nuffnang ads

Wednesday, February 16, 2011

Ekspedisi Maut!!



(Amaran: Kisah ini adalah khayalan semata-mata. Tidak ada kena mengena samada yang masih hidup mahupun yang telah mati. Entri ini juga agak panjang. Luangkan sedikit masa anda untuk membacanya.)

Keadaan di hutan di satu kawasan di Sabah pada petang itu agak indah. Bunyi burung-burung yang berkicauan di selang seli dengan bunyi monyet yang sedang bermain-main di atas pokok menambahkan lagi keindahan di hutan tersebut. Hutan tersebut adalah salah satu hutan hujan tropika yang tertua di dunia dan juga merupakan habitat kepada ribuan spesis haiwan dan serangga yang telah sekian lama menghuni di situ. Ia juga menyimpan berbagai-bagai rahsia dan misteri yang masih belum tersingkap. Ditengah-tengah hutan tersebut, kelihatan 4 orang pemuda sedang meredah keindahan alam semula jadi ciptaan tuhan itu. Mereka adalah sekumpulan penyelidik yang sedang meneroka keindahan dan misteri di hutan tersebut.

Sekadar Hiasan

Mereka bukan sekadar meredah hutan tersebut tetapi mempunyai misi untuk mencari dan memburu tumbuh-tumbuhan ataupun bunga-bunga spesis baru yang belum pernah ditemui sebelum ini. Mereka mahu merekod sebanyak mungkin spesis-spesis baru yang mungkin terdapat di dalam hutan hujan yang telah berusia ribuan tahun itu untuk mengkaji dan mengetengahkannya kepada khayalak ramai.

Atas dasar itu, mereka telah berada di dalam hutan tersebut hampir seminggu dan masih belum menemui sebarang spesis tumbuhan baru. Tetapi mereka tidak berputus asa dan mungkin akan meredah hutan tersebut untuk seminggu lagi sebelum pulang ke ibu Negara.

Monday, February 14, 2011

SMS Dari Kubur

Amaran: Kisah ini adalah khayalan semata-mata. Tidak ada kena mengena samada yang masih hidup mahupun yang telah mati. Entri ini juga agak panjang. Luangkan sedikit masa anda untuk membacanya.)


Padil ada ketikanya amat cemburu melihat rakan-rakannya yang lain semuanya sudah mempunyai buah hati masing-masing. Hanya dia sahaja yang masih single ketika ini. Rakan-rakannya juga selalu perli beliau kerana sehingga sekarang, beliau tidak mempunyai teman wanita walaupun dia mempunyai bentuk muka yang agak huduh giler smart. Pernah seorang rakan memerli padil dengan mengatakan,

“ ko ni pegi la cari sorang awek. Nak harapkan fouziah gous tu nak kat ko, sampai mati pun tak dapat.” Padil ketika itu sangat gila-gilakan pelakon fouziah gous.


Sekadar Hiasan
 “aku bukannya taknak, tapi xde yang sangkut. Gune umpan salah kot.” Jawab padil mem’backup’kan dirinya.

Begitulah kehidupan seharian padil yang asyik dibayangi oleh rakan-rakannya yang semuanya sedang hangat bercinta. Dia juga selalu ditinggalkan keseorangan di rumah sewanya apabila rakan-rakannya keluar untuk melepaskan nafsu rindu. Akhirnya padil bertekad, dia tidak akan menjual mahal dan menerima sesiapa sahaja yang sanggup bersama dengannya.

Saturday, February 12, 2011

Fakta Yang Mungkin Korang Tak Tahu Tentang Michael Jackson

Mungkin topik ini dianggap lapuk atau dah basi bagi sesetengah orang, tapi bagi aku topik mengenai michael jackson takkan lupus ditelan zaman kerana rekod dan pencapaian dalam bidang muzik adalah terlalu hebat dan tidak dapat dibayangi oleh artis-artis sekarang. Justeru aku berminat untuk memaparkan kembali trivia-trivia menarik sepanjang karier Jacko ini. Mungkin ramai kebanyakan antara kita dah mengetahuinya, so pada sesiapa yang tak berminat, korang boleh berlalu dengan senang hati. 


