nuffnang ads

Monday, January 24, 2011

KEAJAIBAN CAP JARI


Ketika Tuhan menyatakan dalam Al-Qur'an bahawa amat mudah bagiNya untuk membangkitkan manusia selepas kematian, cap jari manusia secara khusus ditekankan:

Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya?. Bahkan, Sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna. (Surah al-Qiyamah; 3-4)

Kepentingan dalam cap jari mempunyai pengertian yang istimewa. Ini adalah kerana set cap jari setiap orang adalah unik bagi dirinya. Setiap orang yang hidup atau pernah hidup dalam dunia ini mempunyai satu set cap jari yang unik dan ia tidak akan sama.

Ini adalah sebab mengapa cap jari diterima sebagai satu bukti penting pengenalan diri, yang eksklusif kepada pemiliknya, dan digunakan untuk tujuan pengenalan identiti di seluruh dunia. cap jari juga tidak mungkin terhapus walaupun jari terbakar melainkan tangan kita putus.

Tetapi apa yang lebih penting ialah bahawa ciri-ciri cap jari ini baru ditemui pada akhir kurun ke 19. Sebelum itu, manusia menanggap cap jari adalah satu lengkungan yang biasa tanpa sebarang kepentingan atau pengertian yang spesifik. Bagaimanapun dalam Al-Qur'an, Tuhan mengisyaratkan cap jari, fakta yang tidak menarik minat siapa ketika itu, dan menarik tumpuan kita kepada kepentingannya- satu kepentingan yang akhirnya baru difahami hari ini.


petikan dari karya Harun Yahya: Keajaiban Saintifik Al-Qur'an (Klik untuk membaca dengan lebih lanjut) 

KADAR HUJAN SETIAP TAHUN ADALAH SAMA?





Satu dari butir maklumat yang diberikan dalam Al-Qur'an mengenai hujan ialah penurunan hujan dalam kadar tertentu. Hal ini disebutkan dalam surah az-Zukhruf sebagai berikut;

Dan Yang menurunkan air dari langit dengan kadar (tertentu) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati (Surah Zukhruf: 11)

Kuantiti yang diukur dalam hujan telah ditemui oleh kajian moden. Satu anggaran yang telah dibuat iaitu setiap satu saat, dianggarkan 16 juta tan air mengewap dari permukaan bumi. Jumlah air yang mengewap dalam setahun lebih kurang 513 juta tan. Angka ini bersamaan dengan jumlah hujan yang turun ke bumi dalam setahun. Ini bererti air secara berterusan dikitarkan dalam satu kitaran yang seimbang, dalam satu 'kadar'. Hidupan dalam bumi bergantung kepada kitaran air ini. Sekalipun dengan menggunakan teknologi yang paling maju dalam dunia, mereka tidak akan mampu untuk menghasilkan kitaran ini secara tiruan.

Hanya dengan sedikit kekurangan dalam keseimbangan ini mampu untuk menimbulkan kecelaruan ekologikal yang besar yang akan memusnahkan hidupan dalam dunia. Bagaimanapun fenomena kitaran ini masih stabil dan hujan tetap turun dalam kadar kuantiti yang tepat seperti yang dinyatakan oleh Al-Qur'an.

Kesimpulannya setiap tahun hujan turun dengan kadar yang sama iaitu 513 juta tan dan ia tidak pernah berubah sejak beribu-ribu tahun! Amazing isn’t?


petikan dari karya Harun Yahya: Keajaiban Saintifik Al-Qur'an (Klik untuk membaca dengan lebih lanjut) 

RELATIVITI MASA





Hari ini, konsep relativiti masa adalah merupakan satu fakta saintifik yang telah pun dibuktikan. Hal ini telah di dedahkan melalui Teori Relativiti Einstein seawal abad ke 20. Sebelum itu, manusia tidak mengetahui bahawa masa adalah satu konsep yang bersifat relatif, dan bahawa ianya boleh berubah bergantung kepada persekitaran. Akhirnya, saintis agung Albert Einstein secara terbuka membuktikan fakta ini melalui teori relativitinya. Dia menunjukkan bahawa masa adalah bebas dari jisim dan halaju. Dalam sejarah manusia, tiada seorang pun yang pernah menjelaskan fakta ini secara nyata. Meskipun dengan satu pengecualian; Al-Qur'an telah pun memuatkan maklumat mengenai kerelatifan masa lebih lama dari Einstein!! Beberapa ayat mengenai subjek ini berbunyi :

"Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janjinya. Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung. (Surah Al-Hadid: 47)

"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu saat yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu". Surah As-Sajadah: 5)

"Para malaikat dan Jibril naik kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun". (Surah Al-Ma'arij: 4)


Dalam setengah ayat, ianya dijelaskan bahawa manusia merasakan masa secara berbeza dan kadang-kadang mereka boleh merasa suatu masa yang singkat seolah-olah suatu masa yang panjang. Perbualan manusia berikut yang terjadi sewaktu pengadilan mereka di Hari Kemudian adalah satu contoh yang baik dalam hal ini.

"Allah berfirman: berapa tahun lamanya kamu tinggal dibumi?. Sahut mereka itu: kami tinggal sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitungnya. Allah berfirman: Kamu tiada tinggal (di dunia) melainkan sebentar saja jika kamu mengetahuinya”. (Surah Al-Mukminun: 112-114).

Fakta mengenai kerelatifan masa adalah sangat jelas disebutkan di dalam Al-Qur'an, yang dinyatakan pada tahun 610 adalah satu lagi bukti bahawa Al-Qur'an adalah sebuah kitab suci! 


petikan dari karya Harun Yahya: Keajaiban Saintifik Al-Qur'an (Klik untuk membaca dengan lebih lanjut) 

BESI TIDAK DIHASILKAN DI BUMI?



Sekadar Hiasan

Besi adalah salah satu unsur penting yang amat berguna di dunia ini. Ia telah digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Dapat kah anda bayangkan hidup tanpa besi? Bayangkan jika rumah yang anda diami sekarang ini tidak mempunyai besi konkrit yang menahan kekuatan strukturnya,adakah ia selamat? kereta mungkin tidak dicipta kan, kita juga tidak akan mengenali menara Eiffel seperti sekarang dan macam-macam lagi. Mungkin juga kaum-kaum yang hidup terdahulu tidak dapat menghasilkan alatan perang seperti pedang, anak panah dan sebagainya dan seterusnya mengubah sejarah dunia. Begitulah kepentingan besi yang diciptakan oleh Allah kepada kita sehingga dapat memudahkan kita. Tapi tahukah anda dari manakah ciptaan yang hebat ini dihasilkan?

Besi juga adalah satu unsur yang disebutkan dalam Al-Qur'an dalam surah al-Hadid, yang bermaksud besi, kita dikhabarkan;

Dan Kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia Surah al-Hadid (25).

Perkataan 'diturunkan' khususnya digunakan untuk besi dalam ayat di atas difikirkan mempunyai satu pengertian metaforik untuk menerangkan bahawa besi diberikan untuk faedah kegunaan umat manusia. Tetapi apabila kita mempertimbangkan pengertian literalnya, perkataan ini akan bermaksud 'secara fizikal diturunkan dari luar angkasa', kita menyedari bahawa ayat ini menggambarkan satu keajaiban saintifik yang sangat-sangat signifikan.

sekadar hiasan
Ini adalah kerana penemuan astronomi moden telah menyingkap bahawa besi yang wujud dalam dunia ini berasal dari bintang-bintang gergasi di luar angkasa. Pernahkah anda terfikir mengenainya?
Unsur-unsur berat dalam alam semesta adalah dihasilkan di dalam nuklid bintang besar. Sistem solar kita, bagaimanapun, tidak mempunyai struktur sesuai untuk menghasilkan besi baginya. Besi hanya dapat dihasilkan dalam bintang yang lebih besar daripada matahari, di mana suhu mencecah beratus juta darjah. Apabila amaun besi melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, bintang ini tidak dapat lagi menampungnya, dan akhirnya ia meletup dalam satu letupan yang dipanggil 'nova' atau 'supernova'. Sebagai satu hasil dari letupan ini, meteor yang mengandungi besi berserakan ke seluruh alam semesta, dan mereka bergerak melalui ruang di angkasa sehingga ditarik oleh daya graviti sesuatu jasad di cakerawala.

