Himpunan gambar-gambar yang 'RARE' di bawah adalah rekaan Erik Johansson. Beliau sememangnya mempunyai bakat dan imaginasi yang tinggi dalam 'memanipulasikan' sesebuah gambar. Papehal, gambar2 beliau memang AWESOME!! sehingga boleh 'membelitkan' minda anda. Enjoy..
nuffnang ads
Sunday, February 27, 2011
Saturday, February 26, 2011
MALAM YANG JAHANAM
(Amaran: Diadaptasi dari kisah benar dan ditokok tambah bagi menyedapkan cerita. Watak-watak asal juga diubah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Jika terdapat persamaan, ia hanyalah secara kebetulan dan tidak disengajakan.)
Syafiq yang ketika itu sedang lena dibuai mimpi indah terjaga serta merta. Beliau dikejutkan dengan satu suara jeritan yang mengerikan.
“Ah sape plak ni yang terpekik memalam buta ni, aku tengah sedap mimpi dating ngan fouziah gous ni. aduh.” Kata Syafiq sambil terduduk di tepi sofa di rumah sewanya.
Beliau yang keletihan apabila pulang dari kerja tertidur di sofa selepas hanya menghempaskan dirinya beberapa minit akhirnya dikejutkan dengan suara jeritan yang agak kuat. Dia kemudian terduduk dan bingung melihat seorang wanita yang hanya berpakaian baju kurung dan tidak memakai sarung terduduk sambil berteriak tak tentu hala seperti diserang histeria. Rambut wanita itu kelihatan kusut dan serabut ditambah pula mukanya yang comot serta tidak dikenalinya membuatkan Syafiq bertambah bingung.
![]() |
Sekadar Hiasan |
Kelihatan empat orang rakannya mengelilingi wanita tersebut untuk mententeramkan wanita itu. mereka semua kelihatan pana dan bingung sama seperti Syafiq.
“Pssst, Khairul. Sini jap. Pehal tu? Sape dia tu? Awek ko ke?!” Syafiq memanggil seorang rakannya dan bertanya.
“Ishh, mane ade. Aku tak kenal pun minah tu. Dia tiba2 je datang kat sini. Pastu menjerit. Mane aku tau!” jawab Khairul dengan lantang.
“Hmm aku ingat ko punye awek frust ngan ko lepas xnak tanggungjawab membuntingkan die. Hehehe.”
“Cis, banyak la ko. Wei, cube ko pegi tanye die pehal. Aku tak berani doe!”
“Ah ko ni, harap je muke cam barua, tapi penakut. Meh sini aku settlekan.”
Syafiq kemudiannya melangkah dengan penuh control macho kearah wanita tersebut dengan tujuan untuk mententeramkannya setelah empat orang rakanya gagal berbuat sedemikian.
Friday, February 25, 2011
7 ELEVEN TOP SECRET?!
7-Eleven ialah sebuah francaisor, pelesen, dan pengendali rangkaian kedai serbaneka antarabangsa yang juga, sejak Mac 2007, menjadi rangkaian kedai terbesar dalam semua kategori setelah mengatasi McDonald's dengan 1,000 cawangan. Kedai-kedainya terletak di 18 buah negara, dengan pasaran-pasaran terbesar di Jepun, Amerika Syarikat, Taiwan dan Thailand.
7-Eleven ialah anak syarikat SEVEN & I HOLDINGS CO. di Jepun.
Antara tawaran-tawaran 7-Eleven termasuk produk label persendirian, termasuk Slurpee, iaitu minuman separa beku yang diperkenalkan pada pertengahan 1960-an, dan Big Gulp, iaitu minuman ringan yang diisi dalam cawan besar yang bersaiz antara 20 dan 64 auns bendalir.
Kedai-kedai 7-Eleven di Malaysia dimiliki oleh CONVENIENCE SHOPPING SDN. BHD. (CSSB) yang kini mengendali kira-kira 800 buah kedai di seluruh negara dan berancang untuk mengembang sehingga 1000 cawangan. 7-Eleven di Malaysia ditubuhkan pada 4 Jun 1984 oleh BERJAYA GROUP BERHAD.