  • untuk mendapatkan kesihatan kulit wajah dan hidup lebih lama, Michael Jackson pernah  menggunakan katil yang mengandungi gas oksigen untuk tidur
Patung Mesir
  • Bentuk muka Jacko selepas pembedahan plastik adalah ilham dari sebuah patung Mesir.
  • Mempunyai kawan bernama Buble iaitu sekor cimpanzi
  • mengidap satu penyakit kulit yang sangat jarang ditemui. Penyakit ini dipanggil Alpha-1 kekurangan antitrypsin di mana hanya satu daripada 8000 orang di seluruh dunia.
  • Video ‘Billie Jean’ menjadi video perdana penyanyi berkulit hitam yang ditampilkan oleh MTV di tahun 1983.
  • Jacko sering duduk sendirian di sebuah pohon yang ada di dalam rumahnya, Neverland, untuk mencari inspirasi dalam menulis lagu. Ia menamakannya ‘Giving Tree’ kerana kemampuannya memberikan inspirasi dalam menulis
  • Ketika saat kematiannya, enjin carian google merekodkan 16 juta carian mengenai berita kematiannya dalam satu masa sehinggakan keupayaan carian enjin itu terbatas.
  • Seorang pengkritik seni pernah menulis tentang Jacko: “Anda mungkin pelu menunggu sehingga seratus tahu bagi menantikan kelahiran semula Elvis Presley, tetapi anda perlu menunggu sehingga seribu tahun bagi menantikan kelahiran semula Michael Jackson.”
  • Ayahnya Joseph, begitu garang dalam mendidik anaknya. Menurut abangnya Marlon, Jacko pernah dipukul dibelakang dan dipunggung dengan kaki nya diangkatkan ke atas kerana melakukan kesilapan kecil. 

Interesting Facts All Around The World (Part 10)

Sekadar Hiasan
  • Sekeor kucing memiliki 32 otot pada setiap telinga 
  • Seekor lebah madu boleh terbang selaju 15 batu sejam 
  • Harimau mempunyai kulit yang berbelang, bukan hanya bulu yang berbelang.
  • Nama saintifik bagi 1/100 daripada sesaat ialah "jiffy"
  • Hanya 3 malaikat, Gabriel, Michael dan Lucifer yang disebut dalam injil 
  • Kambing mempunya kelopak mata berbentuk segi empat
  • Novel pertama yang menggunakan mesin taip adalah Tom Sawyer  

Sekadar Hiasan
  •  Hamster sangat suka makan cengkerik 
  • Semasa zaman Peter the Great, setiap lelaki Rusia yang mempunyai janggut dikenakan cukai khas.
  • Rata-rata dalam setiap batang coklat terdapat serangga yang meleleh bersamanya. 
  • Tanduk badak terjadi dari rambutnya yang mengeras 
  • Perang paling singkat dalam sejarah adalah perang Zanzibar and England tahun 1896.  Zanzibar menyerah setelah 38 minit. 

Sekadar Hiasan
  • Kutu rambut sebenarnya lebih suka hidup di kulit kepala yang bersih daripada yang kotor 
  • Kulit beruang kutub sebenarnya hitam. Bulunya berwarna jernih, dan tampak putih di salji. 
  • Elvis mempunyai saudara kembar bernama Garon, yang meninggal sewaktu lahir, maka nama tengah Elvis adalah Aron, untuk menghormati saudara kembarnya.
  • Landak punya bentuk jari yang mirip manusia.
  • Kuda Nil kentut melalui mulut.  

Sekadar Hiasan

  • Shakespeare ialah orang yang menemukan kata “assassination” dan “bump.”
  • Mahluk yang boleh tersipu-sipu hanya manusia 
  • Jika kita memelihara ikan emas dalam ruangan yang gelap, warnanya akan berubah menjadi putih.