nuffnang ads

Friday, February 18, 2011

20 Selebriti Paling Hodoh Di Dunia

Didunia ni ada macam-macam jenis manusia. Termasuklah yang hensem/cute dan juga tidak terkecuali yang HODOH. Dibawah adalah senarai selebriti yang TAK HENSEM/TAK CANTIK LANGSUNG sepanjang zaman :

(1)

WELL, OF COURSE MICHAEL JACKSON


 (2)

MARILYN MANSON


 (3)

JOCELYN WILDESTEIN


 (4)

MICHAEL BERRYMAN


 (5)

DJ QUALLS

COOL FACTS ABOUT YOUTUBE (Infographic)

Taknak cakap banyak, yang penting trivia tentang YOUTUBE memang  AWESOME!!


Sumber: Vizworld

Interesting Facts All Around The World (Part 11)

Sekadar Hiasan

  
  • Wanita berkedip dua kali lebih banyak dari lelaki. 
  • Nama Jeep (jip) diampil dari singkatan “GP”, bahasa militari untuk General Purpose.
  • Orang yang menggunakan tangan kanan, kira-kira, 9 tahun lebih panjang umur dari orang kidal 
  • Jika semua emas di dalam laut ditambang, setiap manusia di dunia masing-masing boleh mendapat emas 20kg  
  • Jika hati manusia berhenti bekerja, manusia akan mati dalam 8 hingga 24 jam 
  •  “Quidnunc” adalah sebutan untuk orang yang selalu ingin tahu gosip terbaru.  

Sekadar Hiasan
  • Jika matahari tiba-tiba padam, 8 minit diperlukan bagi manusia untuk menyedarinya. 
  • Leonardo Da Vinci yang mencipta gunting, helikopter, dan banyak alat lainnya. 
  • Abjad untuk Hawaiian ada 13 sahaja - A,E,I,O,U,H,K,L,M,N,P,W - yang dipanggil okina.
  • 25% dari tulang manusia ada di kaki. 

Sekadar Hiasan
  • David Sarnoff adalah orang yang menerima signal Titanic dan meyelamatkan ratusan nyawa. Dia akhirnya menjadi ketua rangkaian radio, the National Broadcasting Company (NBC). 
  • Kira-kira 100 orang tersedak ballpoint tiap tahun. 
  • Jika kita terkunci diruang yang kedap udara, kita akan lebih dulu mati keracunan karbon dioksida daripada kekerangan oksigen 
  • Jika kita kehilangan satu mata, kita akan kehilangan 1/5 dari pengelihatan kita dan kehilangan seluruh persepsi tentang kedalaman objek.  205. Berdiri lama tanpa membengkokkan lutuk sama sekali akan membuat kita pengsan

Wednesday, February 16, 2011

Ekspedisi Maut!!



(Amaran: Kisah ini adalah khayalan semata-mata. Tidak ada kena mengena samada yang masih hidup mahupun yang telah mati. Entri ini juga agak panjang. Luangkan sedikit masa anda untuk membacanya.)

Keadaan di hutan di satu kawasan di Sabah pada petang itu agak indah. Bunyi burung-burung yang berkicauan di selang seli dengan bunyi monyet yang sedang bermain-main di atas pokok menambahkan lagi keindahan di hutan tersebut. Hutan tersebut adalah salah satu hutan hujan tropika yang tertua di dunia dan juga merupakan habitat kepada ribuan spesis haiwan dan serangga yang telah sekian lama menghuni di situ. Ia juga menyimpan berbagai-bagai rahsia dan misteri yang masih belum tersingkap. Ditengah-tengah hutan tersebut, kelihatan 4 orang pemuda sedang meredah keindahan alam semula jadi ciptaan tuhan itu. Mereka adalah sekumpulan penyelidik yang sedang meneroka keindahan dan misteri di hutan tersebut.

Sekadar Hiasan

Mereka bukan sekadar meredah hutan tersebut tetapi mempunyai misi untuk mencari dan memburu tumbuh-tumbuhan ataupun bunga-bunga spesis baru yang belum pernah ditemui sebelum ini. Mereka mahu merekod sebanyak mungkin spesis-spesis baru yang mungkin terdapat di dalam hutan hujan yang telah berusia ribuan tahun itu untuk mengkaji dan mengetengahkannya kepada khayalak ramai.

Atas dasar itu, mereka telah berada di dalam hutan tersebut hampir seminggu dan masih belum menemui sebarang spesis tumbuhan baru. Tetapi mereka tidak berputus asa dan mungkin akan meredah hutan tersebut untuk seminggu lagi sebelum pulang ke ibu Negara.