha Lincoln bernama Kennedy. Setiausaha Kennedy bernama Lincoln.
- Kedua-duanya dibunuh oleh penduduk dari Wilayah Selatan.
- Kedua-duanya digantikan oleh orang Wilayah Selatan.
- Pengganti mereka bernama Johnson.



- Andrew Johnson, yang menggantikan Lincoln lahir pada 1808.
- Lyndon Johnson, yang menggantikan Kennedy lahir pada 1908.
- John Wilkes Booth, pembunuh Lincoln lahir pada tahun 1839.
- Lee Harvey Oswald, pembunuh Kennedy lahir pada tahun 1939.
- Nama kedua-dua pembunuh terdiri dari tiga nama.
- Nama kedua-dua pembunuh tersebut sama-sama terdiri dari 15 huruf.
- Kedua-dua pembunuh itu lari dari sebuah pawagam dan tertangkap di sebuah gudang.
- Boot tertangkap di sebuah gudang setelah berupaya memboloskan diri dari sebuah pawagam.
- Oswald tertangkap di sebuah pawagam setelah sebelumnya berupaya memboloskan diri dari sebuah gudang.
- Booth dan Oswald dibunuh sebelum mereka diadili.

Dan ini yang paling unik?..

- Seminggu sebelum Lincoln ditembak, ia berada di Kota kecil Monroe, di wilayah Maryland.
- Seminggu sebelum Kennedy ditembak, ia berada bersama Marylin Monroe.

Believe it or Not?

Sunday, February 27, 2011

MIND BLOWING PHOTO MANIPULATION

Himpunan gambar-gambar yang 'RARE' di bawah adalah rekaan Erik Johansson. Beliau sememangnya mempunyai bakat dan imaginasi yang tinggi dalam 'memanipulasikan' sesebuah gambar. Papehal, gambar2 beliau memang AWESOME!! sehingga boleh 'membelitkan' minda anda. Enjoy..






Saturday, February 26, 2011

MALAM YANG JAHANAM


(Amaran: Diadaptasi dari kisah benar dan ditokok tambah bagi menyedapkan cerita. Watak-watak asal juga diubah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Jika terdapat persamaan, ia hanyalah secara kebetulan dan tidak disengajakan.)


Syafiq yang ketika itu sedang lena dibuai mimpi indah terjaga serta merta. Beliau dikejutkan dengan satu suara jeritan yang mengerikan.

“Ah sape plak ni yang terpekik memalam buta ni, aku tengah sedap mimpi dating ngan fouziah gous ni. aduh.” Kata Syafiq sambil terduduk di tepi sofa di rumah sewanya.

Beliau yang keletihan apabila pulang dari kerja tertidur di sofa selepas hanya menghempaskan dirinya beberapa minit akhirnya dikejutkan dengan suara jeritan yang agak kuat. Dia kemudian terduduk dan bingung melihat seorang wanita yang hanya berpakaian baju kurung dan tidak memakai sarung terduduk sambil berteriak tak tentu hala seperti diserang histeria. Rambut wanita itu kelihatan kusut dan serabut ditambah pula mukanya yang comot serta tidak dikenalinya membuatkan Syafiq bertambah bingung.


Sekadar Hiasan

 Kelihatan empat orang rakannya mengelilingi wanita tersebut untuk mententeramkan wanita itu. mereka semua kelihatan pana dan bingung sama seperti Syafiq.

“Pssst, Khairul. Sini jap. Pehal tu? Sape dia tu? Awek ko ke?!” Syafiq memanggil seorang rakannya dan bertanya.

“Ishh, mane ade. Aku tak kenal pun minah tu. Dia tiba2 je datang kat sini. Pastu menjerit. Mane aku tau!” jawab Khairul dengan lantang.

“Hmm aku ingat ko punye awek frust ngan ko lepas xnak tanggungjawab membuntingkan die. Hehehe.”

“Cis, banyak la ko. Wei, cube ko pegi tanye die pehal. Aku tak berani doe!”

Ah ko ni, harap je muke cam barua, tapi penakut. Meh sini aku settlekan.”

Syafiq kemudiannya melangkah dengan penuh control macho kearah wanita tersebut dengan tujuan untuk mententeramkannya setelah  empat orang rakanya gagal berbuat sedemikian.