Fenomena ini menunjukkan bahawa besi tidak dihasilkan di dalam bumi, tetapi dibawa dari bintang-bintang yang meletup dalam angkasa melalui meteor, dan telah 'diturunkan ke dalam bumi'. Dalam cara yang persis dengan apa yang dinyatakan dalam ayat; ianya jelas bahawa fakta ini tidak dapat diketahui secara saintifik selama 1400 tahun, ketika Al-Qur'an diwahyukan. Subhanallah!

Sumber: Harun Yahya

BAGAIMANA UMAT ISLAM BOLEH MENJADI 'MURTAD'?

Aku ingin berkongsi dengan anda semua dengan satu mesej yang  diterima melalui emel oleh seorang kenalan. Mesej ini berkaitan tentang hadis Rasullah yang mengatakan akan datang satu fitnah besar pada masa kini. Apa yang dikatakan oleh mesej ini adalah hakikat kehidupan kita sekarang, kita telah menjadi lebih ‘kafir’ samada dalam keadaan atau tidak. Ia akan membuka mata kita semua terhadap perkara ini.

"Pagi hari Islam..petangnya kafir.."



Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak".

Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik."

Sahabat bertanya lagi.

"Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, "Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tak payah sebutlah. Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya.Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan gerakan Yahudi seawal tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew". Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu dan saham kepada puak Yahudi. Tiada kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Siapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.

Yahudi punya kerja. baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi. Bab Kristian,lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan Raja ke-6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London. Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana hendak mati. Kita berperang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita menukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya ke atas orang Islam." Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah Raja itu mati.

1942

kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian.


1511

kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani. Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah. Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam Acheh...

semuanya satu demi satu. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL, GOAL, & GLORY. Pertama kitab mereka, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque tidak datang ke Tanah Melayu dengan membawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukannya makan kari, dia datang sebaliknya dia bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (bekas kuburnya di Bukit St.Paul-Banda Hilir), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimanakah cara yang digunakannya untuk sebarkan Kristian di Melaka? Orang kita panggil, gerakan halus. Dia memanggil kesemua mubaligh Kristian yang ingin datang ke Asia dan mendedahkan kaedah "garam dan ragi". Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu, kalau kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu, tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam.Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi.

Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan.

Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh GeorgePeters dalam sebuah buku tahun 40an Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan sistem kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya.

justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam.Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik. Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya.

Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya. Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan REVOLUSI.

Justeru itu, mereka mengatakan bahawa "kita nanti akan memperolehi satu Kristian Muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian Muslim Melayu sejati..." (contohnya mesyarakat Melayu Portugis di Melaka). Sebenarnya mereka ingin akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat REVOLUSI untuk menjadi Kristian.

Cara kebajikan..

Hari ini siapa tak kenal kelab Rotary yang cuci buah pinggang, kelab Lion, Bulan Sabit Merah, Saint John's Ambulans. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisme adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Kerana itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia.



Cara lain mereka adalah dengan menghidupkan maksiat.

Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati. Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan msg ni kepada saudara kita yang lain yang tidak tahu-menahu tentang perkara ini. Malah kita mesti peka. Ini semua adalah tanggung jawab kita semua. Akhir sekali, mesej ini tiada kena-mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam. Inilah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

Sahabat-sahabat yang dikasihi, sampaikanlah mesej ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yag telah di Islamkan atas tiket keturunan di mana dengan sebab ini kita telah pun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari- cari jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati- hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah. Memang ini apa yg kite nampak masa kini, tapi kebanyakan kita buat tak kisah, tak sedar, pentingkan diri sendiri...


Sekian, wassalam.

(KEHEBATAN ARKITEK MASA LAMPAU) STONEHENGE




Sebelum ini kita ada membincangkan tentang kehebatan binaan Newgrange yang tidak mungkin dibina oleh manusia yang tinggal didalam gua. Kali ini, saya akan berkongsi maklumat dengan anda semua berkenaan dengan binaan stonehenge.