Thursday, February 24, 2011
ANGGARAN KEKUATAN TENTERA DARAT MALAYSIA (PROUD TO BE MALAYSIAN)
Kita sebagai penduduk malaysia, negara sentiasa saja mempunyai ancaman dari negara-negara luar terutamanya dari Singapura dan Indonesia. Jadi untuk menjadi sebuah negara yang selamat, kita mempunyai tentera ternsendiri seperti Tentera Darat Malaysia untuk menjaga keamanan negara kita dari segala ancaman luar. Tetapi persoalannya disini, adakah kekuatan tentera kita cukup kuat untuk menahan segala ancaman ataupun peperangan (jika terjadi) yang berlaku di negara kita? Adakah tentera kita mampu bersaing dengan tentera-tentera negara lain termasuk Singapura dan Indonesia? Adakah kelengkapan tentera kita maju, moden dan setanding dengan negara lain? Persoalan ini sering membuat aku tertanya-tanya. Di bawah adalah anggaran kepada kekuatan (termasuk kelengkapan senjata dan kelengkapan peperangan yang lain) Tentera Darat Malaysia (TDM) yang diberi kepercayaan untuk menjaga kedaulatan negara Malaysia ini.
Tentera Darat Malaysia kini mempunyai kelengkapan dan kekuatan seperti berikut :
ANGGOTA TETAP (Regular) : 100,000 orang
PASUKAN SIMPANAN TENTERA DARAT : 50,000 orang
Pada masa ini Tentera Darat mempunyai 4 Divisyen Infantri Tempur di bawah pemerintahan Markas Medan Tentera Darat. Formasi Tentera Darat disusun menjadi pasukan seperti berikut :
3 Divisyen Infantri (2 Div, 3 Div dan 4 Div) di Semenanjung
- Markas 2 Divisyen Infantri, Kem Tun Razak, Bukit Gedong, Pulau Pinang
- Markas 3 Divisyen Infantri, Kem Terendak, Melaka
- Markas 4 Divisyen Infantri, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur
1 Divisyen Infantri (1 Div) di Sabah dan Sarawak
- Markas 1 Divisyen Infantri, Kem Bukavu Satok, Kuching
Divisyen Infantri ditubuhkan daripada 10 buah briged infantri dan 1 Briged Mekanis. 1 Briged Para dan 1 Grup Gerak Khas (Briged) diletakkan di bawah naungan dan perintah Markas Tentera Darat. Divisyen 3 (3 Div) kini dalam proses pengubahsuaian menjadi satu pasukan unit menyeluruh (Combined arms) dengan unit-unit tempur infantri, armor, artileri dan pasukan udara.
Unit-unit Tentera Darat Malaysia mempunyai kekuatan berikut :
- 26 Batalion Infantri Standard
- 4 Batalion Infantri Ringan (Light Infantry)
- 3 Batalion Infantri Para
- 4 Batalion Infantri Mekanis
- 1 Batalion Infantri Bantuan
- 5 Rejimen Armor (4 Rejimen IFV, 1 Rejimen Kereta Kebal CVR(T) dan 1 Skuadron Para)
- 16 Rejimen Artileri (4 Rejimen Pertahanan Udara, 2 Rejimen MLRS, 1 Rejimen Artileri Para dan 9 Rejimen Artileri Medan)
- 3 Rejimen Gerak Khas
- Batalion Serangan Udara (Air Assault) dalam perancangan penubuhan
Rejimen Askar Wataniah mempunyai 16 Rejimen Infantri (Siri 500) dengan setiap Rejimen mempunyai 3 Batalion Infantri. Anggota Simpanan Rejimen Askar Wataniah berjumlah 50,000 orang diletakkan dalam 60 batalion (Rejimen Askar Wataniah).
Subscribe to:
Posts (Atom)