nuffnang ads

Wednesday, February 9, 2011

10 THINGS I HATE ABOUT YOU


Korang bayangkan yang korang ada minat kat sorang awek ni. dia cun gila. Pastu korang pun mengorat la dia. Mula-mula tak dapat, dia jual mahal. Tapi selepas korang menggunakan 100% teknik-teknik mengorat terkini, akhirnya korang pun kapel setelah dua minggu berhempas pulas dengan ayat-ayat jiwang tak hengat. Lepas tu memang korang hangat bercinta. Masing-masing kalau boleh taknak berpisah walaupun sesaat.

Sekadar Hiasan
 Tengah-tengah best bermadu asmara tu, Korang tibe-tibe spoiled kan keadaan sebab kantoi berak tak basuh. Pastu si awek ni pun merajuk la walaupun masa tu korang dah explained kat die gile-gile yang korang memang dah lap gune tisu sebab mase tu takde air. Si awek pun merajuk la 2-3 hari dan korang pun wat tak tahu sebab da mati idea nak pujuk. Korang langsung xcall si awek untuk mententeramkan dia. 

Tuesday, February 8, 2011

Cerita Di Depan 7Eleven

Sekadar Hiasan

 “ah, mana pulak duit syiling aku ni. Time ni pulak la dia nak hilang!” bisik syami bengang sambil mencari-cari duit syiling yang hilang didalam poket. Pada ketika itu, dia ingin membeli sebuah majalah sukan di 7eleven. Duit yang syami bawa ketika itu hanya mencukupi untuk membeli sebuah majalah sahaja, kini dia telah kehilangan sekeping duit syiling 50sen yang menyebabkan hasratnya untuk membeli majalah tersebut terbantut.

Ketika sedang mencari-cari duitnya yang hilang di tepi longkang berhadapan 7eleven tersebut, seorang wanita muda menghampiri syami. Dia hanya memerhati saja gelagat syami yang resah mencari duitnya. Kemudian wanita tersebut tersenyum kemudian bertanya,

“ehem, awak ada hilang sesuatu?” katanya  sambil tersenyum

Syami yang dari tadi leka mencari terhenti seketika mendengar suara manja wanita tersebut kemudian berpaling. Pada waktu itu wanita tersebut berdiri betul-betul dihadapan nya. Syami terdiam dan tergamam melihat kecomelan wajah wanita itu. Kulitnya putih melepak dan gebu membuatkan syami terpaku. Dia tidak pernah melihat wanita yang sebegitu ayu sebelum ini. Syami melihatnya tanpa berkelip dan merasakan wanita tersebut adalah bidadari dari syurga. 

Interesting Facts All Around The World (Part 9)


  • Hedenophobic bermaksud takut akan kesenangan. 
  • Pendeta Mesir kuno mencabut setiap helai rambut dan bulu dari badan mereka.
  • Buaya tidak boleh menjelirkan lidah. 

    Sekadar Hiasan
    • Kentut lembu termasuk penyebab utama global warming
    • Semut selalu jatuh miring ke kanan jika diberi racun serangga 
    • Kucing rumah sangat benci akan bau lemon dan semua yang berbau sitrus  

    Monday, February 7, 2011

    KISAH TIGA MALAM

    Aku ni ada banyak hobi-hobi yang nak dilakukan kalau aku bosan, tapi dalam banyak-banyak tu, aku ada satu hobi yang pelik, tapi bagi aku ianya amat menarik. Hahaha, sukacitanya dimaklumkan hobi aku tu ialah mencari hantu, dengan kata lain aku ni jadi ‘seekers’ la kejap walaupun da tau diorang tu penipu. Memang tak masuk akal kalau cakap cari hantu sebagai hobi, tapi bagi aku itu semua adalah cool. So kali ni aku nak kongsi la ngan korang semua serba sedikit pengalaman aku bermain dengan keliwon ni. Ok, aku dah banyak kali cari hantu dan banyak kali jugak jumpe perkara pelik-pelik, yang aku nak senarai kan sekarang ni adalah perkara yang paling pelik dan seram la time kitorang mencari keliwon ni. Aku mencari bukan sorang-sorang tau, tapi ngan member. Paling kurang pun mesti ada tiga orang kalau nak memulakan operasi. Aku ni nampak je berani, tapi kalo duk sorang-sorang lam gelap, kecut gak. Hehe.


    Aku dapat tau yang hobi ni cool sejak sekolah menengah lagi, so nak bagi senang cerita, aku buat timeline sejak dari zaman sekolah menengah sampailah ke zaman sekarang. So , layan...