Kalau kita melihat gambar binaan itu sendiri, kita pasti tidak akan dapat mengagak apakah kelebihan yang terletak pada binaan blok-blok tersebut. Kita mungkin akan berfikir ia hanya dibuat hanya suka-suka tanpa sebarang motif. Entri selepas ini akan menerangkan tentang kejaiban monumen tersebut.

Stonehenge, monumen yang tegak di selatan England, terdiri daripada lebih kurang 30 blok batuan besar yang disusun dalam bentuk bulatan. Setiap blok mempunyai purata ketinggian 4.5 meter (15 kaki) dan berat purata 25 tan. Kajian yang dibuat mendedahkan bahawa Stonehenge telah dibina dalam tiga peringkat utama, bermula dalam lebih kurang 2,800 BC. Ini bermakna bahawa sejarah pembinaannya telah berusia hampir 5,000 tahun. Peringkat pembinaan pertama melibatkan penggalian parit, benteng dan beberapa lubang bulat. Dalam peringkat kedua, lebih kurang 80 bluestones (sejenis batuan granit yang dinamakan sempena warnanya) disusun dalam dua bulatan di sekeliling pusat tapak dan batu hele didirikan di luar lingkaran tersebut. Kemudian, bulatan luar didirikan menggunakan susunan batu pasir yang besar dengan batu melintang membentuk bulatan diletak di atasnya.

Aspek utama monumen ini ialah bluestones yang digunakan kerana sumbernya tiada di kawasan berhampiran. Batu-batuan ini dibawa ke tapak Stonehenge dari Pergunungan Preseli yang jauhnya lebih kurang 380 kilometer (240 batu). Jika kita berpendapat bahawa penduduk di masa itu hidup dalam keadaan serba primitif dan peralatan mereka hanya diperbuat daripada engkol kayu, rakit kayu dan kapak batu, jadi bagaimanakah mereka mengangkut semua batuan ini ke wilayah di mana Stonehenge kini berdiri?


Dengan membina semula peralatan yang kononnya diguna pada masa itu, sekumpulan pengkaji cuba mengangkut bluestones ke tempat lain yang sama jaraknya. Mereka menggunakan engkol kayu, membuat rakit yang mampu menampung berat batu yang saiznya hampir sama sehingga terpaksa menggabungkan tiga rakit, menggerakkan rakit tersebut di sungai dengan mengguna pancang kayu, dan akhirnya cuba untuk membawa batuan tersebut ke atas bukit dengan bantuan roda kasar. Namun usaha mereka hanya sia-sia. Ini hanyalah satu daripada eksperimen yang dilaksanakan untuk mencari jawapan tentang cara bluestones dibawa sejauh itu. Banyak lagi ujukaji lain telah dijalankan, dan penyelidik berusaha untuk memahami cara pengangkutan yang telah diguna oleh masyarakat zaman itu. Walau bagaimanapun, tiada percubaan yang berjaya. Ini kerana kesemua kajian tersebut dijalankan dengan fahaman salah yang menganggap budaya masyarakat pada waktu itu terlalu mundur dan hanya menggunakan peralatan kasar yang diperbuat daripada batu dan kayu.

Seperkara lagi yang perlu ditegaskan ialah eksperimen yang mereka laksanakan dibantu oleh teknologi moden. Mereka mengguna pelbagai model yang dihasilkan oleh pelabuhan maritim, mengguna tali yang diperbuat oleh kilang berteknologi tinggi, dan membuat perancangan dan pengiraan terperinci. Namun begitu, mereka tetap gagal. Tetapi masyarakat yang hidup 5,000 tahun dulu mengangkut batuan ini yang setiap satunya mempunyai berat bertan-tan lalu menyusunnya dalam bentuk bulatan melalui pengiraan posisi geografi yang tepat. Jelas sekali mereka tidak menyiapkan semua ini dengan peralatan batu serta rakit dan engkol kayu. Sekarang apa yang anda fikir? Mungkinkah terdapat bantuan dari makhluk asing? Atau dengan menggunakan kecanggihan teknologi mereka semata-mata? Adakah anda akan berfikir bahawa zaman dahulu adalah primitif? So now, think again!


 petikan dari karya Harun Yahya: Zaman Batu Satu Pembohongan (klik untuk baca lebih lanjut)